Followers

08 September 2010

Selera Kampung

Kerabu Jantung Pisang
Sekarang ni lela memang suka makan jantung pisang, boleh dikatakan fridge kat umah memang selalu ada stok jantung pisang ni, kalau tak buat kerabu, mama akan celur jantung ni untuk menantu kesayangan, TQ mama :)
Kenapa duk makan jantung pisang manjang? Orang kata kalau makan jantung pisang, susu badan banyak, jantung pisang ni cam milk booster jugaklah, tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi boleh jadi betul, sebab sejak akhir-akhir ni susu badan Lela memang banyak, sekali pam boleh cecah 10oz, paling banyak pernah Lela pam cecah 130z, bestnyerrrrr..bahagia sangat hidup, syukur Ya Allah, rezeki Ilyas Eusoff.

Terung Goreng
Yum yum..terung goreng ni lela baru pandai makan, sebelum ni memang tak pernah try pun, lela start makan bila mama suruh lela try makan, mama kata terung goreng ni seolah-olah pengganti daging, yerlah..masa makan tak rasa pun cam terung, ish sedaplah..tak tahu nak bagitahu camner rasanya..tapi pada tekak lela, memang umphhhhh....Akhir-akhir ni terung goreng ni dah jadi menu wajib dalam hidangan kami sekeluarga.Peace!!!!

Peria Goreng
Ni plak rupa peria goreng, cara nak masak senang jerk, gaul dengan garam & kunyit, kalau rajin celup tepung sikit sebelum goreng. Memang superb ler..hilang rasa pahit peria bila goreng camni. Cedap cedap...

Sumber DHA yang tinggi
Hehehe...serius sehingga menjilat jari, kepada sesiapa yg tak makan budu rugi oooo..tinggi sangat kandungan DHA dalam budu ni, sesiapa rasa daya ingatannya lemah, eloklah makan budu banyak-banyak, hahahahahaha..mudah-mudahan pick up sikit biler berfikir, hiks hiks..

3 comments:

JAI said...

Tertengok pulak entri sejam lagi nak berbuka...aduhhh..kembang air liur aku lela..hehe..apa2 Selamat Berpuasa dan Berhari raya..

JAI said...

Tertengok pulak entri sejam lagi nak berbuka...aduhhh..kembang air liur aku lela..hehe..apa2 Selamat Berpuasa dan Berhari raya..

lelayong said...

Hahaha..ada2 jer ko ni zaha..Selamat hari raya maaf zahir batin dr aku sekeluarga..