Followers

12 November 2008

PIZZA HOUSE, bukan PIZZA HUT


Ahhaaaaaa.....akhirnya muncul jugak tuan rumah yg kemana ntah hilangnya, pelik tapi benar, ada rumah tapi tak berpenghuni, elop kekawan, bukan takde, ada sebenarnya, tapi sesungguhnya lela buzyyyyyyyy teramat, lagi nak abis belajar, lagi buzy giler-giler..

Ok, jom citer pasal pizza ni, pizza ni lela wat masa ada jamuan hari raya kat class International business, klau you all nak tahu, nilah class kesukaan lela dan rakan-rakan yg lain, lecturer kami????? Whoaaaaa sudah tentu lecturer yg menjadi kebanggaan kami semua, gerenti tak ngantuk punya. Meh nak tayang sikit muka lecturer kami tu..Tadaaaaaaaa....En. Khairy yg nun hujunggggg sekali..ehem2, tengah makan pizza lela buat tu...seronok plak..hehehehhee

Ok, untuk resipi pizza ni lela amik dari resipi kak yani-myresipi (tp lela tambah 2x):

Bahan-bahan:(2 large pizza dan 3 small pizza)
400 ml air
600 gm tepung gandum
Gula - agak2
Garam - agak2
2 sudu besar shortening
6 gm dry yeast
2 sudu besar susu tepung (yg ni balun susu anak dara lela, hehehehe, perisa vanila)

Topping:
Sosej
Tomato
Cendawan butang
Mozarella cheese
Sos cili dan sos tomato ( tak guna sos pizza pun)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan-bahan utk buat doh ke dalam breadmaker. Setting utk doh, then ON kan.
2. Bila dah siap, tumbuk utk keluarkan angin. Kemudian bahagikan dalam saiz yg dikehendaki. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Letakkan topping mengikut selera masing-masing. (Mula-mula letak sos, then baru letak bahan topping yg lain, mozarella cheese lela letak last sekali.
4. Bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit.



2 comments:

baincardin said...

Kak Lela, ni kalo lecturer kita en. Khairy tgk blog akak ni, sure dia terharu. pastu dia bagi contoh dlm class nanti, sambil buat lawak dia. then kita ramai² ketawa berguling²! hehehe...

Kengkaru Kong said...

wah sedap pizza...oitt Sepol Bain...bukan main lagi ko makan pizza sana?