First try buat pasta, rasa cam kurang menjadi, huhuhuhu..tapi bolehlah untuk makan sendiri,hehehehe..03 May 2009
Pasta Fetuccine
First try buat pasta, rasa cam kurang menjadi, huhuhuhu..tapi bolehlah untuk makan sendiri,hehehehe..01 May 2009
Gathering bersama Tuan Tanah My Resipi, "Kak Yani"
Ni kak ham dan kak niza..hani tanpa segan silu panggil nenek kat 2 orang kakak aku ni, aduiii tak sesuai betul..
Order jangan tak order kak intan, kak niza duk bagi cadangan nak bedal apa untuk dinner malam tadi.
Dari kiri kak niza, kak ham, kak yani, kak intan dan aku, barisan depan tu aina n hani..ngeh ngeh ngeh..
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati, lepas je kitorang makan-makan mulalah sesi bergambar..masa ni kitorang dah nak balik, huhuhuhu..bilalah lagi boleh jumpa dengan kak yani lagi, kak intan. kak ham dan kak niza kita jumpa lagi dlm masa terdekat ni, Insyaallah.28 April 2009
Warga UKM yang sedikit berumur, hehehehehe..
Gambar diambil masa last semester, kitorang masa ni pi Maybank Bangsar untuk buat assignment..hmmmmmm, lagi 2 bulan kitorang dah nak habis, mesti rindu kat korang semua, waaaaaaaaaa...ni adalah sahabat karib lela dari semester 1 hingga sekarang, dari mengandungkan hani sampai dalam pantang pun still jumpa dorang, sekali kena halau dengan lecturer coz baru bersalin 2 minggu lela dh pi class..hmmmm per lagi bebel ler lecturer lela kat lela, hehehehehe..bila teringat balik rasa kelakar sangat..disuruhnya tangguh semester, huuuuuuuu takmo lela..kalau tangguh gerenti dah tak sama class lagi dengan kawan-kawan lela.
So, nak tak nak lela harung jugak walaupun masa tu dalam pantang, nasiblah sahabat lela semua ni banyak membantu, time tu masa exam semua pakat tidur kat umah, hubby lela pun sporting habis membenarkan kekawan lela tidur umah coz nak cover mana yg lela tertinggal..masa tu lela tak datang class dlm sebulan gak (lepas kena bebel ngen lecturer), lepas jerk 30 hari muka lela terpancul dalam class, mana dengan stokin tebalnye..hehehehehe..masa tu buku waima apa-apa yg perlu bawak semua kawan-kawan yg bantu, lela bawak diri jerk..huhuhu seronoknya dpt layanan cam puteri raja,hahahahahaha...
Actually ada lagi 2 3 orang yg takde dalam picture ni..apa-apa pun lela sayang korang semua..nanti kalau berhajat nak sambung bagitaulah yeeeee..boleh kita jumpa lagi, kepada cipul n kell sekarang tengah berdebar-debar menunggu saat diijabkabul dengan pasangan masing-masing, harap cipul boleh jaga Myra dengan baik dan dapat bahagiakan Myra seumur hidup korang berdua, dan untuk kell, semoga dapat beri anak ramai-ramai kat Firdaus..hehehehe.. kak liza plak pas abis ni harap-harap tambah sorang lagi askar, abg Jai kan nak akak tambah sorang lagi, hehehehe..and utk abang man merangkap abang sulung dalam group ni harap kita semua dapat pi candang sotong kat kuala Terengganu..ntah jadi ntah tidak..klau jadi bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....27 April 2009
Dah 2 tawoonnnnnn!!!!!
Kalau tanya, "Umur hani berapa tahun"..laju jerk dia jawab "Dueee tawooonnnnnn"...hahahaha..pekat likat suara hani. Makin besar makin lasak..plan cam nak tambah sorang lagi, masalahnya takde orang nak jaga, acik Ara dah surrender, takmo jaga lagi, penat, yerlah kadang kesian Lela tengok, sepatutnya dalam usia acik ara tu dah patut rehat, bebaru ni ada gak try hantar nursery, tahan 4 hari je, dan setiap hari duk menangis, melalak tak henti-henti..bila berhenti pun time tidur, alahai susahnya..masa tu lela sedih sangat, tak tahu nak buat camner, nak hantar Terengganu lela plak jenis tak tahan rindu, anak wooooooooo....kot-kot mana mesti nak depan mata gak.
Nasiblah acik ara & pakcik Dolah nak jaga balik hani, nek ara & atok dolah pun hantar hani ke nursery, then bila line clear kitorang nyorok..nak tahu apa terjadi? Hani menangis dengan nada sedih teramat sangat, sepanjang nangis tu duk sebut "Nenekkkkk, atokkkkk"..alahai lagilah nenek & atok dia sedih, yg mummy dia ni sikit pun tak sebut.Our Family - MIL & Adik-adik
Selamat Pengantin baru untuk Hakim dan isteri, semoga berbahagia sehingga akhir hayat & semoga diberi keberkatan dalam hidup, Amin. Dan dengan rasminya aunty sah akan jadi nenda tak lama lagi, hehehehehe...
Masa ni kami semua duk nyakat mama (my MIL)..gelak besar mama kali ni, makin tua makin mengancam you, class gitew..dah lama tak berkumpul camni, sekali-sekala berkumpul memang syok habis, cadang pas habis study ni nak balik Terengganu. Nak jenguk adik ipar, Alhamdulillah dah selamat bersalin dan dapat baby boy. Kak Lela tumpang happy..tolong peluk cium baby untuk akak yerk..
Nilah dia mak buyung 1 yg baru jerk bersalin last week..haa yang belah kanan sekali tu mak buyung 2, tak lama lagi bersalin ler tu..bagus-bagus..produktif semua, heheheheheSesiapa yang geli tutup mata....


Masa balik Terengganu bebaru ni, lela terkejut tengok abang lela duk bela lintah dengan jayanya, Eeeeeee geli makcik, then cik hubby nak try berbekam dgn lintah ni, lela ingat lintah ni bila kiter letak kat kulit kita terus dia hisap darah, rupa-rupanya duk mencari mana port yang sesuai or ada darah kotor, lama gak lintah tu duk mencari mana nak landing kat muka cik hubby lela ni..cari punya cari melekat kat pipi, hehehehe..lama gak duk bergantung kat pipi hubby lela, tak silap lela lebih 5 jam duk bergantung kat situ, abang lela kata biar dia jatuh sendiri, kalau kita yang cabut, darah susah nak berhenti..yup betul tu, kat belakang hubby lela pun ada buat bekam, bila cabut sebelum waktunya, darah duk mengalir non stop,jenuh gak nak hentikan darah yg kuar, tapi tak banyak sangat, cuma kalau pakai baju habislah darah melekat kat baju..susah lak makcik lela nak basuh nanti.
Daddy duk usik hani..mintak hani pegang, Eeeeeee...gelilah wehhh...dalam-dalam geli lela try gak sentuh, mak aiiiii sejuk teramatttttttt sangat...ingat nak wat bekam gak, tapi bila tengok lintah duk menjalar cari port tu lela tak sanggup, geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Alahai..ader ke Joget camtu? Bantai jelahhhh!!!
Last week, seperti biasa Daddy ajak Mummy & Hani pi cari barang dapur, (eh eh..nak cari barang dapur ke?) cam perli mummy jerk, hahahahaha, yerlah dapur dah lama tak berasap, maafkanlah Mummy banyak-banyak, ni bukan soal letak tanggungjawab seorang surirumah tangga kat belakang, tapi memang betul-betul tak sempat, lagi nak habis lagi buzy teramat sangat, sabar jelah lela ni..lagi 2 bulan je daddy..Insyaallah lepas semua ni settle dapur rumah kita ceria seperti dolu-dolu, hehehehehehe..
Actually bukan nak cerita pasal dapur berasap ke tak, cuma nak update entry Maryam Hani yang makin besar makin banyak aksi yang buat lela terdetik dalam hati "Dah besarrrr dah anak aku". Seronok memang seronok tengok gelagat dia, suami lela selalu kata yg Hani ni cam mak nenek..hahahahaha..betul betul betul..lela memang setuju. Sekali bercakap mak aiiiiii rasa nak pecah perut pun ada, memang sebijik gaya mak nenek zaman dahulu kala..kikikiki...kalau lela duk sibuk study ke, kemas rumah ke, datang rajin dia nak bercakap dengan lela mulalah "Mummyyyyy...oooooooo mumyyyyyy...wat apa tu sayanggggggggggggggggg?", kah kah kah...tang tak tahan bila keluar ayat sayang tu, romantik habis, mengalahkah suami lela bila dia bercakap..ni lela nak share gelagat dia masa kitorang nak kuar beli barang dapur..harap kekawan enjoyyyyyyy!!!!!
18 April 2009
India way to make baby strong
17 April 2009
Kalau kena kat kita camner????
09 April 2009
Exammmmmmm!!!!!!!!
12 March 2009
Banana Split

11 March 2009
Salad Buah
Oleh kerana Maryam Hani selalu kena sembelit dan sekarang dah terkenal dengan Ratu Sembelit, lela perlu sediakan makanan yang senang untuk dia melepas, kesian plak..dah ler makan tak menentu, nak bagi makan punyalah susah, aduyaiiiii..ni duk buat salad buah, bukan dia yang habiskan, lela and hubby yg kena habiskan, huhuhuhuhuhu..10 March 2009
Chicken Teriyaki
Haluuuuuuuuuuu....kali ni lela mempersembahkan Chicken Teriyaki kat u all sumer, yummyyyyy!!!..masa duk nengok blog kak hana terpikat pada masakan ayam yang kak hana buat, nak buat chicken Teriyaki ni mudah dan cepat, sesuai untuk sesaper yg buzy (hehehehe..alasan jer tu), resipi kat bawah tu lela copy paste dari K.Rinnchan 04 March 2009
Hadiah Dari My Resipi
Sempena menyambut ulang tahun Lela ke-28, lela dapat hadiah dari My Resipi..Eeeee seronok sesangat..Buku The World of Bread tu memang best sesangat, banyak roti yg lela suka makan, so far belilah sebelum ni, tak pernah buat plak, harap-harap bila dah ada buku ni rajin ler buat sendiri..Buku Dessert tu plak memang mengiurkan tekak lela ni, masalahnya sekarang, tuan umah lately ni buzy n penat satu badan. Ni nak kena minum Jamu Mak Dara dengan kosisten baru segar badan, hehehehe...10 February 2009
Roti Sosej


190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
12 batang sosej
sos cili
cheese
1.Masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
2.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.Ambil sebiji doh. canaikan
4.Ambil sebatang sosej dan gulung
5.Hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
6.Tolak kiri dan kanan selang seli.
7.Ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.Biarkan doh selama 40 minit.
9.Setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
10.Roti siap dibakar..
09 February 2009
Puding Roti Sos Kastard

Bak kata Kak Hana, hari roti sedunia, lela pun nak join the club gak, tapi ngelat plak, kemain ak hana duk nguli roti tapi lela cuma menvariasikan roti sediada kepada puding, hehehehe..aci tak Kak hana? ni kes nak habiskan stok yang nak expired daaaaaa...Resipi puding roti ni lela dapat dari MyResipi oleh MayaZakri, TQ sis..
Maya, lela copy paste jerk yee..
Bahan-bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B:
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *lela tak letak
1 s/b buah pala *lela tak letak
Bahan C-kuah:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara:
1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2.Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4.Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5.Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Asam Pedas Daging
Bahan-bahan:100 gm daging - siap direbus
@1.5 cm halia
@2 labu bawang besar
@2 ulas bawang putih
@1.5 cm kunyit hidup
@2.5 cm belacan
@20 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam secukup rasa
2-3 helai daun limau purut
p/s: Bahan bertanda @ dikisar
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan cili dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
4.Masukkan daging, lengkuas, serai dan daun limau purut - biarkan mendidih.
5.Masukkan pula garam dan sedia untuk dihidang.
Ikan Berempah
Bendi Rebus
08 February 2009
Jom Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol
Resipi untuk sambal ikan tongkol.Bahan-bahan:
@1 ekor ikan tongkol
@Asam keping
@ secubit garam
Bawang merah 18 ulas (kisar)
Bawang besar 3 ulas (kisar)
30-40 biji cili kering (rebus dan kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Nisang / gula melaka
Garam dan perasa
3 ulas bawang besar - hiris halus
Cara-caranya:
1.Rebus bahan@ bersama dengan sedikit air, dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi dan agak garing.
3.Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
4.Masukkan 1 mangkuk air asa jawa.
5.Bila mendidih masukkan sedikit garam, perasa dan nisang / gula melaka.
6.Kalau pekat tambah dengan sedikit air.
7.Apabila mendidih, masukkan hirisan bawang besar tadi dan masukkan ikan tongkol yg telah direbus.
05 February 2009
28 January 2009
Mee Hoon Sup

27 January 2009
26 January 2009
Donut
Untuk minum petang, kitorang anak beranak makan donut, buat lebih untuk buat frozen..senang esok pagi boleh wat makan pagi.Atas permintaan kak Anawahid, nih dia resipi donut ganu, hehehehehehe...
Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kitorang gunasusu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)
Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.
Keli masak Assam Pedas ( Terengganu maliiii oooo)
Semalam pi pasar tengok ikan tak berapa segar, maklumlah musim sekarang ni tak berapa nak elok, asyik hujan dan berangin jerk..nak tak nak kami belilah ikan keli untuk makan tengahari kami sekeluarga, assam pedas ni kak long lela yang masak, lela makan jelah, hehehehhe..balik Terengganu dah ada chef so kita tolonglah mana yang patut, takpe esok lusa turn lela plak yang masak, ngeh ngeh ngeh..23 January 2009
Patin Masak Tempoyak
1.Tumbuk kunyit dan cili padi hingga lumat.



















