

Gara-gara suka layan youtube (lagu kanak-kanak), kali ni hani duk nyanyi lagu 3 kupang, pagi petang asyik lagu 3 kupang je. Sampai lela tak berpeluang nak surf internet. Bukak je laptop, si kecik datang terus cakap "mummy, nak tengok lagu 3 kupang ngan upin dan ipin". Alahaiiiiiii, tengoklah nak, terkulat lagi mummy kali ni.
Sejak sebulan dua ni lela dilanda masalah, masalahnya waktu tidur hani tak sama dengan waktu tidur normal or waktu tidur kami sekeluarga, huhuhuhuhu...hampir tiap-tiap malam hani tidur pukul 2.00-2.30 pagi, bila kami dah nyenyak diulik mimpi, hani dah start memulakan kerja part time yang dia gemari, sebelum ni hani bukak beg sekolah lela dan keluarkan semua barang-barang termasuk duit lela, terperanjat lela coz semua duit tu hani dah campak sana sikit, sini sikit, lela dah naik kembang kepala nak marah, sabarrrrrrr.......hubby lela selalu ingatkan lela supaya beringat kalau nak marah, yelah, namapun budak-budak.
Selepas pada kes tu, hani bukak air mineral yang sediakala lela standby kat side table, habissssss 1 botol dia tuang atas katil dan sekali dengan dia basah kuyup, sekali lagi lela grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....dan sekali lagi cik hubby cuba menenangkan lela dah naik hantu, hahahahaha..garang betul makcik lela ni..
Semalam?????? Hmmmmmm seperti biasa, ada je benda yang dia nak main, semalam dekat pukul 1.00 pagi, lela terjaga coz hani datang kat lela untuk nyusu, masa lela pegang dia, lela perasan tangan hani melekit, lela dah tahu, ni mesti hani ke bilik belakang untuk touch-up muka or apa-apa yang patut, apa lagi lela terus bangun dan dengan sedihnya, habis licin satu krim vitamin E lela hani kerjakan, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...dahlah baru beli, diulangi sekali lagi, LICINNNNNNNNNNN...Grrrrrrrrrrrrrrr.....mana perginya isi krim tu? bila hubby lela dukung hani nak cuci tangan dia, lela tengok rambut hani kilat semacam, sahhhhhh...krim tu dia sapu kat rambut buat shampoo..aduhhhhhh..luluhnya hati mummy...ish ish..so, dengan tak langsung kami pun cucilah rambut dia tengah malam buta, ala-ala cam kat salon rambut tu..sabar jelah anak mummy sorang ni, kawan-kawan semua..macamana nak bagi Maryam Hani ni tidur awal? huhuhuhu..lela & hubby jenis yang senang tidur, letak kepala je, 5 minit dah boleh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
Masa balik Terengganu bebaru ni, lela terkejut tengok abang lela duk bela lintah dengan jayanya, Eeeeeee geli makcik, then cik hubby nak try berbekam dgn lintah ni, lela ingat lintah ni bila kiter letak kat kulit kita terus dia hisap darah, rupa-rupanya duk mencari mana port yang sesuai or ada darah kotor, lama gak lintah tu duk mencari mana nak landing kat muka cik hubby lela ni..cari punya cari melekat kat pipi, hehehehe..lama gak duk bergantung kat pipi hubby lela, tak silap lela lebih 5 jam duk bergantung kat situ, abang lela kata biar dia jatuh sendiri, kalau kita yang cabut, darah susah nak berhenti..yup betul tu, kat belakang hubby lela pun ada buat bekam, bila cabut sebelum waktunya, darah duk mengalir non stop,jenuh gak nak hentikan darah yg kuar, tapi tak banyak sangat, cuma kalau pakai baju habislah darah melekat kat baju..susah lak makcik lela nak basuh nanti.
Daddy duk usik hani..mintak hani pegang, Eeeeeee...gelilah wehhh...dalam-dalam geli lela try gak sentuh, mak aiiiii sejuk teramatttttttt sangat...ingat nak wat bekam gak, tapi bila tengok lintah duk menjalar cari port tu lela tak sanggup, geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Last week, seperti biasa Daddy ajak Mummy & Hani pi cari barang dapur, (eh eh..nak cari barang dapur ke?) cam perli mummy jerk, hahahahaha, yerlah dapur dah lama tak berasap, maafkanlah Mummy banyak-banyak, ni bukan soal letak tanggungjawab seorang surirumah tangga kat belakang, tapi memang betul-betul tak sempat, lagi nak habis lagi buzy teramat sangat, sabar jelah lela ni..lagi 2 bulan je daddy..Insyaallah lepas semua ni settle dapur rumah kita ceria seperti dolu-dolu, hehehehehehe..
Actually bukan nak cerita pasal dapur berasap ke tak, cuma nak update entry Maryam Hani yang makin besar makin banyak aksi yang buat lela terdetik dalam hati "Dah besarrrr dah anak aku". Seronok memang seronok tengok gelagat dia, suami lela selalu kata yg Hani ni cam mak nenek..hahahahaha..betul betul betul..lela memang setuju. Sekali bercakap mak aiiiiii rasa nak pecah perut pun ada, memang sebijik gaya mak nenek zaman dahulu kala..kikikiki...kalau lela duk sibuk study ke, kemas rumah ke, datang rajin dia nak bercakap dengan lela mulalah "Mummyyyyy...oooooooo mumyyyyyy...wat apa tu sayanggggggggggggggggg?", kah kah kah...tang tak tahan bila keluar ayat sayang tu, romantik habis, mengalahkah suami lela bila dia bercakap..ni lela nak share gelagat dia masa kitorang nak kuar beli barang dapur..harap kekawan enjoyyyyyyy!!!!!