Followers

25 March 2008

PULUT PANGGANG






PULUT PANGGANG nih dibuat pada hari yg sama dengan MOIST CHOCOLATE CAKE, tapi yang betul-betul buat acik timah, merangkap bonda angkat kesayanganku :)


Lela just tolong bungkuskan jerk, tapi seronok gak wat pulut panggang nih, kira projek yang tertunda dari 2 3 minggu lepas lagi, masa duk lepak umah acik timah, lela ada sebut nak makan pulut panggang, sekali..tadaaaaaaaa...dah terpancul depan mata, tulah dia..selalu cenggitu..


Kira untung berkali-kali ada jiran yang pemurah macam acik, yang paling terharu, lepas balik class malam kadang acik ajak lela dan ajoe makan malam kat sana, bluurrppppppp...kenyang lagiiiiiiiii....

21 March 2008

MOIST CHOCOLATE CAKE



Yummyyyyyyy....seronok sangat coz first time buat MOIST CHOCOLATE CAKE..menjadi plak tuh,terima kasih kak nor_67 kerana sudi kongsi resepi, memang sedap..teruja nak buat lagi... lela buat 2 versi kat sini, satu lela bakar dan satu lagi lela kukus, tapi ternyata selera tekak lela yang kukus lagi sedap, jenuh nak habiskan kek nih, actually nak buat untuk satu adunan kek jerk, tapi memandangkan nak merasmi mixer(Kitchen Aid) yang pakcik Karim (jiran sebelah rumah) baru beli, terpaksalah buat dua adunan, per lagi Lela dah Farhana pun perasan jadi Chef Kampung Padang Balang, ahaks!!!!!! Memandangkan mixer tu memang cukup membantu, terpaksalah Lela memujuk Hubby utk menghadiahkan satu pada Lela (ish, nih macam paksa tanpa rela nih) hik hik hik..

IKAN SALMON BEREMPAH



IKAN SALMON bagus untuk perkembangan otak kita, terutamanya untuk babylah, Lela beli nih memang nak buat untuk Maryam, tapi tak tahu nak buat per, memandangkan Maryam Hani suka makanan yg macam orang dewasa, so Lela buat goreng berempah jerk..So far, Maryam Hani suka, next time boleh beli lagi..tapi nak cuba buat soup plak..Kira lela first time makan ikan salmon nih, hehehehe...kesian plak, nak buat macamana, saya ni budak kampung, manalah reti nak makan ikan-ikan cenggini..hehehehe...Salam Maulidur Rasul untuk semua sahabat yg bertamu kat teratak lelayong, semoga dipermudahkan segala urusan oleh_Nya, Amin....

12 March 2008

ROTI SOSEJ MINI



ROTI SOSEJ MINI,klik di sini ni dah lama buat, cuma nih baru nak share laporan masakan dari resepi KAK YANI, sejak lela kenal MY RESIPI,klik di sini, banyak perubahan pada diri Lela, apa dia ekk..??? Ohhooo sudah tentu Lela dah rajin duk kat dapur, kira baguslahkan, bezalah dengan dulu, walaupun dulu memang minat ke dapur(masak apa yang patut), tapi sekarang Lela lagi ekstream untuk berusaha menjadikan diri ni seorang ISTERI yang rajin menyediakan makanan untuk SUAMI tercinta, hehehehhehehe....Cyaiyok!! Cyaiyok!!...Apa-apa pun TERIMA KASIH untuk semua sahabat handai dari MY RESEPI, sayang sokmo kat mereka semua, muahhssssssssss.........

10 March 2008

BUBUR NANGKA


Tengahari semalam operasi mengemas rumah habis-habisan, sampai tak keluar pergi mana-mana pun, duk terperap jek dalam rumah :( Naik berdenyut kepala ni, mula rancang nak pergi Genting, tapi rasa malaslah pulak, syok punya kemas, rupa-rupanya dah pukul 2.20, Alamakkkkk!!!! Mummy belum masaklah, tupun nasib daddy yg bertanya. " Mummy tak masak ker??" Aku terkebil-kebil mata, rasa cam malas sangat, nak makan kat luar tapi malas nak keluar plak, aku keluarkan ikan, then masak Ikan Selar masak tempoyak taruk kobis jeruk dan goreng ikan (ikan susu).Nih kira masak main campak-campak jerk, rasanya daddy dah lapar tu, kalau tak dia takkan merungut.Hmmmmmm semua dah beres, makan, kemas, Arhhhhhhhhh!!!! Ngantuk mata nih, tapi mummy gagahkan kaki utk ke dapur utk buat BUBUR NANGKA. Dah 2 3 hari nangka tuh terperuk dalam fridge, tapi daddy complaint, bubur mummy buat tuh terlalu pekat, sorry ya sayang..next time mummy buat lagi best, hehehhee...

07 March 2008

AYAM BAKAR KASTURI


Semalam takmo makan nasi, nak meratah jek..mula-mula ingat nak makan roti dgn kacang panggang, tapi teringat plak ada ayam dlm fridge. Apa lagi belek majalah RASA jumpa resipi yang mudah, cepat dan senang AYAM BAKAR KASTURI,klik di sini. Tapi lela terlebih rempahlah, rasa cam kureng sikit.



06 March 2008

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN..

Dah ketandusan idea, apa lela nak buat dengan ikan bawal ni..???? Argghhhhhhh!!!!! Kadang dah tak tahu nak masak apa, tengah duk main dengan si Hani, kepala ligat berpusing mencari idea. Mmmmmmmm....masak simple-simple dahlah, jimat masa, boleh kemas rumah sikit. Apa yang mudah..??? Kita buat BAWAL MASAK SAMBAL,klik di sini jelah. Sejak cuti semester ni, lela dah jadi malas sangat, semua kerja tertangguh, naper ek..??? Macam takde mood jerk, masa ada class walaupun terkejar masa, tapi tetap steady.

SAMBAL BELACAN


Sebut jek "SAMBAL BELACAN",klik di sini mesti mengiurkan sesiapa yg mendengar, Lela kalau dapat makan sambal belacan gerenti pulun khow khow punya, tapi hubby lela dah tak bagi lela makan sambal belacan buat masa terdekat ni, mana taknya..malam bebaru nih lela tak boleh tidur, resdung datang sekali dengan serangan asma, kecut gak perut nih, tak pernah-pernah jadi macam tu, sekarang lela tak macam dulu, makan dah kena pantang, huhuhuuhu, tak syioknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......tapi nak wat camner..demi kesihatan terpaksalah lela tinggalkan. Jumpa Doktor Sulaiman, dia kata resdung lela dah menyerang dgn cepat, Hmmmmmm...fikir nak start amik madulah..tapi bebaru nih Doc ada bg lela Inhaler, cam teruk ler fullokkkkkk...tapi takpelah, standby..kot-kot buat kena tak leh nafas lagi, ada juga kebaikan untuk lela.

POPIAH BASAH




Teringin sangat nak makan,
So, misi untuk minggu nih lela buat popiah basah..
resipi untuk kulit popiah lela amik dari kak Diana, chef tersohor dan untuk inti dan sos lela amik dari rakan baru lela (fotopages) Hajar, mekacih kak Diana & Hajar..

Bahan-bahan untuk kulit popiah:

150 gram tepung gandum

1 sudu teh tepung ubi kayu

400 ml water

2 biji telur Gred A, dipukul

½ sudu besar minyak

sedikit garam



Cara untuk Kulit Popia:

1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.

2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.

3. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.

4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab


Bahan-Bahan untuk inti dan sos:

Timun dihiris halus

Lobak dihiris halus

Telur rebus (hancurkan)

Kacang tanah (goreng dan tumbuk )

Bawang goreng

Taugeh (celur)

Sengkuang (ditumis dgn bawang putih, udang kering, serbuk perasa - Masak sekejap supaya tak lembik)


Sambal Hitam untuk disapu:

@Cili kering/kisar

@Bawang merah /kisar

@Bawang putih /kisar

Gula merah

Gula sedikit

Serbuk perasa

Otak udang / petis sedikit


Cara-caranya:

1.Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,

2.Kemudian masukkan otak udang , gula merah , gula putih dan serbuk perasa,

p/s:kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)

3.Sejukkan terlebih dahulu.

Sambal hitam disapu pada kulit popiah,

Letakkan sayur, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah

Kemudian gulung kemas-kemas,

Setelah siap digulung, tuang sambal tadi ke atas popiah yg siap digulung.


Dan jgn lupa tabur kacang goreng ke atas sambal tadi.



Tebba tebba tebba...!!!!!

Kali ni Maryam Hani nyanyi dgn lunaknya, hehehhee..
tak tahu, lagu apa ntah dia nyanyi, jom kita pakat dengar..


JALA MAS @ URAT MAS


Bahan-bahan :
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)2-3 helai daun pandan4 cawan airDaun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara :
Tapis kuning telur dan pukul sedikitMasak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih.
Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.Angkat dan ’tos’kan.Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.Hidangkanp/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.