Followers

01 July 2010

Stok "EBM"ku....

Ni stok EBM lela..baru dapat 32 botol..risau takut tk cukup utk bekalan di bulan puasa..ramai kawan-kawan yang full breastfeed mengadu pada bulan puasa hasil tenusu teramatlah kurang,ni yg buat lela risau,stok yg ada ni pun boleh bertahan dlm 6-7 hari jerk..mana dgn tak muat tempat lagi, semalam ada bagitahu my king pasal stok EBM dah makin banyak, tempat plak terhad, then my king bersetuju untuk sambar deep freezer, cam jual ais krim plak, hehehehe..manalah nak letak deep freezer tu nanti, alamatnya bilik tetamulah yg jadi penempatan kekal untuk deep freezer tu, kui kui kui...

Cerita pasal stok EBM ni, lela dengan bersungguh-sungguh nak bagi Ilyas full breastfeed (memberi susu badan secara eksklusif ). Tanpa susu formula dan tanpa air masak. 100% adalah susu badan. Mudah-mudahan rezeki Ilyas melimpah ruah, jangan susu tak cukup dah, bak kata orang, susu badan ni nak kering senang, tapi nak pulihkan balik cukup merana, jawapannya "YA", tulah yg terjadi pada lela, lepas kena bengkak susu tempohari lela tekap dgn kobis, mmg menjadi,sakit bengkak tu cepat baik, tapi malangnya lepas pada tu susu kering..lela ada terbaca kat blog rakan-rakan kobis pun salah satu punca membuatkan susu badan kita kering. Nak pulihkan balik susu badan untuk back to normal, Ya Rabbi cukup tertekan, biasa paling banyak kalau lela pam,dapat 9 oz (waktu tu ilyas baru berusia 2 minggu), lepas pada susu merudum nak dapat 2 oz cukuplah terseksa. Sehingga lela terbaca satu blog yg mana tuan tanah blog tu mengamalkan food supplement Shaklee untuk pulihkan susu badan. Betul.............. selepas lela mengamalkan shaklee susu makin meningkat dan warna susu nampak lagi menarik dari warna sebelum ni, nampak cam pekat dan sedikit kuning, sebab tu dorang kata kalau makan shaklee susu badan tu lebih lemak berkrim, hehehehehe...apa-apa pun layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

6 comments:

Anonymous said...

cuba try makan ikan yu...kawan2 saya alhamdulilah menjadi2, sampai memancut2... -sekadar info

zaliana said...

salam lela
insya allah boleh tambah stok lagi tu...kena positive dan banyak doa..semoga rezeki Ilyas adalah susu ibu sepenuhnya..insya allah berkat kesabaran mamanya berjaya
caiyok caiyok
lela pakai breast pump brand apa? spectra ke medela

Mat Gebu said...

waaa..bahaya ni kalau tersilap ambik, tiba2 tertuang dalam kek, tak pun dalam roti..erkkk...baby lain pulakk yang sehat kang...hahahaha..

Lela Ibrahim said...

anonymous:
TQ utk info :)

kak za:
Amin..mudah-mudahan stok bertambah,tambah & tambah.
Lela guna breast pump spectra 7..
akak dulu breastfeed gak ke? akak guna brand pe? lela terliur jerk tengok medela, tapi mak ai mahalnyer..tak mampu lela..huhusama mahal dgn harga mixer.

Cik Mat:
hahahahaha...kira kalau stok santan or susu take bleh ar guna susu ni mat, muahahahaha...per rasa ntah kek tu nanti erk?? hiks :D

hana said...

uishhh banyak tuh lela! puas eusoff minum! alhamdulillah... psstt ader petua lain tak nak pekatkan susu?

Lela Ibrahim said...

kak hana,lela dengar2 kalau nak pekatkan susu minum soya banyak2..apa2 yg soyalah,kalau supplement shaklee tu (ESP) mmg susu jadi pekat dari biasa..yg syok kalau makan supplement shaklee susu tu nampak kuning kehijauan jerk..hiks hiks..

kalau nak byk susu, senang jerk, lela dah test eksperimen nih, pam 2 jam sekali, pam tanpa jemu, masuk hari ke 2 atau ke-3 gerenti susu banyak, tak sampai 2 jam kita dapat rasa susu dah penuh..setiap sesi pam tu amik masa dalam 20 minit sekali pam,kalau tk kuar susu pun takpe, pam jerk sampai 20 minit..akhirnya lela berjaya pulihkan hasil susu yg merudum bebaru ni..dlm kepala selalu duk ingat demand & supply..takde demand(ilyas eusoff),takde supply(breastmilk)..pam tu ganti mulut baby ilyaslah buat masa ni, harapkan ilyas asyik tido jerk, demand kurang teramat sangat..terima kasih spectra 7 yg byk membantu..