Followers

10 August 2009

Hei Kamu Di Luar Sana, Tolong Peka Dengan Perkara Ini..

Apa yang menjadi kebimbangan pada Lela dan tentu pada sahabat handai di luar sana adalah dengan belenggu H1N1, sesungguhnya dalam diri Lela ketika ini amat risau dan takut dengan ujian dari-Nya. Dua daripada Department di tempat kerja Lela sekarang ditutup berikutan dari pwabak H1N1. Dari pemerhatian Lela, kesedaran rakyat Malaysia dengan wabak ini pada tahap yang tidak serious pada mereka, mungkinlah,kan? coz boleh kira dengan jari berapa orang sahaja yg memakai mask di tempat awam, kenapa jadi camtu yerk? mungkin malas, malu, atau mungkin mereka rasa wabak H1N1 ini di tahap yang tidak merbahaya. Apa yang Lela nak cerita kat sini, saudara kepada rakan sekerja Lela telah kembali ke rahmatullah akibat dari serangan H1N1, arwah hanya demam 1 hari dan pada keesokannya arwah meninggal dunia, arwah langsung tidak ada kena selsema, sakit tekak, batuk atau apa-apa simpton yang menandakan arwah sudah terkena H1N1. Amat memilukan apabila arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak di mana isteri arwah tidak bekerja. Marilah kita cuba sedaya upaya untuk untuk mengelakkan jangkitan ini terkena pada kita dan keluarga kita. Terharu Lela pagi tadi apabila melihat suami dan anak, jauh dalam hati Lela risau teramat sangat kalau mereka TERKENA wabak ini, Nauzubillah!!!!!!!
Suami Lela ada cerita yang adik kepada salah seorang staf di tempat kerjanya pun terkena H1N1, amat pilu hati Lela bila mendengar cerita dari suami, hamba Allah bernasib baik kerana sudah pulih sepenuhnya dari penyakit ini. Tapi bila mendengar seksanya beliau masa berperang dengan penyakit H1N1, ia membuatkan Lela betul-betul takut kerana beliau tak boleh bernafas dan menggelupur kerana tak boleh bernafas, hamba Allah ni siap cakap "Ya Allah, amiklah nyawa aku, aku tak sangup menanggung kesakitan ni" sedihhhhh teramat sangat bila Lela mendengarnya. Keluarga hamba Allah ini membaca Yaasin dan tak putus-putus bagi beliau minum air Yaasin. Masa buat X-ray, paru-baru beliau sudah kelihatan tak normal seperti orang lain, paru-paru beliau telah di selaputi dengan virus H1N1. Syukur kehadrat Ilahi, beliau telah sembuh, Alhamdulillah. Ya Allah, jauhilah kami dari wabak ini.


Tolong, Tolong dan Tolong, basuh tangan selalu, dan jadikanlah Hand Sanitizer tu teman karib anda. Siapa lagi yang nak elakkan semua ni kalau tak kita sendiri.



Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....
Pakailah mask ketika berada di tempat awam, kalau rasa malas sangat nak pakai, buat masa ni elaklah dari keluar rumah, tak salah hiburkan diri di rumah,kan? Tolonglahhhhhhh peka dengan situasi ini. Kasihanilah anak-anak kita, mereka tak mengerti apa-apa, jangan esok dah terkena baru menggelabah. Salah satu tabiat kita, dah kena baru nak buat sesuatu. Minta maaf banyak-banyak kerana mengomel atau membebel di pagi hari, PENTING!!! Ini bebelan yang berguna tau..huhuhuhu...

3 comments:

Cikmin said...

betoi lela...akak tgk ramai yg x peka lagi ttg menda ni..amik mudah...akak dan family mmg x kuar sgt klu xde urusan..mcm ari ni patut akak gan mak fly g bandung..tp seram la bila fikir lela kemugkinannya tu..kazen tetap nak pergi...cuma akak pesan suh pakai mask dah berhati2 je la..mohon diorg xde apap2 ..

Unknown said...

assalamualaikum lela.
luahan hati lela ni seolah-olah apa yang kakchik rasa sekarang ni. bekerja di library awam ni risikonya tetap ada terutama bila pelajar2 sekolah dan univ. yang ditutup kerana H1N1 datang menggunakan library. walau dinasihat agar memakai mask namun langsung tidak diendahkan. rakan sekerja pun hanyalah mulut yang bimbang tapi hingga ke hari ni masih belum buat pun langkah penjagaan tu. wabak ni menular semakin luas dan menakutkan sekali.

Lela Ibrahim said...

Kak Min:-
Akak, betullah tindakan akak tu, seelok-eloknya akak tak payah pergi mana-mana buat masa sekarang ni, mana dengan akak berbadan dua lagi, kesihatan akak dan baby perlu diutamakan dulu, jgn duk ngader2 nak bercuti jerk, nanti lela babab baru tau..hehehehe..

Kak Chik:-
Wa'alaikumussalam..
BEETULLLL tu kak chik..cam kak chik memang patut rasa risau coz selalu berurusan dgn orang awam..kak chik, sedih tau, lela rasa cam nak nangis jerk bila ingatkan wabak ni, walaupun tak ramai yg kena kat Malaysia, tapi manalah tahu kita pun turut terkena, Nauzubillah!!!