Followers

14 May 2010

SOSEJ ROLL

Sosej Roll ni dah lama buat, cuma tak update jerk kat blog.
Lela dapat resipi dari umah kak Adda.. serius sedap, boleh buat lagi..
Resipi lela copy paste ye kak..



Bahan:
6 batang sosej-celur dulu
6 keping roti sandwich
1 biji telur1 tbsp
tepung gandum + sedikit air - dibancuh
1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)
Cara:
1. Celur sekejap sosej dan toskan. (Lela tak celur-terus gelek)
2. Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila digulung.
3. Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
4. Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
5. Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
6. Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.
















5 comments:

JAI said...

Yeaahhh..mummy lela dah start masak balik..ahaks..lela ko kenal tak Kak Ina KL??

Lela Ibrahim said...

Masak tu masak gak ler, cuma malas nak update kat sini, huhuhu..kronik betuilah penyakit M aku ni, hahahahaha..
Kak Ina KL tu salah sorang member kat myresipi..naper zaha?

baincardin said...

alamak....tringat plak masa zaman2 study kt ukm dulu...masakan patin pahang yg sedap banget deh! ^_^

Lela Ibrahim said...

Pul:
Serius mmg sedap..nasiblah kiter ni duk KL,kalau duk pahang mau hari2 makan patin,kan? isi lembut ala2 gebuz gitew...yum yum yum..sedapppppp banget, nantilah kalau akak ada stock ikan tu, akak jemput cipul n myra dtg umah, kitorang maybe next month pindah tau, pe2 jemputlah datang umah..welcome to shah alam :)

JAI said...

Kak ina aku penah jumpa..dia bagitahu dikenal dengan ko..seorang blogger yang hebat..ditinggal tak jauh dari umah engko ek..ingat nak datang umah dia sesekali suruh masak ayam panggang satay..hehehe