Jumpa short video ni masa duk kemas kini external hard disk..tak sangka dah besar pun anak dara Lela sorang ni.
Jumpa short video ni masa duk kemas kini external hard disk..tak sangka dah besar pun anak dara Lela sorang ni.
2 minggu selepas kejadian Hani Terjatuh, Lela dapat panggilan dari Atok Dollah mintak Lela balik dengan kadar segera, suara Atok Dollah masa tu dalam keadaan cemas, Lela yang kat office masa tu rasa nak terbang balik terus, Atok Dollah kata kemungkinan besar Hani kena patu ular. Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Allah je yg tahu camner perasaan Lela masa tu, Lela terus call hubby mintak dia pun balik awal. On the wat balik Atok call bagitahu kami yang mereka dah on the way ke GH. Masa masuk perkarangan GH Lela nampak kereta Atok kat depan sedang menghala ke ICU.
Lepas sampai ke ICU, kami bagitahu Hani kena patuk ular kat tempat pendaftaran tu, masa tu rasa seram sejuk coz staf hospital dah cepat-cepat bawa kami masuk ke dalam wad ICU sambil pekik "Ada budak kena snake bite", Lela rasa nak nangis pun ada, Hani plak menangis sekuat hati - sakit campur sedih coz nampak mummy dia ada kat situ. Nak dijadikan cerita, kejadiaan ni berlaku bila Hani duk petik bunga untuk bagi kat Atok Dollah, tulah aktiviti Hani dan Atok bila menjelang petang, Hani suka sangat petik bunga kat dalam pasu depan rumah jiran kami. Dalam sekelip mata Atok Dollah kata Hani dah melutut kat jalan tar sambil menangis dan meraung sakit, pada permulaan ingatkan Hani terjatuh, then Atok bawak Hani masuk dalam untuk sapu minyak pada tempat luka Hani, bila tengok tanda 2 dot camtu, terus Atok Dollah call Lela bagitahu Hani mungkin kena patuk ular.
Persoalannya..binatang apakah yg menggigit atau mematuk Hani? PELIK TAPI BENAR. Tapi jangkaan kami mungkin Hani terjatuh dan kakinya kena pada batu kat jalan tar tu..wallahualam.
Aik....sambal kicap pun nak tayang kat sini ker? hahahahaha..actually semalam Lela ada bakai ikan kosong untuk adik ipar Lela, sekarang dia masih dalam pantang, so, lepas duk panggang ikan tu, lela plak yang terliur, apa lagi potong cili, bawang dan asam limau dan tuang kicap manis terus layan dengan ikan panggang, mak aiiii sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
Sebelum makan, jangan lupa tabur lada hitam, walllaaaaa....
Ni adalah hidangan untuk makan tengahari kitorang, selain dari Pais Tempoyak, Lela masak singgang daging dan goreng ayam untuk Maryam Hani. Resipi diambil dari buku resipi kesayangan Lela iaitu "AIR TANGAN - TENGKU PUAN PAHANG", walllaaaaaaa...
Bahan-bahan:
Amboi anak dara kami sorang ni, kemain lagi, ni sementara menunggu Daddy check-in kat Hotel Tiara di Labuan. Masa ni kami ke Labuan untuk memeriahkan lagi Family Day yang gilang gemilang anjuran LOFSA tempat hubby Lela kerja, TQ LOFSA, murah hati menanggung semua perbelanjaan kami ke sana. THUMB UP UNTUK LOFSA.