

Gara-gara suka layan youtube (lagu kanak-kanak), kali ni hani duk nyanyi lagu 3 kupang, pagi petang asyik lagu 3 kupang je. Sampai lela tak berpeluang nak surf internet. Bukak je laptop, si kecik datang terus cakap "mummy, nak tengok lagu 3 kupang ngan upin dan ipin". Alahaiiiiiii, tengoklah nak, terkulat lagi mummy kali ni.
Sejak sebulan dua ni lela dilanda masalah, masalahnya waktu tidur hani tak sama dengan waktu tidur normal or waktu tidur kami sekeluarga, huhuhuhuhu...hampir tiap-tiap malam hani tidur pukul 2.00-2.30 pagi, bila kami dah nyenyak diulik mimpi, hani dah start memulakan kerja part time yang dia gemari, sebelum ni hani bukak beg sekolah lela dan keluarkan semua barang-barang termasuk duit lela, terperanjat lela coz semua duit tu hani dah campak sana sikit, sini sikit, lela dah naik kembang kepala nak marah, sabarrrrrrr.......hubby lela selalu ingatkan lela supaya beringat kalau nak marah, yelah, namapun budak-budak.
Selepas pada kes tu, hani bukak air mineral yang sediakala lela standby kat side table, habissssss 1 botol dia tuang atas katil dan sekali dengan dia basah kuyup, sekali lagi lela grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....dan sekali lagi cik hubby cuba menenangkan lela dah naik hantu, hahahahaha..garang betul makcik lela ni..
Semalam?????? Hmmmmmm seperti biasa, ada je benda yang dia nak main, semalam dekat pukul 1.00 pagi, lela terjaga coz hani datang kat lela untuk nyusu, masa lela pegang dia, lela perasan tangan hani melekit, lela dah tahu, ni mesti hani ke bilik belakang untuk touch-up muka or apa-apa yang patut, apa lagi lela terus bangun dan dengan sedihnya, habis licin satu krim vitamin E lela hani kerjakan, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...dahlah baru beli, diulangi sekali lagi, LICINNNNNNNNNNN...Grrrrrrrrrrrrrrr.....mana perginya isi krim tu? bila hubby lela dukung hani nak cuci tangan dia, lela tengok rambut hani kilat semacam, sahhhhhh...krim tu dia sapu kat rambut buat shampoo..aduhhhhhh..luluhnya hati mummy...ish ish..so, dengan tak langsung kami pun cucilah rambut dia tengah malam buta, ala-ala cam kat salon rambut tu..sabar jelah anak mummy sorang ni, kawan-kawan semua..macamana nak bagi Maryam Hani ni tidur awal? huhuhuhu..lela & hubby jenis yang senang tidur, letak kepala je, 5 minit dah boleh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....