Sebelum nak mula cerita ceriti tentang gambar di bawah ni, ucapan Terima Kasih tak terhingga untuk suamiku Mohd Fami kerana selama ni daddy telah banyak memberi perangsang dan kata-kata semangat untuk Mummy teruskan pengajian ni. Dan yang paling penting Daddy telah banyak berkorban untuk Mummy terutamanya dalam menjaga Maryam Hani, maaf dipinta seandainya selama pengajian mummy, Daddy sedikit terabai dari segi makan dan pakai, maafkan mummy ye sayang, huhuhuhu..Kalau nak cerita kat sini memang sampai esok pun belum tentu Lela siap menaip, tapi apa yang pasti dengan IZIN yg diberikan suami kepada Lela untuk teruskan pengajian tu adalah hadiah paling berharga untuk seumur hidup Lela, secara tak langsung sepanjang Lela belajar suami banyak membantu,tak terungkap dengan kata-kata pengorbanan yang telah suami Lela berikan sepanjang 4 tahun ni. "Terima Kasih Sayang kerana telah banyak membantu Mummy dan bertolak ansur dengan kekurangan tanggungjawab Mummy sebagai seorang isteri sepanjang Mummy belajar ni. Hanya untukmu Mohd Fami, I LOVE YOU SO MUCH.
16 Ogos 2009 pada pukul 2 petang berlangsunglah Majlis Konvokesyen UKM yang 37 bagi sidang yang ke 4 bagi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya kerana kami berenam telah tamat dari pengajian dengan jayanya.
Tak sangka pulak akhirnya kami yang warga baru nak tua ni dah habis belajar. Nilah antara sahabat Lela dari mula belajar sampailah sekarang. Dan yang paling dashyat, kalau start je musim exam ada di antara mereka yang tidur rumah semata-mata nak ulangkaji pelajaran bersama, nasiblah suami Lela seorang yang memahami dan sentiasa memberi green light untuk mereka bermalam di rumah. Nama je bermalam, padahal tidurnya pun dalam sejam dua jerk, selebihnya kami duk buat ulangkaji sampai naik lebam bijik mata.
Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan Sahabat seperti mereka, Dorang bannnnnnnyak membantu Lela sepanjang pengajian, dan kalau tak kerana mereka juga, belum tentu Lela dapat 3 pointer and above. Sayang korang semua.
Aik, ingatkan dalam class jerk duk sebelah, sekali dalam dewan DECTAR pun sama duk sebelah, hehehehe..Cipul masa ni dah gelakkan Lela coz sempat lagi mata tu kuyuuuuu jerk, nak membuta jerk kerjanya, hahahahahaha...nak elakkan ngantuk, kitorang duk pakat snap gambar dan siap buat edit masa dalam dewan DECTAR tu, eeee tak sesuai betul..hehehehe









