Followers

27 July 2009

Apa Lagi Kali Ni????

2 minggu selepas kejadian Hani Terjatuh, Lela dapat panggilan dari Atok Dollah mintak Lela balik dengan kadar segera, suara Atok Dollah masa tu dalam keadaan cemas, Lela yang kat office masa tu rasa nak terbang balik terus, Atok Dollah kata kemungkinan besar Hani kena patu ular. Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Allah je yg tahu camner perasaan Lela masa tu, Lela terus call hubby mintak dia pun balik awal. On the wat balik Atok call bagitahu kami yang mereka dah on the way ke GH. Masa masuk perkarangan GH Lela nampak kereta Atok kat depan sedang menghala ke ICU.
Lepas sampai ke ICU, kami bagitahu Hani kena patuk ular kat tempat pendaftaran tu, masa tu rasa seram sejuk coz staf hospital dah cepat-cepat bawa kami masuk ke dalam wad ICU sambil pekik "Ada budak kena snake bite", Lela rasa nak nangis pun ada, Hani plak menangis sekuat hati - sakit campur sedih coz nampak mummy dia ada kat situ. Nak dijadikan cerita, kejadiaan ni berlaku bila Hani duk petik bunga untuk bagi kat Atok Dollah, tulah aktiviti Hani dan Atok bila menjelang petang, Hani suka sangat petik bunga kat dalam pasu depan rumah jiran kami. Dalam sekelip mata Atok Dollah kata Hani dah melutut kat jalan tar sambil menangis dan meraung sakit, pada permulaan ingatkan Hani terjatuh, then Atok bawak Hani masuk dalam untuk sapu minyak pada tempat luka Hani, bila tengok tanda 2 dot camtu, terus Atok Dollah call Lela bagitahu Hani mungkin kena patuk ular.

Setelah 6 jam dipantau oleh Doktor dan nurse-nurse kat GH, didapati kandungan darah Hani tak mengandungi racun. Alhamdulillah lega kami mendengarnya.Persoalannya..binatang apakah yg menggigit atau mematuk Hani? PELIK TAPI BENAR. Tapi jangkaan kami mungkin Hani terjatuh dan kakinya kena pada batu kat jalan tar tu..wallahualam.
Tapi yang pasti Hani dah ok dan kembali aktif seperti dulu..ho ho ho...peace!!!!



4 comments:

hana said...

uishhh minatang apa tu erk lela?? ngeri tgk ade darah2 nih! ishhh hani hani anak omak!

Cikmin said...

ya'ALLAH...takutnyer....ishhhh....seram sejuk lak rasa klu betoul2 hani kena patuk gan ular...

Lela Ibrahim said...

kak hana:
Hahaha..tak tahulah kak weh, menatang mender dok tahu hok kekoh hani ni.

Kak Min:
Rasanya tak kot kak, tapi kalau betul ular pun mesti ular yg tak berbisa.

kell said...

Ermmmm aper bendalah binatang tu kan kak nasib baik hani x apa apa.