Followers

18 August 2009

Alhamdulillah-Akhirnya Kuperolehi Kepuasan Diri

Sebelum nak mula cerita ceriti tentang gambar di bawah ni, ucapan Terima Kasih tak terhingga untuk suamiku Mohd Fami kerana selama ni daddy telah banyak memberi perangsang dan kata-kata semangat untuk Mummy teruskan pengajian ni. Dan yang paling penting Daddy telah banyak berkorban untuk Mummy terutamanya dalam menjaga Maryam Hani, maaf dipinta seandainya selama pengajian mummy, Daddy sedikit terabai dari segi makan dan pakai, maafkan mummy ye sayang, huhuhuhu..
Kalau nak cerita kat sini memang sampai esok pun belum tentu Lela siap menaip, tapi apa yang pasti dengan IZIN yg diberikan suami kepada Lela untuk teruskan pengajian tu adalah hadiah paling berharga untuk seumur hidup Lela, secara tak langsung sepanjang Lela belajar suami banyak membantu,tak terungkap dengan kata-kata pengorbanan yang telah suami Lela berikan sepanjang 4 tahun ni. "Terima Kasih Sayang kerana telah banyak membantu Mummy dan bertolak ansur dengan kekurangan tanggungjawab Mummy sebagai seorang isteri sepanjang Mummy belajar ni. Hanya untukmu Mohd Fami, I LOVE YOU SO MUCH.
16 Ogos 2009 pada pukul 2 petang berlangsunglah Majlis Konvokesyen UKM yang 37 bagi sidang yang ke 4 bagi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya kerana kami berenam telah tamat dari pengajian dengan jayanya.

Tak sangka pulak akhirnya kami yang warga baru nak tua ni dah habis belajar. Nilah antara sahabat Lela dari mula belajar sampailah sekarang. Dan yang paling dashyat, kalau start je musim exam ada di antara mereka yang tidur rumah semata-mata nak ulangkaji pelajaran bersama, nasiblah suami Lela seorang yang memahami dan sentiasa memberi green light untuk mereka bermalam di rumah. Nama je bermalam, padahal tidurnya pun dalam sejam dua jerk, selebihnya kami duk buat ulangkaji sampai naik lebam bijik mata.Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan Sahabat seperti mereka, Dorang bannnnnnnyak membantu Lela sepanjang pengajian, dan kalau tak kerana mereka juga, belum tentu Lela dapat 3 pointer and above. Sayang korang semua.
Aik, ingatkan dalam class jerk duk sebelah, sekali dalam dewan DECTAR pun sama duk sebelah, hehehehe..Cipul masa ni dah gelakkan Lela coz sempat lagi mata tu kuyuuuuu jerk, nak membuta jerk kerjanya, hahahahahaha...nak elakkan ngantuk, kitorang duk pakat snap gambar dan siap buat edit masa dalam dewan DECTAR tu, eeee tak sesuai betul..hehehehe




7 comments:

baincardin said...

WAAAHHHH!!!! KAK LELAAAA!!!!! BESTNYEEEEE!!!!! ;)

Saya nak ucapkan terima kasih juga pada kawan² yg sama² kita grad sama² w/pun lepas kerja je abis class. :) mmg serik gak blajar part time ni tapi best banget dapat jumpa kawan² yg best sampai alhamdulillah dapat jugak kita grad sama².

Betul laa kak Lela,....dlm class kita dok sama²..dlm dewan convo ni gak kita dok sebelah-menyebelah! Saya pun x terpikir...lepas baca post akak ni baru saya perasan! :) yg bestnye...dlm class bila time boring je, kita sama² borak² buat lawak. Dalam dewan konvo ni gak camtu. Dok gelak x habis²..siap sempat edit gambar lagi tu.

*cantik gambar akak ni...camera apa akak pakai? Canon EOS ke Nikon ??? heeeeeeeeeeeee.............;)

Terima kasih jugak pada abg Joe krn beri sokongan pada kita semua. Rindu plak kat Hani ni dgn panggilan 'abg encem'! ;)

Azita Zain said...

TAHNIAH utk lela & the gang!!!!

Aymy With L♥ve said...

Tahniah tuk lela... moga terus maju jaya dlm hidup... :)

kell said...

Bila diingatkan rasa sedih bercampur happy dibuatnya mana taknya akhirnya dapat juga kiter convo bersama yang selama ni belajar bertungkus lumus bercengkang mata study dan akhirnya ianya membuahkan hasil yang memuaskan. Alhamdulillah..... Kepada sahabat kel semua ingin juga kel ucapkan terima kasih yang tidak terhingga dibuatnya di mana tidak memikirkan penat lelah untuk mengajar kel sampai paham huhuhu..... Ha'a kan kalo dipikirkan semula mana aja ada aja kiter bersama di cafe duk bersama,dewan duk same, kelas duk same, ermmm macam belangkaslah kiter semua ni kan.... So hopefully lepas kiter grad ni rajin rajin contact semoga pertalian persahabatan tidak terputus di tengah jalan begitu sahaja.... So akhir kata tahniah kepada sahabat kel kerana mendapat pencapaian yang bagus untuk grad ni.... Semoga bertemu di next pengajian amin.....kel sayang korang semua memang takkan dilupakan kenangan bersama2 MUAHSSSS..........

duwel said...

Tahniah buat Lela & the gang. Hari tu tak sempat nak pergi ada urusan. Kalau tak saya join sekali.

baincardin said...

Waaaahhhh!!!! sedih² campur happy² bila dgr komen dr Kell..^_^'.. bila tengok balik gambar² masa study sama² kat kampus memang dok gelak sorang² senyum lebar sampai hujung telinga! :)

*paling best bila masa study kak Lela siap bawak ke class : nasi putih ngan ikan patin masak tempoyak!!! terliuq dibuatnya sampai skang ni asik dok teringat kat ikan tu!

Waaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ummi said...

Lela, tahniah atas kejayaan yang diperolehi akhirnya..setelah berhempas pulas dgn urusan2 lain jugak kan..Moga terus maju jaya..caiyok, caiyokk!!