Followers

08 September 2010

Homemade Sardin


Salam, bebaru ni try buat sardin, mak ai teruja plak..resipi ni diceduk dari blog Mat Gebu, kekanda angkat yang tersohor di alam maya ni :)
Kepada kawan2 yg nak try buat ikan sardin cam dalam tin tu, kat umah WAJIB ada pressure cooker..buat sardin ni amik masa dalam 1 jam gak, tulang belulang ikan sardin ni lembut sebijik cam ikan sardin yg kita beli dalam tin tu. Alhamdulillah king suka..so bolehlah lepas ni buat stok sardin dalam fridge. Dengar-dengar sardin yg buat sendiri ni tahan 1 bulan kalau letak dlm fridge, kalau nak tahan lama bleh gak letak dalam freezer, cuma kalau rasa nak masak kenalah kuarkan awal sikit.

Ni dia rupa ikan sardin (org Terengganu panggil ikan selayang) yg telah dicuci. Lela buang kepala & ekor, alaaaa nanti nampaklah cam ikan sardin dalam tin tu :P

Mat, resipi Lela copy paste kat sini k..TQ

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardin

No comments: