Followers

16 May 2010

Ikan Bakar (Ikan selar & Ikan Patin)

Dapat resipi ni dari mak saudara..sambal ikan bakar ni memang simple dan yg pasti sedap. Kalau nak buat sambal ni boleh buat banyak2 terus..pastu simpan jerk dalam fridge, bila nak bakar ikan keluarkan dan sapu jerk kat ikan & balut dgn daun pisang, kunyit atau mengkudu.

Bahan-bahan:

Cili kisar 5 senduk kecil
Udang kering 1 sudu besar - tumbuk sehingga lumat
Sedikit air asam jawa
Garam 1 sudu kecil - kalau rasa tawar, tambahkan lagi garam tu
Gula 2 sudu besar,
Aji secubit.

Cara-caranya:

1.Tumis cili kisar sehingga garing
2.Masukkan udang kering yg telah ditumbuk.
3.Masukkan air asam jawa dan kacau biar mesra.
4.Masukkan garam, gula & aji.
5.Masak sehingga sambal tadi kering.

--> Lumurkan sambal ni pada ikan yg hendak dibakar dan lipat dgn daun pisang.

nota kaki:
Sambal ni boleh tahan lama, lela buat lebih dan simpan dalam fridge, kalau nak bakar ikan just keluarkan sambal ni awal-awal agar senang nak lumur pada ikan.
Oh ya!! untuk sambal ni lela tak guna bawang, just cili kisar semata-mata.

5 comments:

baincardin said...

Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

Wanzi said...

Dah lama cari resepi buat sambal berlada ikan bakar ni... terima kasih kongsi resepi... lepas ni nak cuba buat.. he3

Nas said...

Tq..mmg tgh Google resipi ni..tghari ni nk cuba insyaallah ^_^

starshines said...

Terima kasih, resepi ni sedap,mudah dan menjilat jari.Saya minta izin untuk post di Fb untuk kongsi bersama dgn sahabat2.

bella Chong said...

Kak, kalau xde daun pisang boleh ganti lain x? Psl adik kat luar negara... Hmmmm terigin nak mkn ikan bako