Followers

12 March 2009

Banana Split


Idea buat banana split ni datang dari teratak kak hana, tiru erk kak..hehehehe..then resipi untuk aiskrim tu lela ceduk dari sifu mat gebu, TQ cik mat, memang superbbbbbb....tapi tak gebu sangat..huhuhu..tapi untuk wat makan tu kira kembang hidung dah,hahahahaha...
Sesiapa rasa cam nak mencuba, boleh amik resipi di sini k.

11 March 2009

Salad Buah

Oleh kerana Maryam Hani selalu kena sembelit dan sekarang dah terkenal dengan Ratu Sembelit, lela perlu sediakan makanan yang senang untuk dia melepas, kesian plak..dah ler makan tak menentu, nak bagi makan punyalah susah, aduyaiiiii..ni duk buat salad buah, bukan dia yang habiskan, lela and hubby yg kena habiskan, huhuhuhuhuhu..

10 March 2009

Chicken Teriyaki

Haluuuuuuuuuuu....kali ni lela mempersembahkan Chicken Teriyaki kat u all sumer, yummyyyyy!!!..masa duk nengok blog kak hana terpikat pada masakan ayam yang kak hana buat, nak buat chicken Teriyaki ni mudah dan cepat, sesuai untuk sesaper yg buzy (hehehehe..alasan jer tu), resipi kat bawah tu lela copy paste dari K.Rinnchan
Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus
Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
Nilah rupa chicken teriyaki yg telah diperap.
Kalau tekak tu terasa teringin, baik try, gerenti tak nyesal..









04 March 2009

Hadiah Dari My Resipi

Sempena menyambut ulang tahun Lela ke-28, lela dapat hadiah dari My Resipi..Eeeee seronok sesangat..Buku The World of Bread tu memang best sesangat, banyak roti yg lela suka makan, so far belilah sebelum ni, tak pernah buat plak, harap-harap bila dah ada buku ni rajin ler buat sendiri..Buku Dessert tu plak memang mengiurkan tekak lela ni, masalahnya sekarang, tuan umah lately ni buzy n penat satu badan. Ni nak kena minum Jamu Mak Dara dengan kosisten baru segar badan, hehehehe...