Followers

09 August 2009

Pari Bakar & Sambal Cuka

Menu untuk hari ni, Lela buat Pari Bakar dengan Sambal Cuka, rasa ok tapi Lela rasa lagi sedap kalau makan dengan Sambal Kicap atau Sambal Ikan Bakar.
Ikan Pari Bakar:-

Bahan-bahan:

1 ekor Pari
@ 2 biji bawang merah
@ 1 biji bawang putih
@ 1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Gula
Garam
Daun pisang - untuk balut ikan ketika bakar.

p/s : Bahan @ ditumbuk halus

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan tumbuk bersama belacan, gula dan garam.
2. Sapukan bahan-bahan diatas dan perap seketika.
3. Balutkan Pari yg diperap dengan daun pisang.
4. Bakar di atas kuali leper dengan api perlahan - Bakar 5 minit dan balikkan.
5. Sedia untuk dihidang.



Sambal Cuka:-
Bahan-bahannya:
Cuka
Cili Padi
Bawang
Belacan
Gula
Garam
Cara-caranya:
1. Campurkan gula, garam dan belacan, kemudian kacau sehingga larut.
2. Masukkan cili api dan juga bawang untuk membangkitkan rasa sambal cuka.
3. Tadaaaaaa!!! Siap untuk dimakan bersama Pari Bakar.
Selain dari Pari Bakar dan Sambal Cuka ni, Lela ada buat Sambal Ikan Bilis, sambal ni dibuat untuk projek Burger Mini Malaysia atau Roti Paung Inti Sambal Bilis, untuk gambar projek seterusnya, tungguuuuuuuuuuuuu!!!!!!

4 comments:

blogresipi said...

Sedapnye pari bakor... cicah ngan air cuka tue harus la best.... cam kat pasar malam pulak...

hana said...

wadussssss meleleh air liuq kakakmuu lela oiiiiii!!!

lelayong said...

blogresipi:
Best best best, tapi lepas makan rasa perit lidah ni, hahahaha..ada plak camtu,kan? lela rasa cuka yg ada kat rumah lela ni kuat sangat kot.

kak hana:
Akak meleleh kat sini, lela plak kalau gi umah akak tu meleleh sepanjang tahun, muahahahahaha..sedap kemain masakan kat sana..rajin sunggoh mung ni kak, hehehehe..

kell said...

Sedapnya kak bilelah kel nak pandai memasak mcm akak ni hihihi