Followers

Showing posts with label "My Story". Show all posts
Showing posts with label "My Story". Show all posts

01 March 2011

Kesum Oh Kesum -Part II

Mesti boringkan..asyik duk tempek pokok kesum jerk..dah takde benda lain agaknya makcik lela ni..Dah nak buat macamana, tu jerk yang menarik perhatian makcik lela nak share kat sini mahupun FB..dah cam ketandusan idea pon ader..sabooooooo jelah..
Target ketinggian pokok kesum ni dah mencapai piawaiannya..Lela memang kepingin nak tengok pokok kesum lela ni setinggi dengan tuan empunya pokok kesum ni..
Alhamdulillah akhirnya tercapai gak hasrat di hati..
Punyalah merimbun pokok kesum ni, sampai lela tak tahu dah nak masak apa..
Orang kata kalau kita cantas pokok kesum ni lagilah merimbun jadinya..
Nak cantas ke tak nak ni??? Aduhai...sayang pun ada..nak bagi jiran-jiran rasa cam malu pun ada, auwwwwwwwwww..pemalu rupenya aku ni, hahahahahahaha...
Usia pokok kesum ni dah masuk 6 bulan..tak sangka pulak boleh merimbun sampai camni..
Terdetik Lela nak jaga pokok kesum sehingga jadi tinggi dan rimbun macamana ni adalah dek kerana sukerrrrrrrrrrrrrrrrrr sangat tengok pokok kesum giant kak Joayee.
Sesiapa nak tengok boleh klik kat link tu..
Memang tabik spring kat kak jo..

06 January 2011

SANGAT NAKAL....

Ni dia makhluk yang menganggu gugat kebun kecil makcik Lela..
Tak tahu camner nak buat agar "Nyek-nyek" nih tak kacau pokok-pokok kesayangan makcik tu. Kalau pokok yang ada buah memang gerenti dia pi serang, tak kira buah tu kecil atau besar yang pasti mesti "Nyek-nyek" ni petik..bila dia rasa cam tak leh nak telan, dibuangnya buah or putik buah cenggitu jerk..Aduhaiiiiiiii... tak ke berangin satu badan. Mana taknya, siang malam makcik duk siram, duk baja...tilik sana,tilik sini..musnahnya cenggitu jerk, tension sungguh.
Dah banyak bijik buah limau kasturi jiran Lela "Nyek-nyek ni kerjakan..dipetiknya..pastu makan...yarkkkkkkk masammmmmm..pastu buang cenggitu jerk..esok lusa petik lagi..dan yg nakalnyer "Nyek-nyek" nih suka mengjahanamkan anak pokok yg baru disemai, bila takde benda nak makan, dicabutnya anak pokok cili yg baru nak membesar,huhuhuhu...sakitnyer hati.
Bayangkan sampah yang duk dalam tempat tong sampah yang berselak tu pun dia boleh bukakkan, whoaaaaaaa.....cerdik sungguh, karang ada gak pintu tong sampah tu makcik kunci karang...orang kate kalau nak halau, letak belacan kat area yang dia suka pergi..betul ke? Jadi satu masalah pulak bile "Nyek-nyek" nih suka buat kacau..hurmmmmmm nak buat camne, belakang umah makcik memang hutan, dekat dgn tempat dia. Tapi takkan takde cara nak elakkan tanaman kita dirosakkan oleh "Nyek-nyek" ni. Hari-hari duk mikir camnerlah nak bagi kebun mini makcik tu membesar tanpa gangguan. Aduhai..nasib badannnnnnnn.
Tengok gambar kat bawah nih, tengah survey line agaknyer? hahahahaha..
biler kita gertak dia, dia plak yg gertak kita, takut ugek, sebab kalau dia mengganaz agak merbahaya kepada baby or kanak-kanak, tu yg paling ditakuti.
Tolonglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...camner nak selesaikan masalah dengan "Nyek-nyek" yang nakal ni???????

"Huhhhhh...kanan line clear"

"Kiri pun clear,cayalah"

"Opocot mak kau, aiseymennnnnnnnnnn..tuan umah adaler fullokkkkkk"















10 December 2010

Sambutan 30 Tahun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)

Jumaat, 10 Disember 2010, Berita Harian Online

Seri Paduka Mahu Kebajikan Anak Yatim Terbela

TUANKU Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah Pemegang Ijazah Alumni 30 Tahun PERKAYA kepada seorang penerima di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta semua pihak terbabit dalam pengurusan anak yatim termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sukarela meningkatkan usaha dan tanggungjawab mereka memastikan kebajikan anak yatim sentiasa terbela. Titah baginda, pembangunan sahsiah dan akademik antara perkara penting perlu diberi perhatian untuk kejayaan masa depan anak yatim dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) antara badan wajar dicontohi berikutan langkah dilaksanakannya dalam membangun dan memajukan anak yatim di negeri ini.

"Beta bangga atas kejayaan PERKAYA sepanjang 30 tahun ini menyediakan kemudahan asas dan aktiviti kepada anak yatim di negeri ini bagi memperbaiki kehidupan mereka pada depan".
Petikan dari : Berita Harian Online
Hampir 12 tahun tak jumpa dengan sahabat handai yang pernah tinggal di Perkaya

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Dewan Konvokesyen, Masjid Kristal

Bergambar bersama Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor, Yang Dipertua Perkaya


Kami anak-anak yatim di Perkaya lebih mesra memanggil Datuk dengan panggilan "Bak" (ayah) sejak dari dulu lagi. Bila mengimbas kembali kenangan masa tinggal di Perkaya dulu, banyak kenangan indah yang tak dapat kami lupakan, dari tingkatan 1hingga tingkatan 5 kami tinggal kat sana. Terima kasih tak terhingga kepada Perkaya kerana telah menjaga & membela nasib anak yatim seperti kami.
Ex-students PERKAYA

Ummi, isteri Yang Dipertua Perkaya.





16 November 2010

My Kesum - update (09/11/2010)

Ni dia pokok kesayangan makcik..sekarang dah sama tinggi dengan puteri kesayangan Lela..kejap jerk ia membesar..rimbun jangan cakaplah..actually, pokok kesum ni memang suka tempat yg becak-becak, so lela tanam dalam pasu yg takde lubang, takung air banyak-banyak dlm pasu ni, tapi kena tengok jugak, takut beranak pinak plak nyamuk-nyamuk tu..bebaru ni lela terlebih baja, apa lagi..daun-daun kesum lela banyak yang dah kering, panas agaknya..nih lela duk trim mana-mana daun yg dah kering tu..sayang wooooooooooooooo...pokok kesum ni adalah terapi untuk lela taw, balik kerja tilik daun kesum (tak masuk umah lagi jenguk anak-anak, hehe)..weekend plak, celik bijik mata, tilik daun kesum..
Apa yg lela perasan, daun kesum ni akan segar bila lepas hujan, daunnya akan jadi besar & lebar.
Hurmmmmm tak sabar nak tengok pokok kesum ni setinggi Lela..

29 October 2010

Spectra 7 & Medela Freestyle

Spectra 7

Tujuan Lela menulis entry kali ni just untuk rujukan mommies kat luar sana perbezaan antara Spectra 7 & juga Medela FS. Fungsi breastpump ni seperti yg kita tahu adalah untuk ibu yg ingin menyusukan baby mereka, dengan kata lain nak bagi full breastfeed. So, bagi ibu-ibu yg bekerja kenalah buat pemilihan pump apa yg mereka inginkan. Pada Lela mana-mana pump pun bagus, fungsinya tu sah-sah sama..cuma mungkin ada sesetengah mommies tu inginkan sesuatu pump yg selesa dgn keadaan diri sendiri. Macam Lela mula-mula rancang nak beli breastpump ni, Lela duk surf kat internet, ramai yg bagi respond yg baik untuk Spectra, apa kata Lela??? Yup betul tu..Spectra memang menjadi sahabat karib Lela setiap kali Lela mengepam kat office. Banyak sangat jasa Spectra ni..Bila dah 5 bulan guna Spectra, Lela asyik duk mengomel berat & bla bla bla..alasan ke tu??? Hahahahha..boleh jadi alasan dan boleh jadi tu adalah 1 ketidakselesaan pada Lela, coz sebelum ni Lela kalau datang office memang sediakala bawak beg besar bagai..semua mak nenek Lela bawak, kadang pelik plak apalah banyak sangat yg aku bawak ni.
Nak di jadikan cerita, selepas berpantang, sampailah waktunya untuk Lela bertugas seperti biasa dan dengan rasminya Spectra duk ikut sekali Lela ke hulur ke hilir, bayangkan sebelum ni dah memang bawak beg besar, alih-alih kena bawak Si Spectra yg beratnya mencecah 2 kg..aduhai penat teramat sangat..rasa tak selesa pun ada, tapi buat dono jerlah..
Dalam duk ulang alik ke office, hari-hari Lela duk story kat My King , penat bawak byk barang, nyesal tak beli Medela FS..bla bla bla..Dan seperti biasa, My King memang pendengar yg setia dan senyum "sokmo" bila makcik Lela ngadu kat dia, hahahaha..that's why i love you darling.

Alasan kukuh ni (hahahahhaa, yerlah tu)..Bebaru ni Lela menghadiri 1 kursus selama 2 hari, seriussssssssssssssssssssssssssssssss..berat wehhhhhh....dah ler makcik ni tak berapa nak tinggi, kurus plak tu, tapi duk galas spectra 2 kg naik putra, yg bimbit kat tangan plak ada 1 lagi beg, aisbag utk letak susu yg dah diperah, waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....rasa nak pengsan pun ada..

Balik dari course tu terus Lela bgtahu kat King, yg Lela nak beli Medela FS, dan My King memahami isteri tercinta lalu menyetujui untuk membeli Medela FS...TQ darling..hahahaha..
Sampai office terus email kat Aja & confirmed Lela nak memiliki Medela FS.


Nilah rupa Medela FS yg buat Lela selesa sekarang..suka sangat..Masa mula-mula guna Medela ni Lela rasa cam kecewa sikit, sebab tak sekuat Spectra, masa sessi mengepam pun Lela rasa cam tak enjoy jerk, coz rasa Br**st tak kosong, Lela sms kat Aja, aja kata tunggu 2 minggu untuk serasi dengan Medela ni. Yer Lela ikut nasihat Aja tu..Masuk hari ke-4, Sessi mengepam yg bahagia, Lela nampak ada perubahannya, susu meningkat dan Lela rasa dah start jatuh cinta kat Medela ni..yerlah perkara asal Lela beli Medela ni sebab ringan dan senang bawak ke mana-mana, tak terfikir plak sejauh mana dia punya performance..Tapi bila dah guna, memang betul2 membantu dah mudah kalau nak buat kerja, nama pun freestyle,kan?? So tak payah nak pegang botol ke apa..Lela still boleh buat kerja seperti biasa..yang paling syok, sejak ada Medela FS ni lela kerap buat power pumping untuk meningkatkan hasil tenusu.. Dan sejak guna Medela nih Br*Est ni kejap2 rasa berat, kejap2 rasa nak letdown...syukur pada-Mu Ya Allah, kerana mengurniakan rezeki kepada Ilyas Eusoff..
Mana perginya Spectra??? Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....spectra tunggu makcik Lela kat umah, sekarang spectra banyak berehat,malam baru dia bekerja untuk Lela, nak jual ke spectra ni? Oh nooooooooooo...sekali-kali tak terlintas nak jual, sebab spectra dah dinaikkan pangkat sekarang, so kenalah banyak rehat kat umah, dan menjadi back up untuk Medela, yerlah breastpump ni pun cam kereta gak, sampai masa & waktunya, kena hantar pergi service..so Lela masih memerlukan spectra ni..
Hasil tenusu diperolehi kat office..peace!!!!! Bahagiaaaaaa hidup..
Bila sesi mengepam, Lela rasa tulah perkara yg menyeronokkan, dan rasa tu adalah kenangan terindah...eh betul ni tau, tak tipu, klau tak caya, tanya mana-mana mommies yg mengepam cam makcik Lela ni..mesti dorang rasa semacam bila dia berjaya menyusukan baby dorang 100% dgn susu badan.

Tips nak banyakkan susu???

Lela banyak surf & baca kat blog rakan-rakan maya kat internet, disamping tu Lela selalu masuk forum susu ibu, baca apa yg lela nak tahu..
Selain dari tu, kalau kita plan nak full breastfeed, janganlah duk nak berdiet ke apa, semua tu pun boleh menyebabkan susu merudum, yerlah..logik akal, kalau tak makan, camne nak jadi susu? sekali anda menyusu anak anda, 500 kalori dlm badan anda ilang camtu jerk, tak payahlah susah-susah nak gi jogging bagai..

Hmmmmm banyak-banyak minum air masak, untuk mommies yg bekerja, mesti kerap mengepam..lagi..kerap mengepam, lagi..kerap mengepam..KERAP MENGEPAM, tulah tips yg paling berguna & paling penting..

Ni Lela copy paste dr 1 laman web utk meningkatkan hasil tenusu :)

POWER PUMPING & OTHER TRICKS INCREASE MILK SUPPLY.

PUMP LONGER
If you've been pumping for 15 minutes at a time, try 30 minutes. You may see two or even three separate letdowns and overall you will increase your milk supply.

POWER PUMP
Pump for 10 minutes, wait a few minutes, pump another 10 minutes, wait a few minutes and then pump another 10 minutes. You should experience three or more separates letdown and more milk overall.

MASSAGE YOUR BREAST
While pumping, massage your breast in the direction of the nipple. You can think of it as squeezing and pushing out the milk.

ADD A PUMPING SESSION
See if you can pump one extra time, either first thing in the morning or last thing at night. Some moms even wake up in the middle of the night to pump.

RENT/BUY A HOSPITAL GRADE PUMP

GET MORE REST

*****REMEMBER THAT IT TAKES YOUR BODY A FEW DAYS TO RESPOND TO THESE TRICKS BY INCREASING MILK SUPPLY.

My Kesum

Kali ni nak share gambar daun kesum kesayangan makcik Lela..kenapa beria sangat nak tanam daun kesum ni??? Terdetik dalam hati nak jadikan daun kesum Lela ni sebesar pokok daun kesum KAK JOAYEE..mak aiii besar bagai..sama tinggi dgn kak Jo. Sesiapa yg teringin nak tengok pokok kesum kak Jo boleh klik kat link yg lela highlight tu.
Seumur hidup tak pernah jumpa pokok kesum sebesar pokok kesum yg kak Jo tanam..hiks..so Lela terpanggil nak tanam pokok kesum & jadikan projek terkini Lelayong, hahahaha..kelakar pun ada..hari-hari duk belek, duk tilik daun kesum kat umah tu. 2 minggu sekali Lela bagi baja, uiks semangat ni..tak sabar nak tengok My Kesum membesar/tinggi cam Lela :)


Rimbun,kan?? Kalau nak masak Lela petik kat bahagian bawah jerk..huhu

01 July 2010

Stok "EBM"ku....

Ni stok EBM lela..baru dapat 32 botol..risau takut tk cukup utk bekalan di bulan puasa..ramai kawan-kawan yang full breastfeed mengadu pada bulan puasa hasil tenusu teramatlah kurang,ni yg buat lela risau,stok yg ada ni pun boleh bertahan dlm 6-7 hari jerk..mana dgn tak muat tempat lagi, semalam ada bagitahu my king pasal stok EBM dah makin banyak, tempat plak terhad, then my king bersetuju untuk sambar deep freezer, cam jual ais krim plak, hehehehe..manalah nak letak deep freezer tu nanti, alamatnya bilik tetamulah yg jadi penempatan kekal untuk deep freezer tu, kui kui kui...

Cerita pasal stok EBM ni, lela dengan bersungguh-sungguh nak bagi Ilyas full breastfeed (memberi susu badan secara eksklusif ). Tanpa susu formula dan tanpa air masak. 100% adalah susu badan. Mudah-mudahan rezeki Ilyas melimpah ruah, jangan susu tak cukup dah, bak kata orang, susu badan ni nak kering senang, tapi nak pulihkan balik cukup merana, jawapannya "YA", tulah yg terjadi pada lela, lepas kena bengkak susu tempohari lela tekap dgn kobis, mmg menjadi,sakit bengkak tu cepat baik, tapi malangnya lepas pada tu susu kering..lela ada terbaca kat blog rakan-rakan kobis pun salah satu punca membuatkan susu badan kita kering. Nak pulihkan balik susu badan untuk back to normal, Ya Rabbi cukup tertekan, biasa paling banyak kalau lela pam,dapat 9 oz (waktu tu ilyas baru berusia 2 minggu), lepas pada susu merudum nak dapat 2 oz cukuplah terseksa. Sehingga lela terbaca satu blog yg mana tuan tanah blog tu mengamalkan food supplement Shaklee untuk pulihkan susu badan. Betul.............. selepas lela mengamalkan shaklee susu makin meningkat dan warna susu nampak lagi menarik dari warna sebelum ni, nampak cam pekat dan sedikit kuning, sebab tu dorang kata kalau makan shaklee susu badan tu lebih lemak berkrim, hehehehehe...apa-apa pun layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn...