Followers

25 July 2009

Ikan Kembung Masak Pais Tempoyak

Ni adalah hidangan untuk makan tengahari kitorang, selain dari Pais Tempoyak, Lela masak singgang daging dan goreng ayam untuk Maryam Hani. Resipi diambil dari buku resipi kesayangan Lela iaitu "AIR TANGAN - TENGKU PUAN PAHANG", walllaaaaaaa...

Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung (kalau ikan patin lagi sedap),
4 sudu besar Tempoyak - ditumbuk
20 biji cili api / cili burung - ditumbuk
Kunyit hidup - ditumbuk

@ 2 kuntum bunga kantan
@ 2 batang serai
@ 2 tangkai daun kesum
@ 2 helai daun kunyit

Bahan @ dimayang atau dihiris halus

Air limau nipis
Daun pisang - boleh diganti dengan daun kunyit
Sedikit garam

Cara Memasak:
1. Bersihkan ikan dengan air limau nipis dan tuskan.
2 Kelarkan ikan dan bubuh garam.
3. Gaulkan bahan-bahan yg ditumbuk bersama bahan2 yg dimayang sehingga rata.
4. Letakkan ikan di atas daun pisang. Lumurkan bahan2 tadi pada ikan dan bungkus dgn daun pisang.
5. Bakar atas bara api kecil atau pembakar ikan - Lela bakar dalam oven dgn suhu 200C pada 25 minit.
6. Siap untuk dihidang.



2 comments:

Anonymous said...

Wah..resipi Tengku Puan Pahang lagi... bestnye tempoyak...

Bazar Tamar said...

Share yek... Tq