Followers

02 June 2010

Ilyas Eusoff


21 Mei 2010,hari Jumaat pukul 06:58pm lahirlah putera kami seberat 2.82 kg.
Due date Ilyas sepatutnya 4 Jun 2010. Nak dijadikan cerita, Lela ke Ampang Puteri untuk check up seminggu sekali sebelum tiba waktu bersalin. Sebelum ni kalau pergi check, BP memang ok. Tup tup kali ni BP naik (140/90). Doktor tahu yang Lela seboleh-bolehnya tak nak induce lagi.

Tapi memang tak boleh nak buat apa, doktor kata ubat bagi orang yg darah tinggi ketika hamil ialah bersalin. Aduhaiiiiiii...sekali lagilah nampaknya. Dulu pun induce, kali ni pun terpaksalah induce jugak. Dengan muka selamba doktor Fauziah kata, "awak bersalin hari Jumaat ni ok"(Lela check up hari Rabu).

Eeeeeeeee tolonglah, serius tak suka paksa-paksa ni, hari Rabu tu Lela dah kena tahan kat wad coz nak monitor Lela punya BP. Masa tu tak sempat balik rumah pun, dari office terus ke hospital dan terus kena tahan. Rindu kat Hani Tuhan je yang tahu. Malam tu hubby bermalam kat hospital, malam kedua hubby balik pi amik Hani, so bermalamlah kami 3 beranak kat hospital. Dalam pukul 5 pagi nurse datang nak masukkan ubat untuk bersalin, yang kelakarnya Hani pun bangun sekali, tengok jerk apa yg nurse buat kat Lela, nurse tu siap tanya, "Boleh ke kalau dia tengok?", eh eh ada plak tanya soalan camtu..Lela cakap "uikssss tak bolehhhhhhhhhh", hubby lela dukung Hani alih ke tempat lain. Mak ai sakitnya kena masuk ubat, masa tu laluan baru buka 2 cm.

Lepas subuh, hubby terus hantar Hani kat umah Atok & Nenek, coz pagi tu Lela dah kena masuk labour room.

10:30am-->Masuk ke labour room,jalan dah buka 3 cm. Serius ngeri sesangat coz dah tahu per dorang nak buat. Nurse datang bawak peralatan & bersiap untuk pecahkan air ketuban. Masa ni sakit dalam 5 minit sekali. Masa nak check laluan & pecah air ketuban, Lela cepat-cepat cakap kat nurse, "boleh tak saya nak Entonox?"..hehehe, lawak pun ada pada masa ni, sempat lagi tu. Nurse tu per lagi, boleh ajerk, terus capai Entonox bagi kat Lela, sebelum dorang nak mulakan check jalan tu Lela laju jerk sedut Entonox tu dalam-dalam, langsung mamai n terus zzzzzzzz ala-ala org lalok. Kebas semua 1 badan.

04:30pm-->Doktor Fauziah masuk labour room utk tinjau keadaan Lela masa tu, jalan takmo bukak jugak, masa tu baru 4 cm, doktor kata, "dia ni sama je masa bersalin yg anak pertama dulu, jalan susah nak bukak". Dalam hati Lela, nak bukak camner, benda belum sampai waktu bersalin lagi, nama pun kena bersalin paksa..memanglah susah, kalau dah sampai time dia takdelah susah camni.

06:00pm-->8cm, doktor kata dlm 06:30pm mungkin bersalin, ahhhhhh..malas nak fikir, masa ni Lela duk fikir bilalah nak kuar baby ni.

06:45pm-->Nurse dah kata "Ok Puan, jalan dah 10cm ni. Doktor Fauziah masuk then bermulalah proses meneran baby, Alhamdulillah...dalam 5 kali teran baby Ilyas pun berjaya keluar dengan jayanya, tapi takmo nangis. Penat agaknya coz lama sangat lela duk menahan sakit.

Kalau cakap bab induce ni Lela memang fobia, tak tahulah rakan-rakan kat luar sana camner mengharungi pengalaman bersalin secara induce ni. Harap-harap anak ke-3 dan seterusnya biarlah Lela dapat bersalin cara normal, tanpa kena paksa lagi, huhuhuhu..tak sanggup dah nak menahan sakit sebegitu rupa, memanglah sakit bersalin ni sakit, tapi induce ni dia punya sakit berganda dari sakit bersalin biasa.

Apa yang penting, BP biar normal, tapi nak buat camner? Makan dah jaga, tapi nak kena jugak. Doktor kata Lela stress. Hmmmmm mungkin gak kot.

Tapi apa-apa pun syukur alhamdulillah, semuanya selamat.

Ni dia tayangan perdana, anak ke-2 Lela, Ilyas Eusoff...

Masa ni baru sejam lepas bersalin, nurse mandikan dia, dan tunggu masa nak hantar ke bilik Lela. Lela masih kat labour room,rehat & zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....


Amboi lenanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....senang hati nampak, malam pertama selepas dilahirkan, Ilyas tidur nyenyak, mummy terpaksa kejutkan Ilyas untuk menyusu.

6 comments:

hana said...

alhamdulillahhhh...... lahir dah ke dunia ilyas eusof nih! tahniah lela!! selamat berpantang dik! bestnyer hani dpt adik laki! cayang kat bb er hani mucukk!! take care lela! comeynyerrr!! nanti ko! dh beso sket aku nak tubit2!! kekekee

lemongrass said...

Salam lela,
congrats to Lela, Hubby and Hani atas kelahiran Ilyas. Cantik nama tu :-). Selamat berpantang ye!

indahhouse said...

salam kak Lela,
Alhamdulillah, tahniah atas kelahiran baby baru. Moga membesar dengan sihat dan kuat, dan jadi anak yang soleh. Moga kak Lela juga selamat menempuh masa berpantang. :)

cikmin said...

wah..terpacak hidung ilyas..hensem..
tahniah lela ye...semoga lela selamat menghabiskan pantang dengan sebaiknya..

Lela Ibrahim said...

Kak Hana:
TQ kak Hana..huhu berpantang memang best, yg tak best kat malaysia sekarang ni cuaca dia panaz semacam, naik garing dibuatnyer, nak tunggu 44 hari tak sentuh ais, rasa cam mendidih leher ni, hehehehe..Hani plak depan lela sayanggg sgt kat adik, belakang lela dia geram & buat Ilyas cam anak patung, siap pegang tangan & kaki Ilyas kuat2, terkejut lela masa tu, langsung lepas tu kena selalu hati2 dgn Hani.

Lemongrass a.k.a kak min:
Mekacih kak..Pantang jgn tak pantang, hehehehe..

Indahhouse:
Terima kasih banyak-banyak..Amin mudah-mudahan Ilyas jadi anak yg soleh, Amin.

Kak Min:
TQ kak Min, tgh berusaha berpantang dgn jayanya (serius tergugat iman tengok ais, hehehehe)

baincardin said...

salam kak Lela!!!~

yay! baby boy! tahniah kak!^_^ so akak tgh berpantang ni, selamat berpantang ye. tahniah wat abg joe! dan hani juga dpt adik lelaki, yay! ^_^ wife cipul, Myra, pun camtu. kesian dia tgk cipul ngan org lain dok minum ais, mkn mcm². hehee...:) tapi tulaaa...kene byk bersabar kan. Semoga baby Ilyas Eusoff menjadi anak yg sangat soleh utk kebaikan dunia dan akhirat, amin..amin...amin.......^_~