Followers

30 August 2009

Sup Daging



Layanzzzzzzz....

Roti Bakar Cheddar Cheese & Kurma Daging




Alamak, dah coti-coti Malaysia..huhuhu..nampak gayanya Hani ada member untuk Teman makan hari ni, Lela dengan rasminya dah raya awal, jom layannnnnn...


29 August 2009

Sup Tulang Singapura

Sebelum balik ke rumah, sempat Lela pi jalan-jalan cari makan umah kekawan untuk cari idea nak masak apa untuk berbuka puasa, cadang nak buat sup tulang, sekali pi umah Noreen terpandang Sup Tulang Singapura, whoaaa!!!! menarik ni, lagipun Lela baru jerk dapat toy baru 2 hari lepas, Cik Abang hadiahkan pressure cooker kat Lela, Yehhhhh!!!! rasa cam jakun plak, hehehehe, TQ Daddyyy... Noreen Lela copy paste resipi sup tulang ni kat sini yerk.
Bahan-bahan:
3kg tulang lembu (steak bones)
1 camb rempah sup
3 biji ubi kentang
3 senduk cili kisar
3 senduk sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1cm halia
Cara-cara:

1.rebus tulang lembu bersama2 dengan rempah sup sehingga lembut dan empuk lebih kurang 2-3 jam
2.sementara itu kupas ubi kentang dan belah 4, rebus sehingga lembut dan blend bersama dengan sedikit air supaya menjadi puree. ketepikan
3.panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan cili kisar bersama2 dengan bahan2 kisar sehingga garing
4.kemudian masukkan tulang lembu yang telah empuk, sos tomato dan juga stok tulang lembu tadi
5.jangan digunakan kesemua stok tulang lembu tadi kerana kuah sup tulang ini mestilah pekat
masukkan garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto. kacaukan sebati
6.setelah itu masukkan ubi kentang yang telah diblend tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
7.akhir sekali bolehlah dimasukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan kacau rata
biarkan sekejap sahaja dan bolehlah dimatikan api dapur
8.angkat dan hidangkan bersama2 roti atau nasi putih

Tadaaa!!! Nih dia toy baru merangkap maid baru kat dapur Lela.

25 August 2009

Daging Masak Bali

Bahan-bahan:

Daging 1 kg - dihiris
Kicap Lemak Manis
Cili Kering - yg telah dikisar
Bawang besar 1 1/2 biji - dikisar
Bawang putih 2 ulas - dikisar
Lengkuas 1 inch dikisar
Daun kari 6 tangkai
Serai 6 batang - diketuk

BahanTambahan:

Tomato 1 biji
Lada hijau dan lada merah 2 biji
Bawang besar 1 biji
-Semua bahan tambahan dihiris-


Cara-caranya:

1. Perap daging bersama bahan kisar selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan masukkan serai dan daun kari ke dalam minyak tadi dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daging yg diperap dan kacau sehingga kering.
4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan tambahan dan kacau sehingga sedikit layu.
5. Sedia untuk dihidang.

23 August 2009

Creamy Butter Crab

Resipi asal oleh Amy Beh's, last month masa pergi Labuan (Anjung Ketam) Lela ada makan Buttermilk Crab, mak ai sampai sekarang terasa lagi kesedapannya. Kat sini tak tahu mana nak cari, pe lagi surf internet jelah. Jom layannnnnnnnnnnnn!!!


22 August 2009

Lemak Cili Api - Ikan Keli Salai

Ni lauk first berbuka puasa, Lela beli ikan keli salai dengan sorang kakak kat office ni, yesssss, cayalah, dengan senang hati Lela boleh makan ikan keli tanpa ragu-ragu lagi, coz ikan keli ni suami dia yg bela. Kalau kat kedai confirm Lela tak beli, perasaan ragu-ragu tu menebal dalam diri Lela, macam-macam dengar cerita pasal ikan keli, talapia, patin yang bela dari kolam.
Bahan-bahan:
3 ekor ikan keli salai - dipotong dua
20-30 biji cili burung/api
Kunyit 1 inch
Santan
Garam kasar
Asam keping
Daun kunyit - hiris halus
Cara Memasak:
1. Tumbuk cili api dan kunyit bersama garam kasar hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk tadi bersama santan ke dalam periuk - didihkan.
3. Bila mendidih, masukkan ikan keli dan asam keping - kacau perlahan,nanti ikan hancur.
4. Masukkan daun kunyit yg dihiris halus.
5. Sedia untuk dihidang.

20 August 2009

Ikan Goreng Asam

Tadaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tu dia Ikan Goreng Asam. Duk jenguk rumah kekawan semua pakat duk buat Ikan Goreng Asam ni, per lagi turn Lela plak yang nak try, apa-apa pun Ikan Goreng Asam ni sedap kemain, tak sangka plak rasanya sesedap tu, kalau tahu resipi ni dari awal, alamatnya memang asyik duk Goreng Ikan Asam jelah.
Resipi ni diambil dari rumah Hasue, TQ bebanyak kerana kongsi resipi yang mudah lagi menyelerakan. Sesuai orang bekerja cam Lela ni, hehehehe..elehhh alasan jerk tu..Kepada sesiapa yang ingin mencuba,klik di sini untuk resipi IKAN GORENG ASAM.
GERENTI TAK MENYESAL, CUBA JANGAN TAK CUBA.

19 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan - Terima Kasih Kepada Rakan-Rakan
















Ni dia E-Card dari Kak Anawahid, Kak Min & Kak CT, Eiyna, Aymy Kuwait dan Kak Nor. TQ so much. Selamat Menyambut Ramadhan untuk kalian semua.





Kari Ikan Ala India


Petang semalam sempat jenguk rumah kakak kesayanganku KAK JUN, Lela suka singgah kat umah Kak Jun coz kakak saya sorang ni suka sangat masak lauk pauk dari semua jenis ikan. Bravo untuk Kak Jun.
Resipi asal dari Sifu CMG a.k.a Cik Mat Gebu, Cik Mat minta izin 'link'kan resipi Cik Mat kat sini ya. Klik di sini untuk Resipi Kari Ikan Ala India.

18 August 2009

Alhamdulillah-Akhirnya Kuperolehi Kepuasan Diri

Sebelum nak mula cerita ceriti tentang gambar di bawah ni, ucapan Terima Kasih tak terhingga untuk suamiku Mohd Fami kerana selama ni daddy telah banyak memberi perangsang dan kata-kata semangat untuk Mummy teruskan pengajian ni. Dan yang paling penting Daddy telah banyak berkorban untuk Mummy terutamanya dalam menjaga Maryam Hani, maaf dipinta seandainya selama pengajian mummy, Daddy sedikit terabai dari segi makan dan pakai, maafkan mummy ye sayang, huhuhuhu..
Kalau nak cerita kat sini memang sampai esok pun belum tentu Lela siap menaip, tapi apa yang pasti dengan IZIN yg diberikan suami kepada Lela untuk teruskan pengajian tu adalah hadiah paling berharga untuk seumur hidup Lela, secara tak langsung sepanjang Lela belajar suami banyak membantu,tak terungkap dengan kata-kata pengorbanan yang telah suami Lela berikan sepanjang 4 tahun ni. "Terima Kasih Sayang kerana telah banyak membantu Mummy dan bertolak ansur dengan kekurangan tanggungjawab Mummy sebagai seorang isteri sepanjang Mummy belajar ni. Hanya untukmu Mohd Fami, I LOVE YOU SO MUCH.
16 Ogos 2009 pada pukul 2 petang berlangsunglah Majlis Konvokesyen UKM yang 37 bagi sidang yang ke 4 bagi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya kerana kami berenam telah tamat dari pengajian dengan jayanya.

Tak sangka pulak akhirnya kami yang warga baru nak tua ni dah habis belajar. Nilah antara sahabat Lela dari mula belajar sampailah sekarang. Dan yang paling dashyat, kalau start je musim exam ada di antara mereka yang tidur rumah semata-mata nak ulangkaji pelajaran bersama, nasiblah suami Lela seorang yang memahami dan sentiasa memberi green light untuk mereka bermalam di rumah. Nama je bermalam, padahal tidurnya pun dalam sejam dua jerk, selebihnya kami duk buat ulangkaji sampai naik lebam bijik mata.Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah mengurniakan Sahabat seperti mereka, Dorang bannnnnnnyak membantu Lela sepanjang pengajian, dan kalau tak kerana mereka juga, belum tentu Lela dapat 3 pointer and above. Sayang korang semua.
Aik, ingatkan dalam class jerk duk sebelah, sekali dalam dewan DECTAR pun sama duk sebelah, hehehehe..Cipul masa ni dah gelakkan Lela coz sempat lagi mata tu kuyuuuuu jerk, nak membuta jerk kerjanya, hahahahahaha...nak elakkan ngantuk, kitorang duk pakat snap gambar dan siap buat edit masa dalam dewan DECTAR tu, eeee tak sesuai betul..hehehehe




16 August 2009

Gambari Mashwi - Masakan Mesir




Resipi ni diceduk dari Majalah Rasa keluaran April 2009. Info Chef dari majalah berkenaan berkata, seeloknya pilih udang bersaiz besar kerana rasanya lebih enak dan manis apabila dipanggang. Tapi Lela guna udang yang tak berapa besar, actually nak try sangat Gambari Mashwi ni, tu yang guna jerk udang dalam fridge.


Bahan-bahan:
6 ekor udang harimau
5 ulas bawang putih
120gm daun ketumbar / dipotong @ Lela tak letak
80gm serbuk jintan
80ml jus lemon @ Lela ganti dengan jus limau kasturi
50ml minyak zaitun
15gm lada hitam
1 sudu makan air rebusan ayam @ Lela gantikan dengan sos ikan
Garam secukup rasa


Cara Memasak:

1. Kisar bawang putih, daun ketumbar, serbuk jintan, minyak zaitun, jus lemon, air rebusan ayam dan garam sehingga lumat. Ketepikan.
2. Kemudian buang kulit udang dan bersihkan. Tuang adunan yang dikisar tadi di atas udang.
3. Akhir sekali panggang udang selama 15 minit dan balik-balikkan untuk mengelakkan menjadi hangus.
4. Sedia untuk menjamu selera.

Ayam Panggang Bergrill

Juadah hari ni pekena Ayam Panggang Bergrill, resipi untuk buat Ayam Panggang ni teramat mudah dan semudah A B C. Resipinya Lela letak kemudian ya, penatttttt sesangat.

15 August 2009

Udang Bercili

Resipi Udang Bercili Lela amik dari buku masakan / resipi asal Pn Leong Yee Soo - Singaporean Cooking. Semua untuk juadah pedas, dan kali ni Lela memilih untuk menggunakan udang dalam hidangan makan malam kami sekeluarga. Kalau tengok dari buku masakan tu, Udang Bercili ni takde kuah langsung, cuma Lela perlu jadikan ia berkuah atas permintaan cik hubby.
Bahan-bahan:
Cili merah 15 tangkai
Belacan 1 sudu teh
Garam 1/4 sudu teh
Minyak masak 6 sudu besar
Udang 500 gram-buang sesunggutnya
Bawang besar 1 biji, dikupas dan dihiris
Gula 1 sudu teh
Jus limau nipis 1 sudu teh

Cara-cara:
1. Satukan cili merah, belacan dan garam di dlm batu lesung dan tumbuk sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak.
3. Tambah garam dan bawang besar dan kacau.
4. Tolak bahan-bahan yg digoreng tadi ke tepi kuali, masukkan pes cili dan tumis sebentar.
5. Satukan semua bahan tumis dan udang yg digoreng tadi.
6. Tambah gula dan jus limau nipis dan kacau rata sehingga mesra.
7. Alihkan ke dalam pinggan dan hidangkan dgn nasi panas.


14 August 2009

Daging Halia Muda

Nak perabihkan stok daging dalam fridge freezer, apa lagi laju jerk pi cari buku masakan yang semuanya untuk masakan daging, sudah tentu pilih resipi yang paling mudah untuk dimasak, hehehehehe..
Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging batang pinang / tenderloin
6 biji bawang putih - dicincang halus
2 inch halia muda - dimayang halus
Sos Tiram
Sos soya
Madu
Serbuk lada hitam - Lela guna sos lada hitam
Garam
Gula
Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, halia dan daging sehingga masak,
2. Apabila kelihatan daging hampir masak, masukkan sos tiram, sos soya dan serbuk lada hitam,
3. Gaul sehingga semua sebati,
4. Jangan lupakan masukkan sedikit gula.
5. Boleh hiaskan Daging Halia Muda anda mengikut kretiviti sendiri.
p/s : Lela tak letak garam, coz sos tiram dah cukup masin.

Chicken Teriyaki Part 2

Chicken Teriyaki Part 2, kali ni Lela buat sedikit kering, tak macam Chicken Teriyaki Part 1, Lela guna resipi yang sama seperti sebelum n,i cuma cara nak bakar tu lain sikit, Lela guna Chefal (beli dengan Cosway). Memanggggg membantu, Terima Kasih bebanyak untuk maid baru Lela ni.
Dah selamat pecah dara pun, kali ni memang rajin guna kuali Chefal. Minyak masak kat rumah pun dah banyak hari tak terusik, sejak ada kuali Chefal, memang tak menggoreng langsung, bagusssssss....secara tak langsung Lela telah menyediakan hidangan yang sihat kepada Hubby dan Maryam Hani.

Rupa Chicken Teriyaki yang belum dipanggang. Sekali pandang cam rupa paru-paru,kan? hehehe
Kepada yang teringin nak mencuba, boleh amik resipi disini yerk, Chicken Teriyaki Part 1



12 August 2009

Siakap Masak Pecal


Pecal Ikan, masakan ni Lela 1st time makan bila mak mertua Lela masakkan, meleleh bila duk teringat, bila teringat Mama nampak Pecal Ikan, bila teringatkan Mama lagi teringatkan Nasi Dagang, Gulai Ayam Terengganu dan macam-macam lagi, hehehehe..Beliau memang pro bab-bab masak ni, tak tertanding air tangan seorang ibu.
Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap - tapi kalau guna Pari lagi best / Bakar kosong atau sapukan sedikit garam
8-10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
Sedikit jus asam limau
Garam
Gula
Ajinomoto
Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili api, bawang merah dan bawang putih
2. Dalam periuk masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama semua bahan di atas
3. Dengan api perlahan, panaskan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
4. Tuang kuah tadi di atas ikan yg sudah sedia dibakar.
5. Yummyyyyyy!!! Sedia untuk dimakan.

11 August 2009

Merekalah Permata Hati Hani Selain Dari Daddy dan Mummy

Makcik Zara atau lebih dikenali Nenek Ara - seorang yang lembut dan suara mak ai lemah gemalai, Lela ni confirmed tak boleh nak lawan, coz Lela bila cakap 2 batu dah dengar, hahahahahaha...nilah nenek yg membuatkan Hani siang malam pagi petang duk merengek nakkan nenek Ara. Lepas waktu kerja bila Lela datang amik Hani, bercinta pujuk Hani ajak balik, sikitpun Hani tak hirau kat Lela, malah dia siap cakap "Babai mummy"....alamak, Lela ni plak yg disuruhnya balik.

Yang ni adalah atok Dollah, kalau nenek sibuk kat dapur, atoklah yg banyak melayan kerenah hani, sampai lani duk dukung, hani pulak punyalah ngader-ngader siap mintak atok dia dukung manjang.


Ni anak bongsu Pakcik Dollah dan Makcik Ara, Busu Suzy nama dia, ni pun merangkap pujaan hati mengarang jantung hani, apa yg boleh Lela cerita kat sini, bila Hani sampai kat rumah, mulalah mintak Lela bukakan pintu rumah coz nak pergi rumah atok dia, sambil menangis ala-ala cebik bibir Hani menangis sekuat hati panggil nenek dan atok dia, yg paling kelakar, punyalah peka telinga dia, bila kereta atok dia lalu je depan rumah kami, mesti dia cakap "Mummyyyyyyyy kereta atok tu", hahahahaha....kenal jerk kereta Atok dia.

Lela bersyukur teramat sangat coz keluarga Pakcik Dollah dan Makcik Ara begitu menyayanginya Hani seperti cucu mereka sendiri. Tak terbalas jasa baik dan budi baik keluarga pakcik pada Lela dan suami, dan terima kasih tak terhingga kerana menyayangi Hani.



10 August 2009

Hei Kamu Di Luar Sana, Tolong Peka Dengan Perkara Ini..

Apa yang menjadi kebimbangan pada Lela dan tentu pada sahabat handai di luar sana adalah dengan belenggu H1N1, sesungguhnya dalam diri Lela ketika ini amat risau dan takut dengan ujian dari-Nya. Dua daripada Department di tempat kerja Lela sekarang ditutup berikutan dari pwabak H1N1. Dari pemerhatian Lela, kesedaran rakyat Malaysia dengan wabak ini pada tahap yang tidak serious pada mereka, mungkinlah,kan? coz boleh kira dengan jari berapa orang sahaja yg memakai mask di tempat awam, kenapa jadi camtu yerk? mungkin malas, malu, atau mungkin mereka rasa wabak H1N1 ini di tahap yang tidak merbahaya. Apa yang Lela nak cerita kat sini, saudara kepada rakan sekerja Lela telah kembali ke rahmatullah akibat dari serangan H1N1, arwah hanya demam 1 hari dan pada keesokannya arwah meninggal dunia, arwah langsung tidak ada kena selsema, sakit tekak, batuk atau apa-apa simpton yang menandakan arwah sudah terkena H1N1. Amat memilukan apabila arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak di mana isteri arwah tidak bekerja. Marilah kita cuba sedaya upaya untuk untuk mengelakkan jangkitan ini terkena pada kita dan keluarga kita. Terharu Lela pagi tadi apabila melihat suami dan anak, jauh dalam hati Lela risau teramat sangat kalau mereka TERKENA wabak ini, Nauzubillah!!!!!!!
Suami Lela ada cerita yang adik kepada salah seorang staf di tempat kerjanya pun terkena H1N1, amat pilu hati Lela bila mendengar cerita dari suami, hamba Allah bernasib baik kerana sudah pulih sepenuhnya dari penyakit ini. Tapi bila mendengar seksanya beliau masa berperang dengan penyakit H1N1, ia membuatkan Lela betul-betul takut kerana beliau tak boleh bernafas dan menggelupur kerana tak boleh bernafas, hamba Allah ni siap cakap "Ya Allah, amiklah nyawa aku, aku tak sangup menanggung kesakitan ni" sedihhhhh teramat sangat bila Lela mendengarnya. Keluarga hamba Allah ini membaca Yaasin dan tak putus-putus bagi beliau minum air Yaasin. Masa buat X-ray, paru-baru beliau sudah kelihatan tak normal seperti orang lain, paru-paru beliau telah di selaputi dengan virus H1N1. Syukur kehadrat Ilahi, beliau telah sembuh, Alhamdulillah. Ya Allah, jauhilah kami dari wabak ini.


Tolong, Tolong dan Tolong, basuh tangan selalu, dan jadikanlah Hand Sanitizer tu teman karib anda. Siapa lagi yang nak elakkan semua ni kalau tak kita sendiri.



Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....
Pakailah mask ketika berada di tempat awam, kalau rasa malas sangat nak pakai, buat masa ni elaklah dari keluar rumah, tak salah hiburkan diri di rumah,kan? Tolonglahhhhhhh peka dengan situasi ini. Kasihanilah anak-anak kita, mereka tak mengerti apa-apa, jangan esok dah terkena baru menggelabah. Salah satu tabiat kita, dah kena baru nak buat sesuatu. Minta maaf banyak-banyak kerana mengomel atau membebel di pagi hari, PENTING!!! Ini bebelan yang berguna tau..huhuhuhu...

Ini Dia Myra Permata Hati Cipul

Alhamdulillah, tanggal 4hb Julai 2009 berakhirlah zaman bujang buat salah seorang SAHABAT yang Lela kenang, hargai dan betul-betul bergelar SAHABAT iaitu Cipul. Tahniah untuk Cipul dan juga Myra, seronok tak terhingga rasakan macam Lela plak yg nak kahwin, hahahahaha...
Ni dia Myra isteri Cipul yang ayu, lawa, jelita, pendek kata semua lengkaplah, hehehehe..nak tunggu Cipul update dia punya gambar wedding lambat sangat, so Lela tolonglah updatekan gambar Myra kat sini (Pul, tak marah,kan?) Cipul sekarang sedang diserang penyakit takde mood nak update dia punya blog coz seronok, busy dan penat punya pasal, yer ker ni Pul? Ngeh ngeh ngeh!!! Mau tak, orang pergi Honeymoon satu tempat jerk, tapi pasangan dua sejoli ni pergi honeymoon sampai merata-rata, apa yg Lela ingat dia pergi Paris, Singapore, Langkawi, lagi dan lagi dah tak ingat dah mana tempat lagi yang sempat Cipul & Myra pi honeymoon. Myra cuti kahwin 3 bulan, Cipul pulak cuti kahwin satu bulan, syok gilerrrrrrrr...lama tu bercuti, seumur hidup makcik tak pernah jumpa lagi orang cuti kahwin lama cam depa ni, hehehehe...
Apa-apa pun akak doakan Cipul & Myra memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya dan dikurniakan zuriat yg soleh/solehah, Amin.

Semalam, kitorang jumpa kat UKM coz nak pergi amik Jubah untuk convocation pada 16 Ogos 2009 ni. Alang-alang jumpa sampai tak ingat nak balik, makan & sembang kat Bangi Kopitiam tu rasanya hampir 3 jam kitorang kat situ, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii seronok tak terkata, rindu sangat-sangat kat Kell, Abang Man, Cipul dan Kak Liza.
Nilah dia hadiah dari Kell untuk Cipul & Myra, classssss...thumb up untuk adiah ni, cantik bangat. Gerenti Cipul & Myra rasa bling bling seronok punyer pasal.
Enjoy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

09 August 2009

Pari Bakar & Sambal Cuka

Menu untuk hari ni, Lela buat Pari Bakar dengan Sambal Cuka, rasa ok tapi Lela rasa lagi sedap kalau makan dengan Sambal Kicap atau Sambal Ikan Bakar.
Ikan Pari Bakar:-

Bahan-bahan:

1 ekor Pari
@ 2 biji bawang merah
@ 1 biji bawang putih
@ 1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Gula
Garam
Daun pisang - untuk balut ikan ketika bakar.

p/s : Bahan @ ditumbuk halus

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan tumbuk bersama belacan, gula dan garam.
2. Sapukan bahan-bahan diatas dan perap seketika.
3. Balutkan Pari yg diperap dengan daun pisang.
4. Bakar di atas kuali leper dengan api perlahan - Bakar 5 minit dan balikkan.
5. Sedia untuk dihidang.



Sambal Cuka:-
Bahan-bahannya:
Cuka
Cili Padi
Bawang
Belacan
Gula
Garam
Cara-caranya:
1. Campurkan gula, garam dan belacan, kemudian kacau sehingga larut.
2. Masukkan cili api dan juga bawang untuk membangkitkan rasa sambal cuka.
3. Tadaaaaaa!!! Siap untuk dimakan bersama Pari Bakar.
Selain dari Pari Bakar dan Sambal Cuka ni, Lela ada buat Sambal Ikan Bilis, sambal ni dibuat untuk projek Burger Mini Malaysia atau Roti Paung Inti Sambal Bilis, untuk gambar projek seterusnya, tungguuuuuuuuuuuuu!!!!!!