Followers

Showing posts with label "Family". Show all posts
Showing posts with label "Family". Show all posts

27 August 2010

Stok Tambahan..

Nilah stock EBM untuk Ilyas masa lela berkampung kat hospital bebaru ni. Semua stock ni memang tak muat klau nak simpan dlm freezer yg sedia ada, mana dengan lauk basah lagi, mana dengan stock yang terdahulu. Nak tak nak, king belikan freezer khas untuk letak EBM Ilyas ni..Tapi kami pilih yg kecik jerk, harap2 taklah timbul masalah tak cukup tempat lagi, coz sekarang lela bagi kat Ilyas susu fresh jerk, yg stock ni simpan untuk kes-kes tertentu.


Ada ruang 2 drawer lagi untuk di isi..cyaiyok cyaiyok..berusahalahhhhhhhhhh... :D


Blurrppppppppppppppppppppp...dah kenyang, nak tidur ni, jangan kacau aaaaaaaaaaaaa...

Happy Belated Birthday Untuk Mereka Yang Tersayang

Bebaru ni FIL ada balik ke Malaysia, so boleh kami adik beradik meraikan ulangtahunnya yg ke tutttttt.....hahahahahahaha..umur adalah rahsiaaaaaa...

Kebetulan pada bulan Julai jatuh tarikh ulang tahun buat Abah, Anis (anak emas abah), Eddy (anak bongsu abah), Dody (menantu), Naim (cucu) & Aqil (cucu).
Kerinduan kami sekeluarga terubat bila dapat bertemu dengan ayahanda tercinta.

Disebabkan abah bertugas jauh nunnnnnn di tempat orang, setahun sekalilah jawabnya kami dapat bertemu dengannya. Nasiblah abah selalu bertanya khabar kami di sini, sekurang-kurangnya terubat jugak rindu di hati.
Raya tahun ni abah tak dapat beraya bersama kami sekeluarga kerana tak dapet cuti :p
Takpe..nanti kalau free kita hello hello ye boh..

Ehem..tumpang lalu, makcik lela & king tercinta nak tumpang bergambar gak..ahaks!!
Ilyas Eusoff tengah syok isap susu tu..jgn duk kacau, karang melalak potong stim nak makan :D

06 April 2010

MY HERO...



Malas betul nak update blog..penyakit M menyerang dengan rakusnya, hehehe..

Disebabkan dah lama tak amik gambar masak-memasak ni, tu yg takde resipi nak dikongsi..dulu kalau masak laju jerk capai camera utk update kat sini, tapi lani, pas masak terus ngam :p


So untuk entry kali ni Lela nak tempek gambar budak kecik yg selalu duk tendang perutku yg tak besar mana ni, sekarang dah masuk 8 bulan, berat masih belum cecah 50kg, hahahaha..kurus kering btui ler haku ni..agegegegegegege...


Ni dia Hero mummy & daddy dan adik kepada Maryam Hani..masa scan bebaru ni doktor kata boy, nampak tulur, hiks..hiks..hiks..


Kalau betul Ahhamdulillah, dapat sepasang, yayyyy!!!!
Tapi sejak dua menjak ni Lela rasa takut sangat, takut nak bersalin, teringat masa bersalin kat Hani dulu, kena induce, dua kali masuk ubat tapi still jalan tak bukak..aduhhhhhhhhhhhhhhhhhh...sakit bersalin induce ni takdenyer sakit selang setengah jam or selang 15 atau 5 minit, sakit dia non stop..memanjanggggggggggggggggg sakit..kuat macam mana pun lela, serius cakap memang menangis cam budak-budak..Tulah sakitnya mak kita masa lahirkan kita dulu..besar pengorbanan mak kiter,kan???? I Love you mum..muahhhhhhh...

Tengok gambar kat atas tu? Muka saper erk? hehehehehehe...hubby lela sampai lani takmo tengok, tak tahu kenapa, dia rasa takut tengok gambar yg scan tu, puas pujuk tapi tengok kejap jerk, tupun masa kat hospital..


Wahai sahabatku sekalian, doakan Lela semoga selamat bersalin dan dimudahkan segala urusan oleh-Nya, Amin..Kalau boleh biarlah bersalin normal, takmo induce lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

Dulu masa induce pon sebab high blood pressure..aik...kering kontang camni pon kena darah tinggi gak, hehehehe..

Masa nak bersalin kat Hani dulu, berat badan Lela HANYA 49 kg O.K..


Seumur idup tak pernah merasa pun berat badan 50kg..

Tapi kalau makan, cam tak baca Bismillah, hehehehehe...

Sekarang duk cari nama apalah yg kami nak bagi ni, tapi kalau boleh nak bagi nama lama-lama & ala-ala klasik..Kalau ada idea moh ler bagi idea kat Lela ni..

So far Lela dah dapat satu, Lela suka sangat dengan nama Eusoff..ni penangan si Cipul yg suka sangat pada surah Yusuf..masa belajar dulu selalu duk cerita pasal surah Yusuf kat Lela, sejak dari tu Lela memang berkenan sungguh dengan nama "Eusoff"..
Cik Abang Lela plak suka nama Misyary, coz dia memang admire habis kat Misyary Rasyid tu, nak nak bila dengar Misyary mengaji surah Al-Mulk, mau meleleh air mata ni, sampai tersedu-sedu...sejuk perut mak Ustaz Misyary Rasyid.

Ada gak hubby kata nak letak "Eusoff Misyary". Tapi rasa cam hmmmmmmmmmmmmmmm...tak tahulah nak rasa apa, hehehehe..Kak Long plak suruh letak Hafiy Eusoff, cun gak nama tu..Lela plak berminat nak letak Anas Eusoff atau Ilyas Eusoff..tapi tak final jugak..hahahaha..
Tak kisahlah nama apapun, janji baik maksudnya..
Kalau jadi letak Eusoff, mudah-mudahan Eusoff dalam perut Lela ni seindah akhlak dan akidah Nabi Yusuf a.s, Amin..

27 July 2009

Apa Lagi Kali Ni????

2 minggu selepas kejadian Hani Terjatuh, Lela dapat panggilan dari Atok Dollah mintak Lela balik dengan kadar segera, suara Atok Dollah masa tu dalam keadaan cemas, Lela yang kat office masa tu rasa nak terbang balik terus, Atok Dollah kata kemungkinan besar Hani kena patu ular. Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Allah je yg tahu camner perasaan Lela masa tu, Lela terus call hubby mintak dia pun balik awal. On the wat balik Atok call bagitahu kami yang mereka dah on the way ke GH. Masa masuk perkarangan GH Lela nampak kereta Atok kat depan sedang menghala ke ICU.
Lepas sampai ke ICU, kami bagitahu Hani kena patuk ular kat tempat pendaftaran tu, masa tu rasa seram sejuk coz staf hospital dah cepat-cepat bawa kami masuk ke dalam wad ICU sambil pekik "Ada budak kena snake bite", Lela rasa nak nangis pun ada, Hani plak menangis sekuat hati - sakit campur sedih coz nampak mummy dia ada kat situ. Nak dijadikan cerita, kejadiaan ni berlaku bila Hani duk petik bunga untuk bagi kat Atok Dollah, tulah aktiviti Hani dan Atok bila menjelang petang, Hani suka sangat petik bunga kat dalam pasu depan rumah jiran kami. Dalam sekelip mata Atok Dollah kata Hani dah melutut kat jalan tar sambil menangis dan meraung sakit, pada permulaan ingatkan Hani terjatuh, then Atok bawak Hani masuk dalam untuk sapu minyak pada tempat luka Hani, bila tengok tanda 2 dot camtu, terus Atok Dollah call Lela bagitahu Hani mungkin kena patuk ular.

Setelah 6 jam dipantau oleh Doktor dan nurse-nurse kat GH, didapati kandungan darah Hani tak mengandungi racun. Alhamdulillah lega kami mendengarnya.Persoalannya..binatang apakah yg menggigit atau mematuk Hani? PELIK TAPI BENAR. Tapi jangkaan kami mungkin Hani terjatuh dan kakinya kena pada batu kat jalan tar tu..wallahualam.
Tapi yang pasti Hani dah ok dan kembali aktif seperti dulu..ho ho ho...peace!!!!



14 June 2009

Tragedi Beberapa Jam Sebelum Exam-Paper Law

Tengahari 13hbJune dalam pukul 12.05pm, tengah duk buat rujukan untuk exam pada malam tu, tiba-tiba Hani menangis dengan kuat,terus Lela bergegas ke arah Hani yang jatuh dari kerusi, masa Lela dukung Hani, Lela ada terhidu bau darah kat kepala dia, sah kepala Hani dah berdarah, masa tu darah mengalir non stop.

Rupa-rupanya Hani terjatuh dari kerusi terus terkena bucu lantai macam dalam gambar tu.

Ni darah yang melekat kat lantai di mana tempat Hani jatuh, Lela panik teramat masa tu, sampai cakap pun dah tak betul, Hubby Lela dan atok Dollah kesayangan Hani terus ke Klinik Setia dekat Plaza Idaman, tapi Doktor tu kata tak boleh nak jahit coz luka Hani agak dalam, Daddy terus bawak Hani ke Hospital Tawakal.

Ni dia kepala Hani lepas dijahit, kesian..Lela tak bersama dia kat hospital coz Lela dah ke UKM untuk exam pada malam tu, walaupun mummy takde, Hani ditemani Daddy, Atok Dolah, Nenek Ara, Kak Ana, Kak Liza, Abg Rizal, Pak Andak, Nurin dan Baby Nisa, terharu Lela bila tengok keprihatinan keluarga Pakcik Dollah terhadap hani, mau taknyer dari Hani usia 2 bulan sampai sekarang Hani masih tinggal dengan Nenek Ara, sampaikan bila Lela dan hubby balik dari kerja nak ambil Hani punyalah dia meragam tak nak balik rumah. Malam sebelum tidur merengek-rengek nak atok dan nenek dia. Lela bersyukur sangat-sangat coz Pakcik Dollah dan Acik Ara menyayangi Hani seperti cucu mereka sendiri.
Tu dia Hani dengan daddy..Alhamdulillah semuanya under control dan Hani kembali lasak seperti sebelum ni, alamakkkkkkkkkkkk...tak serik-serik,huhuhuhuhu...

29 May 2009

Air Terjun Pertak, Kuala Kubu

Suka suka suka...nanti lepas exam ni Lela & family nak serbu lagi kat air terjun Pertak ni, sejuk kemain, menggigil......
Nilah dia pak andak Hani, kamcing habis..kamcing memang kamcing, tapi Hani takut sikit kat pak andak, kalau dengan orang lain, sikit pun tak takut, siap melawan lagi, kalau dengan pak andak, baru pak andak berdehem terus lintang pukang hani peluk nenek ara..hehehehe..haaa baru dia tahu, elok gak..at least adalah jugak orang yang hani nak dengar kata.

Tiup jangan tak tiup

Happy Belated Birthday utk Nenek,Andak, Lela, Hani dan Dima

Cepat, nak makan plak ni, laparrrrrr!!!!!

Peace!!!!!






27 April 2009

Dah 2 tawoonnnnnn!!!!!

Kalau tanya, "Umur hani berapa tahun"..laju jerk dia jawab "Dueee tawooonnnnnn"...hahahaha..pekat likat suara hani. Makin besar makin lasak..plan cam nak tambah sorang lagi, masalahnya takde orang nak jaga, acik Ara dah surrender, takmo jaga lagi, penat, yerlah kadang kesian Lela tengok, sepatutnya dalam usia acik ara tu dah patut rehat, bebaru ni ada gak try hantar nursery, tahan 4 hari je, dan setiap hari duk menangis, melalak tak henti-henti..bila berhenti pun time tidur, alahai susahnya..masa tu lela sedih sangat, tak tahu nak buat camner, nak hantar Terengganu lela plak jenis tak tahan rindu, anak wooooooooo....kot-kot mana mesti nak depan mata gak.
Nasiblah acik ara & pakcik Dolah nak jaga balik hani, nek ara & atok dolah pun hantar hani ke nursery, then bila line clear kitorang nyorok..nak tahu apa terjadi? Hani menangis dengan nada sedih teramat sangat, sepanjang nangis tu duk sebut "Nenekkkkk, atokkkkk"..alahai lagilah nenek & atok dia sedih, yg mummy dia ni sikit pun tak sebut.
Sampai hari ni pun kalau lela balik kerja nak amik dia, tak mahunya dia balik, siap babai kat kita lagi, bila sampai rumah oklah kejap, bila nak tido mulalah cakap "mummy nak nenek"...