Followers

10 December 2010

Sambutan 30 Tahun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)

Jumaat, 10 Disember 2010, Berita Harian Online

Seri Paduka Mahu Kebajikan Anak Yatim Terbela

TUANKU Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah Pemegang Ijazah Alumni 30 Tahun PERKAYA kepada seorang penerima di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta semua pihak terbabit dalam pengurusan anak yatim termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sukarela meningkatkan usaha dan tanggungjawab mereka memastikan kebajikan anak yatim sentiasa terbela. Titah baginda, pembangunan sahsiah dan akademik antara perkara penting perlu diberi perhatian untuk kejayaan masa depan anak yatim dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) antara badan wajar dicontohi berikutan langkah dilaksanakannya dalam membangun dan memajukan anak yatim di negeri ini.

"Beta bangga atas kejayaan PERKAYA sepanjang 30 tahun ini menyediakan kemudahan asas dan aktiviti kepada anak yatim di negeri ini bagi memperbaiki kehidupan mereka pada depan".
Petikan dari : Berita Harian Online
Hampir 12 tahun tak jumpa dengan sahabat handai yang pernah tinggal di Perkaya

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Dewan Konvokesyen, Masjid Kristal

Bergambar bersama Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor, Yang Dipertua Perkaya


Kami anak-anak yatim di Perkaya lebih mesra memanggil Datuk dengan panggilan "Bak" (ayah) sejak dari dulu lagi. Bila mengimbas kembali kenangan masa tinggal di Perkaya dulu, banyak kenangan indah yang tak dapat kami lupakan, dari tingkatan 1hingga tingkatan 5 kami tinggal kat sana. Terima kasih tak terhingga kepada Perkaya kerana telah menjaga & membela nasib anak yatim seperti kami.
Ex-students PERKAYA

Ummi, isteri Yang Dipertua Perkaya.