Followers

10 February 2009

Roti Sosej



Minami133 adalah tuan punya resipi Roti Sosej dan resipi ni lela amik dari MyResipi, cam tak percaya plak, sekali pandang cam kedai roti four leaf kat sogo, hehehehehe (uwekkkk perasannnnnn)..for Minami133, TQ banyak-banyak, ilmu wat roti yang berguna. Lela copy paste kat sini yerk Minami..

Bahan-bahan ( 12 biji ):
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara :
1.Masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
2.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.Ambil sebiji doh. canaikan
4.Ambil sebatang sosej dan gulung
5.Hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
6.Tolak kiri dan kanan selang seli.
7.Ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.Biarkan doh selama 40 minit.
9.Setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
10.Roti siap dibakar..

6 comments:

Kengkaru Kong said...

untuk info kak lela, kong memang suka makan roti sosej ni..tanya si Aki dan Bain, mesti Kong selalu bawak balik 5 biji setiap hari...haha!

lelayong said...

yer ker kong?aduhaiiii..bila nak balik mesia? nanti kong balik akak wat roti sosej kat kong 10 biji, cover utk 2 hari, bleh??? hehehehe

Aziha said...

cedapnyer...k.lela...slurrp...ari tu jia try wat donat ganu (resepi k.lela la)..hehehhe...tembam2 jadiknyer cam tuan die jugak..tp dlm die lembut sgt sbb ade kentang kot... :)

lelayong said...

A'ah..donut tu mmg lembut, kalau biar sampai ptg pun still lembut..well done jia..

KakChik said...

Salam lelayong,

memang macam yang kat bakeri la roti sosej lela ni. gerenti kelas lah. kakchik tengok pun terliur.

baincardin said...

haha...Kong kamu memang kuat makan! tapi sosej NZ sana pasti lagi besar kan? boleh makan puas².