Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

11 August 2009

Merekalah Permata Hati Hani Selain Dari Daddy dan Mummy

Makcik Zara atau lebih dikenali Nenek Ara - seorang yang lembut dan suara mak ai lemah gemalai, Lela ni confirmed tak boleh nak lawan, coz Lela bila cakap 2 batu dah dengar, hahahahahaha...nilah nenek yg membuatkan Hani siang malam pagi petang duk merengek nakkan nenek Ara. Lepas waktu kerja bila Lela datang amik Hani, bercinta pujuk Hani ajak balik, sikitpun Hani tak hirau kat Lela, malah dia siap cakap "Babai mummy"....alamak, Lela ni plak yg disuruhnya balik.

Yang ni adalah atok Dollah, kalau nenek sibuk kat dapur, atoklah yg banyak melayan kerenah hani, sampai lani duk dukung, hani pulak punyalah ngader-ngader siap mintak atok dia dukung manjang.


Ni anak bongsu Pakcik Dollah dan Makcik Ara, Busu Suzy nama dia, ni pun merangkap pujaan hati mengarang jantung hani, apa yg boleh Lela cerita kat sini, bila Hani sampai kat rumah, mulalah mintak Lela bukakan pintu rumah coz nak pergi rumah atok dia, sambil menangis ala-ala cebik bibir Hani menangis sekuat hati panggil nenek dan atok dia, yg paling kelakar, punyalah peka telinga dia, bila kereta atok dia lalu je depan rumah kami, mesti dia cakap "Mummyyyyyyyy kereta atok tu", hahahahaha....kenal jerk kereta Atok dia.

Lela bersyukur teramat sangat coz keluarga Pakcik Dollah dan Makcik Ara begitu menyayanginya Hani seperti cucu mereka sendiri. Tak terbalas jasa baik dan budi baik keluarga pakcik pada Lela dan suami, dan terima kasih tak terhingga kerana menyayangi Hani.



27 April 2009

Our Family - MIL & Adik-adik

Selamat Pengantin baru untuk Hakim dan isteri, semoga berbahagia sehingga akhir hayat & semoga diberi keberkatan dalam hidup, Amin. Dan dengan rasminya aunty sah akan jadi nenda tak lama lagi, hehehehehe...
Masa ni kami semua duk nyakat mama (my MIL)..gelak besar mama kali ni, makin tua makin mengancam you, class gitew..dah lama tak berkumpul camni, sekali-sekala berkumpul memang syok habis, cadang pas habis study ni nak balik Terengganu. Nak jenguk adik ipar, Alhamdulillah dah selamat bersalin dan dapat baby boy. Kak Lela tumpang happy..tolong peluk cium baby untuk akak yerk..

Nilah dia mak buyung 1 yg baru jerk bersalin last week..haa yang belah kanan sekali tu mak buyung 2, tak lama lagi bersalin ler tu..bagus-bagus..produktif semua, hehehehehe