Followers

12 June 2009

Udang Masak Kuning

Dalam sibuk duk buat rujukan, Lela teringatkan stok udang dalam fridge,alamakkkkkkkkk, nanti kalau dah lama gerenti dah tak best nak makan,so, lepas balik je dari kampus, Lela terus ke dapur untuk masak lauk yang paling simple dan sesuai bagi mereka yg kesuntukan masa dan penyakit M, hehehehehe...kebetulan semua bahan dah siap di blend, lagilahhh mudah kerja Lela kali ni, campak sana, campak sini, tadaaaaaaaaaaaa dah siap udang masak kuning.


Bahan-bahan:


Udang
Bawang besar - kisar
Cili kering - kisar
Sedikit serbuk kunyit
Santan - Lela ganti dengan susu cair
Asam keping
Semangkuk air
Serai - diketuk
Cendawan
Petai
Secubit garam

Cara-caranya:
1. Satukan serbuk kunyit, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar ke dalam periuk,
2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika,
3. Masukkan udang, cendawan, petai dan garam,
4. Kacau perlahan sehingga masak,
5. Sedia untuk dihidang.

1 comment:

Rafizah Nordin said...

gulai lemak udang le ni???kite arini masak gulai lemak ayam.jom tuko2 mangkuk hahaha