Followers

03 May 2009

Pasta Fetuccine

First try buat pasta, rasa cam kurang menjadi, huhuhuhu..tapi bolehlah untuk makan sendiri,hehehehe..
Bahan-bahan:
100gm pasta fettuccine
60gm minyak zaitun
20gm oregano
50gm keju parmesan
50gm kerang (lela ganti dgn daging burger)
20gm bawang merah
5gm bawang putih
200ml krim putar
Garam
CARA MEMASAK (fettucine):
1. Didihkan air,masukkan minyak zaitun diikuti pasta. Biarkan 10 minit.
2. Tos pasta, letakkan di atas pinggan.
CARA MEMASAK (pes/sos):
1. Masukkan minyak zaitun dalam kuali.
2. Tumis b.merah, b.putih dan oregano. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan kerang / daging burger / daging cincang.
4. Masukkan krim putar. Kacau rata.
5. Selepas tu, masukkan garam secukup rasa, kacau hingga mendidih.
6. Fettucine dimasukkan dalam pinggan dan tuang pes ke atasnya.
7.Akhir sekali taburkan keju parmesan di atasnya.

1 comment:

Aymy with love said...

salam... cam same jer menu kiter yerr... hehehe... tp aymy wat cream mushroom fettucini...