Followers

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

07 January 2011

Ayam Masak Bali

Menu untuk makan malam tadi Lela buat Ayam Masak Bali & Ikan Bakar.
Tak tahu nak masak per, naik blur dah mikir..kena buat list sebulan utk masak memasak, aci tak camtu? Hahahahahahahaha..huh, bersemangat sungguh. Sebenarnya resipi asal Daging masak bali, dek kerana daging takde, lela gantikan daging dgn ayam..oklah, sedap gak, tapi lela lagi suka lauk ni kalau buat guna daging.
Ayam Masak Bali
Ikan Bakar Kosong
Tak tahu nak dah ngomel per..gd nite everyone :)
Daaaaa...


22 June 2010

Sup Ayam Lengkuas

Resipi ni dapat kat kotak Kiub Pati Ayam Knorr, ngeh ngeh ngeh..
Selain dari sedap, lela suka sangat resipi ni coz mudah sesangat, hahahaha..takde tumis menumis langsung, semuanya main didihkan ajerk...bila duk berpantang sorang-sorang ni kira oklah resipi cam mudah camni, mana dengan 2 org permata hati lagi, tak sempat nak duk dapur lama-lama. Ok utk resipinya.

Bahan-bahan:

1.5 liter air
1 kiub pati ayam Knorr
4cm lengkuas-hiris nipis
300gm isi ayam
5-6 biji cili burung-dititik ( Lela tak guna cili)
1/4 cawan santan (Lela tk letak santan)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu besar jus limau nipis (Lela tak guna)
Daun ketumbar utk hiasan

**Sayur tambahan:
-Kobis
-Carrot
-Kacang buncis
-Sawi
-Jagung-potong 3

Cara Memasaknya:

1.Masukkan air dan kiub pati ayam Knorr di dalam periuk. Letak atas api sehingga mendidih.

2.Tambah cili burung, santan, gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan sayur-sayuran tambahan. Angkat dan hidangkan ketika panas.

08 September 2009

Ayam Masak Madu


Bahan-bahan perap:-

3-4 ketul ayam
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar serbuk kari
Secubit garam
----Semua bahan atas diperap seketika----

Bahan-bahan A:

2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato - Del Montel @@ Bestttttttt bangat
2 sudu besar sos tiram
----Semua bahan atas disatukan - tambah sedikit air----

Bahan-bahan hiris:

1 biji bawang merah - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1-2 biji cili merah/hijau - dihiris

Bahan-bahan Tambahan:

3 sudu besar madu-nak manis letak lebih
Secubit garam dan ajinomoto
Air

Cara-caranya:

1. Goreng ayam yang telah diperap dan ketepikan.

2. Tumis bahan hiris sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan A dan tumis sehingga pecah minyak / mesra.

4. Masukkan air dan 3 sudu besar madu.

5. Masukkan garam dan ajinomoto.

6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng.

7. Sedia untuk dihidang.

p/s :

Resipi ni Lela ceduk dari internet, tapi lupa source dari mana, kepada Tuan Resipi ni, Lela minta izin letak resipi kat sini. Apa yang boleh Lela bagitahu, memang sedap sesangat, tak rugi mencuba. Terima Kasih.

01 September 2009

Murtabak Segera

Dah berapa hari kitorang berbuka tak makan nasi, semalam cik abang mintak lela buatkan murtabak, alamak.....bunyi cam susah jerk nak buat, nasiblah ada My Resipi yang membantu, tengah duk surf apa-apa yang berkaitan dengan murtabak, last sekali jumpa resipi Murtabak Segera dari Minami133, TQ soooo much Minami, memang amat membantu, sesuai dengan nama Murtabak Segera. Lela minta izin copy paste resipi kat sini yerk.
Bahan-bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-caranya:
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.



16 August 2009

Ayam Panggang Bergrill

Juadah hari ni pekena Ayam Panggang Bergrill, resipi untuk buat Ayam Panggang ni teramat mudah dan semudah A B C. Resipinya Lela letak kemudian ya, penatttttt sesangat.

14 August 2009

Chicken Teriyaki Part 2

Chicken Teriyaki Part 2, kali ni Lela buat sedikit kering, tak macam Chicken Teriyaki Part 1, Lela guna resipi yang sama seperti sebelum n,i cuma cara nak bakar tu lain sikit, Lela guna Chefal (beli dengan Cosway). Memanggggg membantu, Terima Kasih bebanyak untuk maid baru Lela ni.
Dah selamat pecah dara pun, kali ni memang rajin guna kuali Chefal. Minyak masak kat rumah pun dah banyak hari tak terusik, sejak ada kuali Chefal, memang tak menggoreng langsung, bagusssssss....secara tak langsung Lela telah menyediakan hidangan yang sihat kepada Hubby dan Maryam Hani.

Rupa Chicken Teriyaki yang belum dipanggang. Sekali pandang cam rupa paru-paru,kan? hehehe
Kepada yang teringin nak mencuba, boleh amik resipi disini yerk, Chicken Teriyaki Part 1



10 March 2009

Chicken Teriyaki

Haluuuuuuuuuuu....kali ni lela mempersembahkan Chicken Teriyaki kat u all sumer, yummyyyyy!!!..masa duk nengok blog kak hana terpikat pada masakan ayam yang kak hana buat, nak buat chicken Teriyaki ni mudah dan cepat, sesuai untuk sesaper yg buzy (hehehehe..alasan jer tu), resipi kat bawah tu lela copy paste dari K.Rinnchan
Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus
Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
Nilah rupa chicken teriyaki yg telah diperap.
Kalau tekak tu terasa teringin, baik try, gerenti tak nyesal..









05 February 2009

Nasi Ayam













Gulai Ayam








Gulai ayam ni lauk kegemaran lela sebenarnya, pandai makan gulai ayam ni pun lepas kahwin dengan hubby, mak mentua lela memang pro lah kalau buat gulai ayam ni, ni penangan air tangan bonda..resipi lela letak kemudian k.


27 January 2009

AYAM MASAK MERAH II

Tengahari ni kitorang masak Ayam Masak Merah..bunga rose tu rembat pokok mak punyer, hehehehehe...

15 December 2008

RENDANG AYAM KUNING

Rendang ayam kuning, ni resipi abang office lela, selalu kalau ada makan-makan gerenti abang Rosli bawakkan ayam kuning ni, rasa ayam ni??? Ya Rabbi sedap bangattttt sih...so semalam lela teringin nak makan rendang ayam kuning. Lepas balik dari Giant lela terus ke dapur untuk masak rendang ayam ni..TQ abg rosli coz sudi share resipi yg best ni kat lela..dah le sedap, senang plak tu.
Ni resipi untuk rendang ayam kuning
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (bersih dan toskan)
@Serai 10 batang (5 batang - diblend) dan (5 batang lagi diparut dan hancurkan)
@2 inch kunyit
@Segenggam cili api - ikut citarasa masing-masing
Santan
Asam keping
Gula merah
Garam
Cara-caranya:
1.Bahan-bahan bertanda @ dikisar halus
2.Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam kuali dan masak sehingaa kering
3.Sedia untun dihidang.

04 December 2008

Ayam Bakar Sos Lee Kum Kee


Bahan-bahan:

6 ketul ayam saiz besar - direbus terlebih dahulu
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Sedkit sos tiram
Sos perap Lee Kum Kee
Cara-caranya:
1.Ayam yang telah direbus, dimasukkan ke dalam loyang pembakar
2.Perap ayam tadi dengan semua bahan di atas selama 1/2 jam
3.Bakar ayam tadi selama 15 minit dlm suhu 200 C. Tak perlu lama sangat coz ayam tadi telah direbus terlebih dahulu.
4.Hias dengan carrot yg telah disagat.
Lela rasa ayam ni kalau masak utk nasi ayam pun ok, coz rasa dia mmg sesuai bangat utk nasi ayam, bagus utk kesihatan coz tak digoreng.

17 November 2008

AYAM MERAH MASAK MADU

Bahan-Bahan:
-Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah - dikisar
-2 ulas bawang putih - dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-2 biji lada besar - potong serong
-Air
Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.

25 April 2008

MASAK LEMAK TEMPOYAK

Nak habiskan santan, fikir punya fikir..Wat lemak cili api and tambah tempoyak..Wallaaaa...

Bahan-bahan :

Ayam (basuh dan toskan)
@ Cili Api
@ Kunyit
Tempoyak
Santan
Serai
Daun kunyit

Cara-cara :

1. Bahan @ (cili api dan kunyit) ditumbuk sehingga lumat.
2. Satukan bahan tumbuk bersama santan, tempoyak dan serai bersama ayam.
3. Panaskan seketika kemudian masukkan sedikit air.
4. Apabila mendidih masukkan daun kunyit dan siap utk dihidang.
Garam

17 April 2008

AYAM BANJAR BERMAYONIS

Tekak terasa nak makan ayam KFC, tapi malas nak kuar..so, keluarkan ayam terus teringat resipi sorang kakak kat Selayang tu(org boyan), dulu masa kije kat Jaguar Service Centre selalu gi makan kat kedai tu, kitorang panggil dia kedai "makwe", hehehehhe, padahal dah tua pun, saja suka-suka..kira ni salah satu kedai kegemaran lela dan ajoe(hubby), ehem ehem..kami kije tempat yg sama 1 ketika dulu, tu yg jumpa dan terus terpikat, kah kah kah...lela bagi nama resipi kat atas AYAM BOYAN BERMAYONIS


07 March 2008

AYAM BAKAR KASTURI


Semalam takmo makan nasi, nak meratah jek..mula-mula ingat nak makan roti dgn kacang panggang, tapi teringat plak ada ayam dlm fridge. Apa lagi belek majalah RASA jumpa resipi yang mudah, cepat dan senang AYAM BAKAR KASTURI,klik di sini. Tapi lela terlebih rempahlah, rasa cam kureng sikit.