Followers

25 April 2008

SAMBAL IKAN BAKAR

Lela dapat resipi ikan bakar ni dari seorang kawan bapa saudara my hubby, my dear "POK LONG ALIAS"...last time pok long datang and mintak kertas pastu bagi recipe ni kat Lela. Lama jugak recipe ni terperuk kat dlm buku recipe Lela ni, pastu 2 hari lepas baru teringat tang recipe pok long kasi, yang paling best, memang menjadi...Sesiapa yg teringin nak makan, bolehlah buat sendiri lepas ni...Selamat mencuba.

Bahan-bahan utk sambal ikan bakar :
1. Daun kunyit
2. Serai
3. Kunyit
4. Halia
5. Lengkuas
6. Bawang merah
7. Bawang putih
8. Udang kering @ geragau
9. Lada kering
10. Asam Jawa
11. Garam, gula dan msg
Cara-cara:
1. Kisar bahan 1-8
2. Cili kering (dikisar asing)
3. Tumiskan bahan kisar dan cili kering kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan bhn no.11
4. Masukkan air asam jawa.
5. Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Cara nak bakar ikan bakar :
Gunakan daun pisang dan daun mengkudu.
1. Sediakan kuali leper, letak daun pisang di dalam kuali leper tadi.
2. Siram sambal ikan tadi di atas ikan yg hendak dibakar (simpan baki sambal ikan utk ikan yg telah siap dibakar), dan balut dengan daun mengkudu.
3. Kemudian letak di dalam kuali leper tadi dan tutup kuali dgn penutup kuali.
4. Bakar dgn api perlahan sehingga masak.
5. Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yg telah dibakar.

5 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

gambaaa comel-comel belaka.. macam kat hotel gitu. hehe Lela.. bagus..bagus, nanti ada org cari supaya jadi food photographer nanti...

Sari Yusa Ibrahim said...

resepi menarik, gambar menarik, hatiku tertarik.. memang dabommmm!!

rizal said...

wa.. memang baugih idea nih.. tq2

alfie.amad said...

salam akak,lau sy nak m,buat dlm kuantiti yg bnyk mcm ne?n brape bnyk udg kering yg d,plukan?

Anonymous said...

tima kasih..banyak membantu walaupun simple