Followers

12 August 2009

Siakap Masak Pecal


Pecal Ikan, masakan ni Lela 1st time makan bila mak mertua Lela masakkan, meleleh bila duk teringat, bila teringat Mama nampak Pecal Ikan, bila teringatkan Mama lagi teringatkan Nasi Dagang, Gulai Ayam Terengganu dan macam-macam lagi, hehehehe..Beliau memang pro bab-bab masak ni, tak tertanding air tangan seorang ibu.
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap - tapi kalau guna Pari lagi best / Bakar kosong atau sapukan sedikit garam
8-10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
Sedikit jus asam limau
Garam
Gula
Ajinomoto
Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili api, bawang merah dan bawang putih
2. Dalam periuk masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama semua bahan di atas
3. Dengan api perlahan, panaskan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
4. Tuang kuah tadi di atas ikan yg sudah sedia dibakar.
5. Yummyyyyyy!!! Sedia untuk dimakan.

1 comment:

Jiya said...

dalam gambo nampak cam masak western sbb kaler krim2 gitu. hiks... banyak betul benda tak termakan lg ni. hehehehehe!