Followers

01 September 2009

Murtabak Segera

Dah berapa hari kitorang berbuka tak makan nasi, semalam cik abang mintak lela buatkan murtabak, alamak.....bunyi cam susah jerk nak buat, nasiblah ada My Resipi yang membantu, tengah duk surf apa-apa yang berkaitan dengan murtabak, last sekali jumpa resipi Murtabak Segera dari Minami133, TQ soooo much Minami, memang amat membantu, sesuai dengan nama Murtabak Segera. Lela minta izin copy paste resipi kat sini yerk.
Bahan-bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-caranya:
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.



5 comments:

kakchik said...

salam ramadhan lela,

nampak sedap je murtabak segera tu. kami semalam pun berbuka dengan murtabak juga tapi yang dibeli adik ipar di KB. kakchik tengok resepi dan cara2nya senang jugak tu, boleh tiru la kan.

phalla said...

hi , your site is good, can we exchange link?
here is my link
http://khmerlovenews.blogspot.com

I hope you can

Best regards,
phalla

anese said...

ooo...anese pun dah cuba buat ni thn lepas...bestkan..senang bagi kiter yang mls nak menebar...in my case mmg tak reti langsung nak menebar...haha!!

lindafendi said...

salam...huh..menguji tahap ketahanan nafsu ni..hikhik..sedap arr murtabak tu, lenkali..leh arr wat lebih meh bg kat linda sket..erkk kak jom lawat umah baru linda http://linda-koppa.blogspot.com

Umiey said...

urmmmmm sdpnyer...baru last friday wat, guna resepi yg sm gak...mmg simple n best bangat.
tp xtau la nk wat kuah dia, cam na ekkk?