Followers

30 June 2008

Buka e-kedai ler fullokkkkkkkk!!!!!

Ehem-ehem, nak menyelit kejap, lela lani sedang amalkan LAWA HIGH COLLAGEN 5000mg, dah 2 bulan, memang cukup berkesan, sesiapa yang berminat bolehlah datang melawat ke kedai lela ni, http://lelayongbiz.blogspot.com/
banyak lagi produk yang belum lela update,tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!!
(psssstttt,pict kat atas tu pengasas LAWA HIGH COLLAGEN 5000mg-Puan Nora)

18 June 2008

SWAN OH SWAN!!!!!!

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....cantik tak rupa Swan lela ni?? Hehehehe..Actually ni kuih cream puff, tapi idea disumbangkan oleh chef kami sekeluarga, Awieeeeeeee...alang-alang bercuti kat K.L, lela pun ajaklah dia ke dapur, minat masak Awie ni kira cam bro or sifu yg hebat kat blog ni, siapa lagi kalau tak cik mat gebu kita..
Haaaa ni dia chef yg lela impot dari Awana Kijal, hik hik hik...dulu dia belajar amik course bakery, lani bekerja kat Awana Kijal, still available, hahahahha....
Next time datang K.L nak dera awie lagi...kui kui kui

CREAM PUFF

Cream Puff tanpa nozel, camnilah hasilnya, this is first time lela cuba, tupun nasib ada adik ipar kesayanganku, hehehehe.. Resepi lela letak kemudian k.

02 June 2008

Tag dari AlongRoz


Terima kasih banyak-banyak untuk along coz bagi lela tag ni, tapi sebelum tu lela nak minta maaf banyak-banyak coz lama lela menyepi, bukan apa, buzy sangat, tak sempat nak menyapa kat blog ni. Lela received tag ni pada 7 May 2008.
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
7 Perkara tentang lelayong:
1. Lela suka makan, so far semua benda yg boleh makan semua lela balon, KECUALI "rebung jeruk".
2. Akibat lela dah merasa semua jenis makanan dan enjoy dengan makanan, SEKARANG lela WAJIB berpantang kerana lani tengah menghidapi penyakit resdung yg teruk sehingga dijangkiti asma. ( Waaaaa tak suka)
3. Sehingga hari ini lela sedang mengusahakan menaikkan berat dengan cara yg selamat.
4. Teramattttttttttttttttttttttttt suka berangan, konon-konon nak jadi adik angkat kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. (Mentang-mentanglah lela org terengganu, tuh yg kaut berangan tuh, hehehehehe).
5. Suka beli buku masakan, dah bertimbun-timbun kat rak buku tu, rasanya buku masakan lebih banyak dari text book lela, hahahahaha.
6. Nih tengah simpan duit nak beli DSLR (samada Canon atau Nikon) dan mixer yg mempunyai byk fungsi seperi blender, food processor, juicer, dan macam2 lagilah, lupa ler fullokkkkkkk.
7. Yang paling teruk, sejam sebelum class berakhir, lela dah tak boleh fokus pada class/lecturer, fikiran lela dah melayang teringatkan maryam hani dan hubby, hahahahahahaha.....
Setakat ini dulu serba sedikit tentang lela, adios....

IKAN BAKAR SIMPLE

Ikan Bakar nih senang jerk nak buat, ni resipi utk ikan bakar yg lela buat nih,
Bahan :
2 Ikan selar
Kunyit
Garam
Cili kisar
Jus Asam limau
Daun kesum - koyakkan

Cara-caranya:
1. Sapukan garam dan kunyit pada ikan, kemudian bakar separuh masak dgn suhu 200 C selama 10 minit. ( Bakar atas loyang dan sapukan sedikit minyak pada loyang tersebut).

2. Gaulkan cili kisar tadi bersama jus asam limau sehingga mesra dan lumurkan pada ikan yg dibakar tadi sehingga rata dan letak daun kesum. ( Bungkus dgn foil dan letak atas dulang yg sama).

3. Bakar lagi sehinnga 10 minit.

4. Siap untuk dihidang.

Assam Rebus


Hujung minggu ni nal balik Terengganu, sooooo, lela kena clearkan semua lauk basah yg ada dalam friedge, hmmmmm bendi banyak lagi, tak tahu nak masak per, toing terlintas nak buat Assam Rebuk (terengganu panggil singgang pedas). Hubby lela suka kalau lela masak lauk nih tapi letak tempoyak dan ikan tu tukar pada ayam, pelikkan..??? tapi tulah dia..bak kata bapak mentua lela, "nih kira dah salah ni, coz tukar resipi asal", hehehehehhe...tak pelah abah, nak wat camner, anak abah suka makan, huhuhuhuuhu...

WANTAN GORENG

Setelah bertapa dengan sekian lamanya, akhirnya lela muncul dgn wantan goreng, hehehehe..nipun kira tekak teringin nak makan wantan, kalau tak tak tahulah bila plak leh merasa.. Untuk resipi lela letak kemudian k.