Followers

28 May 2009

Lagu 3 kupang

Gara-gara suka layan youtube (lagu kanak-kanak), kali ni hani duk nyanyi lagu 3 kupang, pagi petang asyik lagu 3 kupang je. Sampai lela tak berpeluang nak surf internet. Bukak je laptop, si kecik datang terus cakap "mummy, nak tengok lagu 3 kupang ngan upin dan ipin". Alahaiiiiiii, tengoklah nak, terkulat lagi mummy kali ni.

Sejak sebulan dua ni lela dilanda masalah, masalahnya waktu tidur hani tak sama dengan waktu tidur normal or waktu tidur kami sekeluarga, huhuhuhuhu...hampir tiap-tiap malam hani tidur pukul 2.00-2.30 pagi, bila kami dah nyenyak diulik mimpi, hani dah start memulakan kerja part time yang dia gemari, sebelum ni hani bukak beg sekolah lela dan keluarkan semua barang-barang termasuk duit lela, terperanjat lela coz semua duit tu hani dah campak sana sikit, sini sikit, lela dah naik kembang kepala nak marah, sabarrrrrrr.......hubby lela selalu ingatkan lela supaya beringat kalau nak marah, yelah, namapun budak-budak.

Selepas pada kes tu, hani bukak air mineral yang sediakala lela standby kat side table, habissssss 1 botol dia tuang atas katil dan sekali dengan dia basah kuyup, sekali lagi lela grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....dan sekali lagi cik hubby cuba menenangkan lela dah naik hantu, hahahahaha..garang betul makcik lela ni..

Semalam?????? Hmmmmmm seperti biasa, ada je benda yang dia nak main, semalam dekat pukul 1.00 pagi, lela terjaga coz hani datang kat lela untuk nyusu, masa lela pegang dia, lela perasan tangan hani melekit, lela dah tahu, ni mesti hani ke bilik belakang untuk touch-up muka or apa-apa yang patut, apa lagi lela terus bangun dan dengan sedihnya, habis licin satu krim vitamin E lela hani kerjakan, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...dahlah baru beli, diulangi sekali lagi, LICINNNNNNNNNNN...Grrrrrrrrrrrrrrr.....mana perginya isi krim tu? bila hubby lela dukung hani nak cuci tangan dia, lela tengok rambut hani kilat semacam, sahhhhhh...krim tu dia sapu kat rambut buat shampoo..aduhhhhhh..luluhnya hati mummy...ish ish..so, dengan tak langsung kami pun cucilah rambut dia tengah malam buta, ala-ala cam kat salon rambut tu..sabar jelah anak mummy sorang ni, kawan-kawan semua..macamana nak bagi Maryam Hani ni tidur awal? huhuhuhu..lela & hubby jenis yang senang tidur, letak kepala je, 5 minit dah boleh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

video

8 comments:

baincardin said...

hehe...sabar jelaa kak. takpe, nanti uncle cipul datang, hani leh study sama². nanti saya suruh hani hafal Seksyen 1 sampai seksyen 32 Akta Syarikat tu nanti. sure kak lela ngan abg joe tidur nyenyak. ekekekekee......^_^'

lelayong said...

Hahahahaha..pul, sekali betul..dia ingat seksyen tu baru dia pulak tak tidur malam, akak rasakan, hani ni yg jadi gini sebab masa ngandungkan dia akak selalu tidur lambat, exam, exam dan exam..pas exam terus bersalin, hihihi...nasib tak bersalin dalam dewan exam, hahahaha..

baincardin said...

yelaa kak. betul gak tu. masa study ngan exam, mesti hani dok join study sama ngan tidur lambat. tu yg jadi camtu.hehe...

*akak bagi je apa² buku teks, yg lama² tu dari sem 1 kat Hani. biarkan dia nak buat apa pun ngan buku tu, conteng ke,koyak ke, makan ke,..hehe. bagi dia selak buku teks tu satu², byk gak gambar² menarik dlm buku tu mcm buku marketing tu, biar dia dok belek² buku tu. ok tak kak idea saya ni? :)

lelayong said...

Hooooo..???
Nanti jadi cam cipul..
baca buku sastera masa kecik2..tak faham tanya mak, hahahahaha..pening kepala mak cipul nak terang balik, kalau camtu masaklah kak lela ni haaaa.....buat dia baca buku e-dagang, tak ke pasai2 akak kena terang dgn pjg lebor? muahahaha..

Amy said...

salam lela,
alalala cutenya dak hani nyanyi. aunty amy sukeeee!! eii geram tgk tau!

kak ina kl said...

salam lela..comelnya dia nyanyi..pastu ada words yg dia sebut pelat lagi..

lelayong said...

Amy:
Lani nak nyanyi manjang,ni tgh duk pasal 25 rasul, tapi blom ingat lagi.

Kak Ina:
Hehehehe..pelat..kuali dah jadi pali, dayang dah jadi tanam..hahahahaha

Aziha said...

alamak x leh nk view..Hani nyanyi...mesti cute...apsal la plak..die x leh tdo..mesti petang die da tido nih kot...

pelikmla budak2 ni kan..mane dtg tenaga depa nih... :)