Followers

10 February 2009

Roti Sosej



Minami133 adalah tuan punya resipi Roti Sosej dan resipi ni lela amik dari MyResipi, cam tak percaya plak, sekali pandang cam kedai roti four leaf kat sogo, hehehehehe (uwekkkk perasannnnnn)..for Minami133, TQ banyak-banyak, ilmu wat roti yang berguna. Lela copy paste kat sini yerk Minami..

Bahan-bahan ( 12 biji ):
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara :
1.Masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
2.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.Ambil sebiji doh. canaikan
4.Ambil sebatang sosej dan gulung
5.Hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
6.Tolak kiri dan kanan selang seli.
7.Ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.Biarkan doh selama 40 minit.
9.Setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
10.Roti siap dibakar..

09 February 2009

Puding Roti Sos Kastard


Bak kata Kak Hana, hari roti sedunia, lela pun nak join the club gak, tapi ngelat plak, kemain ak hana duk nguli roti tapi lela cuma menvariasikan roti sediada kepada puding, hehehehe..aci tak Kak hana? ni kes nak habiskan stok yang nak expired daaaaaa...Resipi puding roti ni lela dapat dari MyResipi oleh MayaZakri, TQ sis..
Maya, lela copy paste jerk yee..

Bahan-bahan A:

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B:
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *lela tak letak
1 s/b buah pala *lela tak letak

Bahan C-kuah:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara-cara:
1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2.Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4.Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5.Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Asam Pedas Daging

Bahan-bahan:
100 gm daging - siap direbus
@1.5 cm halia
@2 labu bawang besar
@2 ulas bawang putih
@1.5 cm kunyit hidup
@2.5 cm belacan
@20 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam secukup rasa
2-3 helai daun limau purut

p/s: Bahan bertanda @ dikisar

Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan cili dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
4.Masukkan daging, lengkuas, serai dan daun limau purut - biarkan mendidih.
5.Masukkan pula garam dan sedia untuk dihidang.






Ikan Berempah


Bahan-bahan:
3 kerat ikan rohu
2 ulas bawang putih
1 inci halia muda
Sedikit cili kisar
Serbuk kunyit
Garam
Cara membuatnya:
1.Tumbuk bawang putih dan halia
2.Perapkan bahan tumbuk tadi bersama dengan cili kisar, serbuk kunyit dan garam
3.Perap seketikan
4.Goreng hingga garing/masak

Bendi Rebus


1.Rebus bendi hingga lembut dan toskan
2.Tumbuk cili padi + perah asam limau + campuran kicap manis cap kipas udang
3.Curahkan ke atas bendi yg telah direbus
Ni jelah hidangan tengahari lela dan suami tercinta.

Award dari Kak Anawahid

Award ni pemberian dari kak Anawahid, TQ sis..muahhhhhhhhhhhhhh...
susah-susah jerk...









08 February 2009

Jom Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol

Breakfast pagi tadi pekena nasi lemak, resipi dari mak bonda kesayangan..
selama ni kalau wat sambal memang fail, jangan kata nak bagi orang makan, lela sendiri pun tak lalu nak telan, hehehehe..ada gak camtu,kan? ish tak sesuai betul..so balik kampung bebaru ni lela tekun belajar masak sambal nasi lemak ikan tongkol a.ka aya..dan yg paling syok, ia menjadi...yahoooo!!!!!
Resipi untuk sambal ikan tongkol.

Bahan-bahan:
@1 ekor ikan tongkol
@Asam keping
@ secubit garam
Bawang merah 18 ulas (kisar)
Bawang besar 3 ulas (kisar)
30-40 biji cili kering (rebus dan kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Nisang / gula melaka
Garam dan perasa
3 ulas bawang besar - hiris halus

Cara-caranya:
1.Rebus bahan@ bersama dengan sedikit air, dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi dan agak garing.
3.Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
4.Masukkan 1 mangkuk air asa jawa.
5.Bila mendidih masukkan sedikit garam, perasa dan nisang / gula melaka.
6.Kalau pekat tambah dengan sedikit air.
7.Apabila mendidih, masukkan hirisan bawang besar tadi dan masukkan ikan tongkol yg telah direbus.

05 February 2009

Nasi Ayam













Nenas dan Kangkung

Biasanya pajeri nenas pekat & cam gelap sikit kaler tu, tapi yang mak mentua lela buat cair, memang terangkat..sebelum ni memang tak makan pajeri nenas, tak berapa suka.

Kangkung & pajeri nenas ni lauk tambahan. Lauk tamhaban nunnnnn kat bawah ni hahhh..gulai ayam ganuuuuuu...







Gulai Ayam








Gulai ayam ni lauk kegemaran lela sebenarnya, pandai makan gulai ayam ni pun lepas kahwin dengan hubby, mak mentua lela memang pro lah kalau buat gulai ayam ni, ni penangan air tangan bonda..resipi lela letak kemudian k.