Followers

09 January 2011

Roti Bakar Telur

Alamak...roti dah nak expired. Nak buat perlah dgn roti ni..Sementara encik suami duk bawak anak-anak pusing taman, sempat gak lela surf kat google mencari idea untuk nasib roti yg dah nak expired ni. Teringat kat kak dayang, hari tu kak dayang ada post gambar roti bakar telur kat FB (mobile uploads)...haaaa per lagi, google jgn tak google..cari resipi camner cara nak buat roti bakar telur ni.

Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn wahai encik suami, makcik buat telur tu tersangatlah cair..tersalah skill ni, next time kena bagi keras sikit, baru syiokkkkkkkkk..takpe..makcik baru belajar..harap diampun yer pakcik :)
Nilah juadah petang utk kami sefamily..

08 January 2011

Baung Masak Tempoyak

TQ jiran setaman merangkap officemate yang yg sudi bagi ikan baung, lampam dan sebarau. Selama 4 hari duk memancing kat Kenyir, banyak gak ler ikan yg dia bawak balik, tapi sayang tk makan ikan sungai, ish ada gak lagu ni, tak makan tapi join mancing.
Surf kat internet ikan baung ni bleh gak klau masak gulai tempoyak. So far oklah..tapi pada Lela, Lela lebih suka guna ikan patin.
Dek kerana Bro Sidi bagi ikan, Lela ajak Sidi & Aina makan malam kat sini, masak lauk simple jerk, baung masak tempoyak, goreng garing ikan lampam dan goreng sedikit sayur. Bluuurrrrppppp!!! Alhamdulillah, kenyang sehhhhhh...

07 January 2011

Ayam Masak Bali

Menu untuk makan malam tadi Lela buat Ayam Masak Bali & Ikan Bakar.
Tak tahu nak masak per, naik blur dah mikir..kena buat list sebulan utk masak memasak, aci tak camtu? Hahahahahahahaha..huh, bersemangat sungguh. Sebenarnya resipi asal Daging masak bali, dek kerana daging takde, lela gantikan daging dgn ayam..oklah, sedap gak, tapi lela lagi suka lauk ni kalau buat guna daging.
Ayam Masak Bali
Ikan Bakar Kosong
Tak tahu nak dah ngomel per..gd nite everyone :)
Daaaaa...


06 January 2011

SANGAT NAKAL....

Ni dia makhluk yang menganggu gugat kebun kecil makcik Lela..
Tak tahu camner nak buat agar "Nyek-nyek" nih tak kacau pokok-pokok kesayangan makcik tu. Kalau pokok yang ada buah memang gerenti dia pi serang, tak kira buah tu kecil atau besar yang pasti mesti "Nyek-nyek" ni petik..bila dia rasa cam tak leh nak telan, dibuangnya buah or putik buah cenggitu jerk..Aduhaiiiiiiii... tak ke berangin satu badan. Mana taknya, siang malam makcik duk siram, duk baja...tilik sana,tilik sini..musnahnya cenggitu jerk, tension sungguh.
Dah banyak bijik buah limau kasturi jiran Lela "Nyek-nyek ni kerjakan..dipetiknya..pastu makan...yarkkkkkkk masammmmmm..pastu buang cenggitu jerk..esok lusa petik lagi..dan yg nakalnyer "Nyek-nyek" nih suka mengjahanamkan anak pokok yg baru disemai, bila takde benda nak makan, dicabutnya anak pokok cili yg baru nak membesar,huhuhuhu...sakitnyer hati.
Bayangkan sampah yang duk dalam tempat tong sampah yang berselak tu pun dia boleh bukakkan, whoaaaaaaa.....cerdik sungguh, karang ada gak pintu tong sampah tu makcik kunci karang...orang kate kalau nak halau, letak belacan kat area yang dia suka pergi..betul ke? Jadi satu masalah pulak bile "Nyek-nyek" nih suka buat kacau..hurmmmmmm nak buat camne, belakang umah makcik memang hutan, dekat dgn tempat dia. Tapi takkan takde cara nak elakkan tanaman kita dirosakkan oleh "Nyek-nyek" ni. Hari-hari duk mikir camnerlah nak bagi kebun mini makcik tu membesar tanpa gangguan. Aduhai..nasib badannnnnnnn.
Tengok gambar kat bawah nih, tengah survey line agaknyer? hahahahaha..
biler kita gertak dia, dia plak yg gertak kita, takut ugek, sebab kalau dia mengganaz agak merbahaya kepada baby or kanak-kanak, tu yg paling ditakuti.
Tolonglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...camner nak selesaikan masalah dengan "Nyek-nyek" yang nakal ni???????

"Huhhhhh...kanan line clear"

"Kiri pun clear,cayalah"

"Opocot mak kau, aiseymennnnnnnnnnn..tuan umah adaler fullokkkkkk"