Followers

Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

22 April 2008

AKOK

Actually AKOK ni lela dah cuba 2 hari lepas, cuma lambat nak update kat sini, buzy..buzy..buzy..tapi lela frust gak ler dgn akok ni, color akok lela gelap sangat, agaknya terlebih "nissang=nisse" kot, hubby lela cakap "ni tak leh bakar dalam oven, nak kena guna sabut gak"..yer ker..???
Lela guna bekas tembaga yg dipinjam dari MIL lela, thank's mama, sanggup amik dari Terengganu wat balik KL, tapi ginilah plak jadinya, ni kena mintak tolong dgn KAK ZALIANA ni,
coz resipi akok lela guna sebijik cam KAK ZALIANA.
Hmmmmm...ada masa yg terluang lela nak cuba buat lagi..tak puashati ni... :(

06 March 2008

POPIAH BASAH




Teringin sangat nak makan,
So, misi untuk minggu nih lela buat popiah basah..
resipi untuk kulit popiah lela amik dari kak Diana, chef tersohor dan untuk inti dan sos lela amik dari rakan baru lela (fotopages) Hajar, mekacih kak Diana & Hajar..

Bahan-bahan untuk kulit popiah:

150 gram tepung gandum

1 sudu teh tepung ubi kayu

400 ml water

2 biji telur Gred A, dipukul

½ sudu besar minyak

sedikit garam



Cara untuk Kulit Popia:

1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.

2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.

3. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.

4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab


Bahan-Bahan untuk inti dan sos:

Timun dihiris halus

Lobak dihiris halus

Telur rebus (hancurkan)

Kacang tanah (goreng dan tumbuk )

Bawang goreng

Taugeh (celur)

Sengkuang (ditumis dgn bawang putih, udang kering, serbuk perasa - Masak sekejap supaya tak lembik)


Sambal Hitam untuk disapu:

@Cili kering/kisar

@Bawang merah /kisar

@Bawang putih /kisar

Gula merah

Gula sedikit

Serbuk perasa

Otak udang / petis sedikit


Cara-caranya:

1.Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,

2.Kemudian masukkan otak udang , gula merah , gula putih dan serbuk perasa,

p/s:kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)

3.Sejukkan terlebih dahulu.

Sambal hitam disapu pada kulit popiah,

Letakkan sayur, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah

Kemudian gulung kemas-kemas,

Setelah siap digulung, tuang sambal tadi ke atas popiah yg siap digulung.


Dan jgn lupa tabur kacang goreng ke atas sambal tadi.



JALA MAS @ URAT MAS


Bahan-bahan :
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)2-3 helai daun pandan4 cawan airDaun pisang untuk dibuat corong

Cara-cara :
Tapis kuning telur dan pukul sedikitMasak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih.
Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.Angkat dan ’tos’kan.Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.Hidangkanp/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.