Followers

11 September 2010

Taugeh Celur (ala-ala Chicken Rice Shop)

Celur Taugeh ni dah lama buat, ni baru rajin nak update kat sini.
Che'Iza TQ banyak2 share resipi celur taugeh ni, memang layan ar makan taugeh ni, krup krap krup krap..rasa cam makan kat chicken rice shop plak. Sesaper rasa nak try tu, baik try buat..gerenti tak menyesal, dahlah mudah, cepat plak tu..
Iza, lela copy paste resipi kat sini k :)

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas
  • * 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.


09 September 2010

Banana Split II

Lagi tayangan gambar Banana Split, resipi untuk aiskrim kali ni lain dari resipi aiskrim yg first lela buat dulu, lela rasa yg ni mudah sikit dari yg first dulu, sebab kenaputar aiskrim ni sekali jerk, dah siap terus masuk dalam freezer..Hani seronoklah dapat maakan aiskrim, kena plak warna pink lagilahhhhhh seronok dia. Lela amik resipi ni dari azrimredza, TQ prenz..memang sedap dan mudah, bahan-bahan yang digunakan pun simple jerk.
Minta izin copy paste resipi kat sini ya :)
:- Satu tin susu cair
:- 4 sudu besar gula (kalau nak kurang manis skit letak 3 1/2 pun cukup)
:- 2 sudu besar overlett (ratakan atas sudu tu, jgn amik menggunung plak)
:- sebiji putih telur
:- essence vanilla (lela guna essence durian)

sebagai tambahan letak la ape² yang korang nak letak utk menyedapkan lagi aiskrim korang, aku letak oreo yang telah dihancurkan. (dalam contoh ni aku gune pewarna pink)
:-Proses die senang sgt², campurkan je semua barang2 td dlm bekas bancuhan (kecuali oreo)
:-pastu pkul dengan mesin kek (or kalau larat manual la) selama 20 minit hingga die kembang n naik. Mesin kek gune kelajuan optimum.
:-Bila dah cukup 20 minit. nilah hasilnya.. dia jadi mcm krim.. kalau terbalik kan bekas tu pun die xkan jatuh..
:-pastu leh la letak serbuk oreo tadi dan kacau die bagi die tersebar keseluruhkan krim.

08 September 2010

Selera Kampung

Kerabu Jantung Pisang
Sekarang ni lela memang suka makan jantung pisang, boleh dikatakan fridge kat umah memang selalu ada stok jantung pisang ni, kalau tak buat kerabu, mama akan celur jantung ni untuk menantu kesayangan, TQ mama :)
Kenapa duk makan jantung pisang manjang? Orang kata kalau makan jantung pisang, susu badan banyak, jantung pisang ni cam milk booster jugaklah, tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi boleh jadi betul, sebab sejak akhir-akhir ni susu badan Lela memang banyak, sekali pam boleh cecah 10oz, paling banyak pernah Lela pam cecah 130z, bestnyerrrrr..bahagia sangat hidup, syukur Ya Allah, rezeki Ilyas Eusoff.

Terung Goreng
Yum yum..terung goreng ni lela baru pandai makan, sebelum ni memang tak pernah try pun, lela start makan bila mama suruh lela try makan, mama kata terung goreng ni seolah-olah pengganti daging, yerlah..masa makan tak rasa pun cam terung, ish sedaplah..tak tahu nak bagitahu camner rasanya..tapi pada tekak lela, memang umphhhhh....Akhir-akhir ni terung goreng ni dah jadi menu wajib dalam hidangan kami sekeluarga.Peace!!!!

Peria Goreng
Ni plak rupa peria goreng, cara nak masak senang jerk, gaul dengan garam & kunyit, kalau rajin celup tepung sikit sebelum goreng. Memang superb ler..hilang rasa pahit peria bila goreng camni. Cedap cedap...

Sumber DHA yang tinggi
Hehehe...serius sehingga menjilat jari, kepada sesiapa yg tak makan budu rugi oooo..tinggi sangat kandungan DHA dalam budu ni, sesiapa rasa daya ingatannya lemah, eloklah makan budu banyak-banyak, hahahahahaha..mudah-mudahan pick up sikit biler berfikir, hiks hiks..

Homemade Sardin


Salam, bebaru ni try buat sardin, mak ai teruja plak..resipi ni diceduk dari blog Mat Gebu, kekanda angkat yang tersohor di alam maya ni :)
Kepada kawan2 yg nak try buat ikan sardin cam dalam tin tu, kat umah WAJIB ada pressure cooker..buat sardin ni amik masa dalam 1 jam gak, tulang belulang ikan sardin ni lembut sebijik cam ikan sardin yg kita beli dalam tin tu. Alhamdulillah king suka..so bolehlah lepas ni buat stok sardin dalam fridge. Dengar-dengar sardin yg buat sendiri ni tahan 1 bulan kalau letak dlm fridge, kalau nak tahan lama bleh gak letak dalam freezer, cuma kalau rasa nak masak kenalah kuarkan awal sikit.

Ni dia rupa ikan sardin (org Terengganu panggil ikan selayang) yg telah dicuci. Lela buang kepala & ekor, alaaaa nanti nampaklah cam ikan sardin dalam tin tu :P

Mat, resipi Lela copy paste kat sini k..TQ

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardin

27 August 2010

Stok Tambahan..

Nilah stock EBM untuk Ilyas masa lela berkampung kat hospital bebaru ni. Semua stock ni memang tak muat klau nak simpan dlm freezer yg sedia ada, mana dengan lauk basah lagi, mana dengan stock yang terdahulu. Nak tak nak, king belikan freezer khas untuk letak EBM Ilyas ni..Tapi kami pilih yg kecik jerk, harap2 taklah timbul masalah tak cukup tempat lagi, coz sekarang lela bagi kat Ilyas susu fresh jerk, yg stock ni simpan untuk kes-kes tertentu.


Ada ruang 2 drawer lagi untuk di isi..cyaiyok cyaiyok..berusahalahhhhhhhhhh... :D


Blurrppppppppppppppppppppp...dah kenyang, nak tidur ni, jangan kacau aaaaaaaaaaaaa...

Happy Belated Birthday Untuk Mereka Yang Tersayang

Bebaru ni FIL ada balik ke Malaysia, so boleh kami adik beradik meraikan ulangtahunnya yg ke tutttttt.....hahahahahahaha..umur adalah rahsiaaaaaa...

Kebetulan pada bulan Julai jatuh tarikh ulang tahun buat Abah, Anis (anak emas abah), Eddy (anak bongsu abah), Dody (menantu), Naim (cucu) & Aqil (cucu).
Kerinduan kami sekeluarga terubat bila dapat bertemu dengan ayahanda tercinta.

Disebabkan abah bertugas jauh nunnnnnn di tempat orang, setahun sekalilah jawabnya kami dapat bertemu dengannya. Nasiblah abah selalu bertanya khabar kami di sini, sekurang-kurangnya terubat jugak rindu di hati.
Raya tahun ni abah tak dapat beraya bersama kami sekeluarga kerana tak dapet cuti :p
Takpe..nanti kalau free kita hello hello ye boh..

Ehem..tumpang lalu, makcik lela & king tercinta nak tumpang bergambar gak..ahaks!!
Ilyas Eusoff tengah syok isap susu tu..jgn duk kacau, karang melalak potong stim nak makan :D

01 July 2010

Stok "EBM"ku....

Ni stok EBM lela..baru dapat 32 botol..risau takut tk cukup utk bekalan di bulan puasa..ramai kawan-kawan yang full breastfeed mengadu pada bulan puasa hasil tenusu teramatlah kurang,ni yg buat lela risau,stok yg ada ni pun boleh bertahan dlm 6-7 hari jerk..mana dgn tak muat tempat lagi, semalam ada bagitahu my king pasal stok EBM dah makin banyak, tempat plak terhad, then my king bersetuju untuk sambar deep freezer, cam jual ais krim plak, hehehehe..manalah nak letak deep freezer tu nanti, alamatnya bilik tetamulah yg jadi penempatan kekal untuk deep freezer tu, kui kui kui...

Cerita pasal stok EBM ni, lela dengan bersungguh-sungguh nak bagi Ilyas full breastfeed (memberi susu badan secara eksklusif ). Tanpa susu formula dan tanpa air masak. 100% adalah susu badan. Mudah-mudahan rezeki Ilyas melimpah ruah, jangan susu tak cukup dah, bak kata orang, susu badan ni nak kering senang, tapi nak pulihkan balik cukup merana, jawapannya "YA", tulah yg terjadi pada lela, lepas kena bengkak susu tempohari lela tekap dgn kobis, mmg menjadi,sakit bengkak tu cepat baik, tapi malangnya lepas pada tu susu kering..lela ada terbaca kat blog rakan-rakan kobis pun salah satu punca membuatkan susu badan kita kering. Nak pulihkan balik susu badan untuk back to normal, Ya Rabbi cukup tertekan, biasa paling banyak kalau lela pam,dapat 9 oz (waktu tu ilyas baru berusia 2 minggu), lepas pada susu merudum nak dapat 2 oz cukuplah terseksa. Sehingga lela terbaca satu blog yg mana tuan tanah blog tu mengamalkan food supplement Shaklee untuk pulihkan susu badan. Betul.............. selepas lela mengamalkan shaklee susu makin meningkat dan warna susu nampak lagi menarik dari warna sebelum ni, nampak cam pekat dan sedikit kuning, sebab tu dorang kata kalau makan shaklee susu badan tu lebih lemak berkrim, hehehehehe...apa-apa pun layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

22 June 2010

Sup Ayam Lengkuas

Resipi ni dapat kat kotak Kiub Pati Ayam Knorr, ngeh ngeh ngeh..
Selain dari sedap, lela suka sangat resipi ni coz mudah sesangat, hahahaha..takde tumis menumis langsung, semuanya main didihkan ajerk...bila duk berpantang sorang-sorang ni kira oklah resipi cam mudah camni, mana dengan 2 org permata hati lagi, tak sempat nak duk dapur lama-lama. Ok utk resipinya.

Bahan-bahan:

1.5 liter air
1 kiub pati ayam Knorr
4cm lengkuas-hiris nipis
300gm isi ayam
5-6 biji cili burung-dititik ( Lela tak guna cili)
1/4 cawan santan (Lela tk letak santan)
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu besar jus limau nipis (Lela tak guna)
Daun ketumbar utk hiasan

**Sayur tambahan:
-Kobis
-Carrot
-Kacang buncis
-Sawi
-Jagung-potong 3

Cara Memasaknya:

1.Masukkan air dan kiub pati ayam Knorr di dalam periuk. Letak atas api sehingga mendidih.

2.Tambah cili burung, santan, gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan sayur-sayuran tambahan. Angkat dan hidangkan ketika panas.

18 June 2010

Ikan Selar Kukus

Asyik-asyik ikan selar, boringnyer..esok Sabtu, nak minta my king belikan ikan yg yang segar bugar kat pasar, tapi kalau Lela boleh ikut ke pasar lagi best..(jgn nak beranganlah..mmg tak boleh ikut pun, baru 28 hari ok,huhuhu).

Hari ni Lela masak Ikan Selar Steam jerk, menu yg mudah dan senang nak disediakan..tulah duduk kat kampung elok-elok sibuk nak balik KL, rasakan ko Lela, hehehe..(balik KL coz ada hal penting yg nak kena Lela bereskan, kesian kat hubby nak kena buat macam-macam..tu yg balik KL tolong dia yg mana termampu).

Rasa tercabar gak bila berpantang sendiri ni. Nak kena uruskan 2 orang permata hati, makan dorang, makan Lela lagi, basuh baju lagi, huh..memang tercabar, nasiblah cik abang banyak membantu dan nasiblah Hani dah besar,kalau tak mau tumbang gak Lela.. Hani punya kes,asyik nak keluar umah manjang, sampai Lela siap kunci pintu lagi coz Hani dah pandai buka pintu nak pergi main dengan anak jiran-jiran lela kat sini. Actually bukan tak bagi dia bermain, cuma zaman sekarang ni Lela MEMANG tak yakin dia main kat luar tanpa pengawasan orang dewasa..takkan Lela nak kena keluar tunggu dia kat luar umah, mana dengan baby Ilyas lagi..ish tak boleh jadi ni..Tupun kemain pujuk Lela nak pergi umah atok.."Mummy tolonglah bukak pintu, hani nak pergi umah atok jerk", ewah ewah..janji manismu..so nak tak nak lela tunggu dia kat luar umah sampai dia masuk umah atok dia..siap pesan jgn keluar dr umah atok selagi daddy tak pergi amik, dia pandai angguk jerk..

Ok..ni resipi untuk Ikan Selar kukus.

Bahan-bahan:

Ikan selar 2 ekor
*Bawang merah 2 labu
*Bawang putih 2 ulas
*Halia muda 2 inci
*Daun sup
*Carrot-sagat panjang-panjang
*Lada Hitam-ditumbuk
*Garam
HP sauce 2 sudu besar
Kicap soya cair 4 sudu besar


Cara memasak:

1.Susun ikan atas pinggan yang boleh dikukus.
2.Curahkan Kicap soya cair & HP sauce ke atas ikan.
3.Taburkan semua bahan-bahan bertanda * ke atas ikan.
4.Kukus dalam 5-8 minit.





17 June 2010

Daging Blackpepper

Ziarah punya ziarah singgah umah kak Nor jap..intai lauk pauk yg menarik kat sana, lastttt tertarik pada Daging Blackpepper yg kak Nor buat, mak aiiii meleleh ayaQ Liur ni..
Akak, copy paste resipi kat sini erk :)

Daging Black Pepper
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
  • minyak utk menggoreng

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

03 June 2010

Kelahiran Ilyas Eusoff



Just nak kongsi video ni masa melahirkan Ilyas Eusoff.

02 June 2010

Ilyas Eusoff


21 Mei 2010,hari Jumaat pukul 06:58pm lahirlah putera kami seberat 2.82 kg.
Due date Ilyas sepatutnya 4 Jun 2010. Nak dijadikan cerita, Lela ke Ampang Puteri untuk check up seminggu sekali sebelum tiba waktu bersalin. Sebelum ni kalau pergi check, BP memang ok. Tup tup kali ni BP naik (140/90). Doktor tahu yang Lela seboleh-bolehnya tak nak induce lagi.

Tapi memang tak boleh nak buat apa, doktor kata ubat bagi orang yg darah tinggi ketika hamil ialah bersalin. Aduhaiiiiiii...sekali lagilah nampaknya. Dulu pun induce, kali ni pun terpaksalah induce jugak. Dengan muka selamba doktor Fauziah kata, "awak bersalin hari Jumaat ni ok"(Lela check up hari Rabu).

Eeeeeeeee tolonglah, serius tak suka paksa-paksa ni, hari Rabu tu Lela dah kena tahan kat wad coz nak monitor Lela punya BP. Masa tu tak sempat balik rumah pun, dari office terus ke hospital dan terus kena tahan. Rindu kat Hani Tuhan je yang tahu. Malam tu hubby bermalam kat hospital, malam kedua hubby balik pi amik Hani, so bermalamlah kami 3 beranak kat hospital. Dalam pukul 5 pagi nurse datang nak masukkan ubat untuk bersalin, yang kelakarnya Hani pun bangun sekali, tengok jerk apa yg nurse buat kat Lela, nurse tu siap tanya, "Boleh ke kalau dia tengok?", eh eh ada plak tanya soalan camtu..Lela cakap "uikssss tak bolehhhhhhhhhh", hubby lela dukung Hani alih ke tempat lain. Mak ai sakitnya kena masuk ubat, masa tu laluan baru buka 2 cm.

Lepas subuh, hubby terus hantar Hani kat umah Atok & Nenek, coz pagi tu Lela dah kena masuk labour room.

10:30am-->Masuk ke labour room,jalan dah buka 3 cm. Serius ngeri sesangat coz dah tahu per dorang nak buat. Nurse datang bawak peralatan & bersiap untuk pecahkan air ketuban. Masa ni sakit dalam 5 minit sekali. Masa nak check laluan & pecah air ketuban, Lela cepat-cepat cakap kat nurse, "boleh tak saya nak Entonox?"..hehehe, lawak pun ada pada masa ni, sempat lagi tu. Nurse tu per lagi, boleh ajerk, terus capai Entonox bagi kat Lela, sebelum dorang nak mulakan check jalan tu Lela laju jerk sedut Entonox tu dalam-dalam, langsung mamai n terus zzzzzzzz ala-ala org lalok. Kebas semua 1 badan.

04:30pm-->Doktor Fauziah masuk labour room utk tinjau keadaan Lela masa tu, jalan takmo bukak jugak, masa tu baru 4 cm, doktor kata, "dia ni sama je masa bersalin yg anak pertama dulu, jalan susah nak bukak". Dalam hati Lela, nak bukak camner, benda belum sampai waktu bersalin lagi, nama pun kena bersalin paksa..memanglah susah, kalau dah sampai time dia takdelah susah camni.

06:00pm-->8cm, doktor kata dlm 06:30pm mungkin bersalin, ahhhhhh..malas nak fikir, masa ni Lela duk fikir bilalah nak kuar baby ni.

06:45pm-->Nurse dah kata "Ok Puan, jalan dah 10cm ni. Doktor Fauziah masuk then bermulalah proses meneran baby, Alhamdulillah...dalam 5 kali teran baby Ilyas pun berjaya keluar dengan jayanya, tapi takmo nangis. Penat agaknya coz lama sangat lela duk menahan sakit.

Kalau cakap bab induce ni Lela memang fobia, tak tahulah rakan-rakan kat luar sana camner mengharungi pengalaman bersalin secara induce ni. Harap-harap anak ke-3 dan seterusnya biarlah Lela dapat bersalin cara normal, tanpa kena paksa lagi, huhuhuhu..tak sanggup dah nak menahan sakit sebegitu rupa, memanglah sakit bersalin ni sakit, tapi induce ni dia punya sakit berganda dari sakit bersalin biasa.

Apa yang penting, BP biar normal, tapi nak buat camner? Makan dah jaga, tapi nak kena jugak. Doktor kata Lela stress. Hmmmmm mungkin gak kot.

Tapi apa-apa pun syukur alhamdulillah, semuanya selamat.

Ni dia tayangan perdana, anak ke-2 Lela, Ilyas Eusoff...

Masa ni baru sejam lepas bersalin, nurse mandikan dia, dan tunggu masa nak hantar ke bilik Lela. Lela masih kat labour room,rehat & zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....


Amboi lenanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....senang hati nampak, malam pertama selepas dilahirkan, Ilyas tidur nyenyak, mummy terpaksa kejutkan Ilyas untuk menyusu.

16 May 2010

Ikan Bakar (Ikan selar & Ikan Patin)

Dapat resipi ni dari mak saudara..sambal ikan bakar ni memang simple dan yg pasti sedap. Kalau nak buat sambal ni boleh buat banyak2 terus..pastu simpan jerk dalam fridge, bila nak bakar ikan keluarkan dan sapu jerk kat ikan & balut dgn daun pisang, kunyit atau mengkudu.

Bahan-bahan:

Cili kisar 5 senduk kecil
Udang kering 1 sudu besar - tumbuk sehingga lumat
Sedikit air asam jawa
Garam 1 sudu kecil - kalau rasa tawar, tambahkan lagi garam tu
Gula 2 sudu besar,
Aji secubit.

Cara-caranya:

1.Tumis cili kisar sehingga garing
2.Masukkan udang kering yg telah ditumbuk.
3.Masukkan air asam jawa dan kacau biar mesra.
4.Masukkan garam, gula & aji.
5.Masak sehingga sambal tadi kering.

--> Lumurkan sambal ni pada ikan yg hendak dibakar dan lipat dgn daun pisang.

nota kaki:
Sambal ni boleh tahan lama, lela buat lebih dan simpan dalam fridge, kalau nak bakar ikan just keluarkan sambal ni awal-awal agar senang nak lumur pada ikan.
Oh ya!! untuk sambal ni lela tak guna bawang, just cili kisar semata-mata.

15 May 2010

Patin Masak Tempoyak II

Patin oh patin..
Suka sangat makan ikan patin, tapi jarang-jarang jerk boleh makan, tunggu ibu Farhana balik Pahang baru dapat makan, tupun kena kirim dengan dia..Ikut hati nak jer beli banyak2 & buat stock dlm freezer tu..agak-agak kalau simpan dalam freezer berapa lama boleh tahan yerk? Nanti free nak pi Temerlohlah, jalan-jalan cari makan sambil beli ikan patin utk buat stock..hehehehe..mesti pening kepala hubby Lela, hahahahaha...
Patin masak tempoyak ni kalau nak sedap tambah petai jeruk dlm 5-8 mata, lagiiiiii superb..bak kata orang tua, lagi lama masakan tu lagi mengancam, memang betul..tapi ada sesetengah orang dah boleh nak makan dah lauk yg dipanaskan (lauk semalam)..bebaru ni Lela buat 2 ekor ikan patin, so memang tak boleh habiskan dalam masa sehari, yerlah dah ler duduk 3 beranak, hubby pulak jenis kurang makan nasi, rotiiiii jerk yg suka telan, tension..tension...huhuhu..
So per lagi, masuk dalam fridge jelah..balik kerja masak nasi & panaskan lauk..Suker suker..taklah penat sangat..hahahaha..
(Patin ni pun dah lama masak, baru ni ada kesempatan nak upload gambar)..

14 May 2010

SOSEJ ROLL

Sosej Roll ni dah lama buat, cuma tak update jerk kat blog.
Lela dapat resipi dari umah kak Adda.. serius sedap, boleh buat lagi..
Resipi lela copy paste ye kak..



Bahan:
6 batang sosej-celur dulu
6 keping roti sandwich
1 biji telur1 tbsp
tepung gandum + sedikit air - dibancuh
1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)
Cara:
1. Celur sekejap sosej dan toskan. (Lela tak celur-terus gelek)
2. Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila digulung.
3. Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
4. Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
5. Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
6. Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.
















06 April 2010

MY HERO...



Malas betul nak update blog..penyakit M menyerang dengan rakusnya, hehehe..

Disebabkan dah lama tak amik gambar masak-memasak ni, tu yg takde resipi nak dikongsi..dulu kalau masak laju jerk capai camera utk update kat sini, tapi lani, pas masak terus ngam :p


So untuk entry kali ni Lela nak tempek gambar budak kecik yg selalu duk tendang perutku yg tak besar mana ni, sekarang dah masuk 8 bulan, berat masih belum cecah 50kg, hahahaha..kurus kering btui ler haku ni..agegegegegegege...


Ni dia Hero mummy & daddy dan adik kepada Maryam Hani..masa scan bebaru ni doktor kata boy, nampak tulur, hiks..hiks..hiks..


Kalau betul Ahhamdulillah, dapat sepasang, yayyyy!!!!
Tapi sejak dua menjak ni Lela rasa takut sangat, takut nak bersalin, teringat masa bersalin kat Hani dulu, kena induce, dua kali masuk ubat tapi still jalan tak bukak..aduhhhhhhhhhhhhhhhhhh...sakit bersalin induce ni takdenyer sakit selang setengah jam or selang 15 atau 5 minit, sakit dia non stop..memanjanggggggggggggggggg sakit..kuat macam mana pun lela, serius cakap memang menangis cam budak-budak..Tulah sakitnya mak kita masa lahirkan kita dulu..besar pengorbanan mak kiter,kan???? I Love you mum..muahhhhhhh...

Tengok gambar kat atas tu? Muka saper erk? hehehehehehe...hubby lela sampai lani takmo tengok, tak tahu kenapa, dia rasa takut tengok gambar yg scan tu, puas pujuk tapi tengok kejap jerk, tupun masa kat hospital..


Wahai sahabatku sekalian, doakan Lela semoga selamat bersalin dan dimudahkan segala urusan oleh-Nya, Amin..Kalau boleh biarlah bersalin normal, takmo induce lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

Dulu masa induce pon sebab high blood pressure..aik...kering kontang camni pon kena darah tinggi gak, hehehehe..

Masa nak bersalin kat Hani dulu, berat badan Lela HANYA 49 kg O.K..


Seumur idup tak pernah merasa pun berat badan 50kg..

Tapi kalau makan, cam tak baca Bismillah, hehehehehe...

Sekarang duk cari nama apalah yg kami nak bagi ni, tapi kalau boleh nak bagi nama lama-lama & ala-ala klasik..Kalau ada idea moh ler bagi idea kat Lela ni..

So far Lela dah dapat satu, Lela suka sangat dengan nama Eusoff..ni penangan si Cipul yg suka sangat pada surah Yusuf..masa belajar dulu selalu duk cerita pasal surah Yusuf kat Lela, sejak dari tu Lela memang berkenan sungguh dengan nama "Eusoff"..
Cik Abang Lela plak suka nama Misyary, coz dia memang admire habis kat Misyary Rasyid tu, nak nak bila dengar Misyary mengaji surah Al-Mulk, mau meleleh air mata ni, sampai tersedu-sedu...sejuk perut mak Ustaz Misyary Rasyid.

Ada gak hubby kata nak letak "Eusoff Misyary". Tapi rasa cam hmmmmmmmmmmmmmmm...tak tahulah nak rasa apa, hehehehe..Kak Long plak suruh letak Hafiy Eusoff, cun gak nama tu..Lela plak berminat nak letak Anas Eusoff atau Ilyas Eusoff..tapi tak final jugak..hahahaha..
Tak kisahlah nama apapun, janji baik maksudnya..
Kalau jadi letak Eusoff, mudah-mudahan Eusoff dalam perut Lela ni seindah akhlak dan akidah Nabi Yusuf a.s, Amin..

16 March 2010

Daging Masak Kurma

(Ini pesanan untuk kak hana-- abaikan gambar lip lap lip lap pada daging masak kurma tu yer, jangan jealousssss!!!!!!! )
Nak perabihkan stok daging yang hubby beli last week, tak masak-masak gak, duk berketul dlm freezer tu. Mikir punya mikir kalau wat kurma daging ok gak, dah lama tak masak kurma daging. Tapi kali ni Lela tak guna pressure cooker, untuk daging kurma kali ni lela masak direct atas dapur, lama gak ler nak empuk daging tu, hubby lela ni gerenti buat muka cam tak puas ati jerk bila daging liat. Nak tak nak, lela tambahkan 4-5 kali air untuk empukkan daging ni.
Dannnnnnnnnnnnnnn..dengan bangganya dagingku empuk dan lela rasa masak direct atas dapur lagi sedap dari masak dlm pressure cooker (daging tk manis).
Errrrrrrrr....takkan 1 lauk jerk (tapi dlm hati ni memang penyakit malas dah datang menyerang)..hehehe..kebetulan bayam ada, pujuk cik abg, "kalau mummy celur jerk bayam tu boleh tak?"..hubbyku kata, "ok jerk"..hoooooooooo per lagi laju jelah jerang air, pastu potong halia muda nipis-nipis untuk wat ulam, kasi buang angin kow kow gitu. Ikan masin kecik n ala2 kering kontang tu pun lela goreng nak bagi nampak meriah sikit, tapi bila dah siap goreng nampak lawak plak, cam takde isi jerk..hmmm kalau gini lela soranglah yg habiskan ikan masin tu..muahahahaha..


Tofu Fa (Mudah & Sedap)

Terima kasih untuk kak Hana, kak Rose & Love.

Resipi ni memang mudah, cepat dan sedap.
Cuaca sekarang dahlah asyik panas memanjang, pekena Tofu Fa memang sesuai teramat sangat. Kepada yang nak mencuba memang dialu-alukan.

(Sumber: Kak Hana, Kak Rose & Love)

Bahan-bahan:

2 paket kecil taufu
3 sudu besar gula melaka ( lela guna nissang)
2 sudu besar gula ( ikut lah tahap kemanisan masing2 leh kurangkan kuantiti gula tu.)
1 ikat daun pandan2 cawan air


Cara-caranya:

1. Mula-mula cincang halus gula melaka ( ni klu guna gula melaka) klu guna kuro sato masukkan je dlm periuk.

2. Kemudian masukkan air, gula melaka,gula daun pandan.biarkan air mendidih, selepas itu potong toufu pada 4 bahagian atau klu nak lebih kecil lagi potong 6, masukkan dalam air gula yang mendidih tadi.

3. Biarkan taufu tadi direbus dalam air gula lebih kurang 10 hingga 15 minit, tutup api dan sejukkan, bila dah sejuk masukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.

26 January 2010

Nasi Kuning & Gulai Ikan Tongkol

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah lama makcik Lela duk bertapa, sekarang muncul untuk bertamu dengan sahabat mayaku, huhu..sesungguhnya rinnnnnnndu kat you all semua. Lama betul tinggalkan umah Lela ni, rindu plak rasanya, bukan sesuka or sengaja nak biarkan Teratak Lelayong ni bersawang, cuma keadaan Lela tak mengizinkan untuk untuk bersiaran, aduhai..hampir 4 bulan tak jenguk dapur, jangan kata nak masak, nak makan pun tak boleh, semua ni angkara "buatan orang", hehehe.. Lela sekarang hamil 5 bulan, dan tibalah masanya Maryam Hani untuk dapat adik.
Actually Nasi Kuning dan Gulai Ikan Tongkol tu dah lama duk terperap dalam kamera Lela ni, cuma nak update blog jerk yg tak larat, ish malas betullah.. Takpelah,kan? Walaupun lama tapi masih belum basi lagi gambar ni, hahaha...nasi & lauk ni dah lama selamat telan dah :D
Resipi Nasi kuning ni Lela dapat dari mak kawan Lela yang jauh nunnnnnn di Losong Terengganu, gulai ikan tongkol ni plak, resipinya sama dengan kuah nasi dagang.
Nak resipi ke? Lela letak kemudian bleh yerk..
























10 September 2009

Pari Bakar Simple

Semalam sampai kat rumah agak lewat, dan nak tak nak kena habiskan jugak stok lauk basah dalam fridge tu, so..masaklah apa-apa yang mudah dan cepat, Lela sempat wat Lemak Cili Api Ikan Keli Salai, Pari Bakar dan Sambal Tempoyak Kicap.
Resipi untuk Pari Bakar ni agak simple.

Bahan-bahan Perap:

Pari, bersih dan toskan
Serbuk Kunyit
Garam
2 sudu besar Asam Jawa
-diperap dalam 15 minit-

Bahan Tambahan:

Sedikit kicap
Jus limau kasturi / limau nipis (lela guna limau nipis)
Baby Tomato-dibelah dua

Cara-caranya:

1. Bakar ikan pari sehingga masak - boleh guna oven, kuali leper(non-stick) atauCheffal-cosway.
2. Bakar setiap side dalam 5-8 minit.
3. Alihkan ikan pada pinggan, tuangkan sedikit kicap, perah asam limau dan tabur baby tomato.
4. Sedia untuk dihidang.

Sambal Tempoyak Kicap


Bahan-bahan:
2 sudu besar tempoyak
5-8 biji cili api,dihiris
2 ulas bawang merah,dihiris
Kicap
Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas sehingga sebati-mesra.
2. Siap.

09 September 2009

Lamb Chops & Blackpepper Mushroom Sauce

Tekak teringin sangat nak makan Lamb Chops, bulan puasa camni kalau nak pi berbuka kat luar (last minute) baik lupa jerk niat tu, gerenti padat dengan warga KL yang berbuka puasa kat luar. So semalam sementara tengah perap daging kambing ni, kami berbuka ala kadar je, makan pizza(jiran bagi), roti (ala2 mini burger) dan laksa penang, pssttt..tu pun kira kenyang teramat dah. Lepas 2 jam perap kambing, maka dengan rasminya Lela dan hubby makan Lamb Chops, ceewaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!! western food tu, oklah sekali sekala tekak ni gatal nak merasa.


So, resipi lela amik dari Blog Kak Diana, TQ kak D, memang sedapppppp teramat, lain kali tak payah makan kat luar, buat kat umah lagi puas hati, murah dah terlebih kenyang. Kak D Lela minta izin copy paste resipi Lamb Chops & Blackpepper Mushroom Sauce kat sini ye kak.


Kepada sesiapa nak try, Lela dengan bersungguh-sungguh berkata "Try aaaa, tak rugiiiiii.


LAMB CHOPS


Bahan-bahan:

1 kg lamb chop, dibersihkan dan ditoskan

4 sudu makan sos blackpepper (Lela guna jenama Life dan Puteri)

sedikit minyak untuk menumis

sedikit mentega untuk menumis


Bahan-bahan untuk dikisar dan diperap:

6 ulas bawang putih1 inci halia

3 sudu makan sos tiram

2 sudu makan kicap

2 sudu makan madu


Cara-caranya:

1. Bahan yang telah dikisar dicampurkan dengan sos blackpepper. (D lakukan begini supaya biji-biji blackpepper tu tidak lumat diblender).

2. Kemudian gaulkan bahan perapan tadi bersama lamb chop. Bila telah digaul rata, perapkan lamb chop sekurang-kurangnya 2 jam, lagi lama lagi baik serap rempahnya.

3. Bila lamb chop telah cukup masa diperap. Panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak dan juga mentega dan kemudian goreng lamb chop yang telah disediakan sehingga masak selama dalam 12 – 15 minit gitu. Angkat dan ketepikan.

(Lela tak goreng, tapi Lela grill dengan Snack Maker-include dgn plate utk mengrill)



BLACKPEPPER MUSHROOM SAUCE


Bahan-bahan: (untuk 2 hidagan)

1 biji bawang besar, didadu kecil

1 ulas bawang putih, dicincang

3 sudu makan sos blackpepper (Lela guna jenama Life & Puteri)

1 paket Campbell’s Mushroom Chicken with Croutons Instant Soup

250 ml air panas

sedikit mentega untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit mentega didalam kuali. Tumis bawang putih dan juga bawang besar sehingga bangkit baunya.

2. Masukkan sos blackpepper dan gaul rata.

3. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan air panas bersama Campbell’s Mushroom Chicken with Croutons Instant Soup. Kacau sehingga ia sebati.

4. Kemudian tuangkan sup ini kedalam kuali dan kacau rata biarkan ia mendidih. Padamkan api, siap dah sos untuk lamb chop.






08 September 2009

Nasi Tomato

First time buat nasi tomato, huhuhu, tak berapa menjadi, tapi bolehlah untuk buat hidangan berbuka puasa. Lela rasa lela tersalah letak cream of tomato soup tu lebih. Ni kena berguru lagi ni dengan kekawan yang ada blog masakan.

Bahan-bahan ( Nasi Tomato) :-

3 cawan beras
3 cawan air
200ml santan
1 tin 'cream of tomato soup'
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak sapi / Marjerin untuk menumis

Bahan untuk menumis:

1 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 inch halia-dihiris / diketuk
Rempah 4 sekawan

Bahan Tambahan:

Daun pandan
Gajus
Kismis
Bawang goreng


Cara-caranya:

1. Basuh beras dan letak semua bahan di atas kecuali minyak sapi / marjerin.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak sapi / marjerin di dalam kuali lain.

3. Tumis rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia.

4. Bila dah wangi tuang semua bahan tumis tadi ke dalam rice cooker.

5. Masukkan secubit garam, gula dan daun pandan.

6. "On"kan rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak. (Nasi perlu selalu dikais)

7. Bila dah masak, masukkan gajus dan kismis (lela tak letak kismis, out of stock).

8. Boleh dihidang bersama bawang goreng.


Sumber dari : Lilian





Ayam Masak Madu


Bahan-bahan perap:-

3-4 ketul ayam
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar serbuk kari
Secubit garam
----Semua bahan atas diperap seketika----

Bahan-bahan A:

2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato - Del Montel @@ Bestttttttt bangat
2 sudu besar sos tiram
----Semua bahan atas disatukan - tambah sedikit air----

Bahan-bahan hiris:

1 biji bawang merah - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1-2 biji cili merah/hijau - dihiris

Bahan-bahan Tambahan:

3 sudu besar madu-nak manis letak lebih
Secubit garam dan ajinomoto
Air

Cara-caranya:

1. Goreng ayam yang telah diperap dan ketepikan.

2. Tumis bahan hiris sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan A dan tumis sehingga pecah minyak / mesra.

4. Masukkan air dan 3 sudu besar madu.

5. Masukkan garam dan ajinomoto.

6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng.

7. Sedia untuk dihidang.

p/s :

Resipi ni Lela ceduk dari internet, tapi lupa source dari mana, kepada Tuan Resipi ni, Lela minta izin letak resipi kat sini. Apa yang boleh Lela bagitahu, memang sedap sesangat, tak rugi mencuba. Terima Kasih.

07 September 2009

Kerabu Daging

Bahan-bahan:

1kg Daging (direbus dan disiat-siat)
2 biji cili merah-dihiris
2 biji cili hijau-dihiris
4 biji cili api-dihiris
2 batang serai-dihiris
1 batang bunga kantan-dihiris
2 helai daun limau purut-disiat-siat
2 sudu besar sos Pranom
Secubit garam


Cara-cara:

1. Rebus daging sehingga empuk-sejukkan dan disiat-siat .
2. Campurkan semua bahan hiris bersama daging yang telah disiat tadi sehingga mesra.
3. Boleh dihidang bersama lauk utama yang lain.

01 September 2009

Murtabak Segera

Dah berapa hari kitorang berbuka tak makan nasi, semalam cik abang mintak lela buatkan murtabak, alamak.....bunyi cam susah jerk nak buat, nasiblah ada My Resipi yang membantu, tengah duk surf apa-apa yang berkaitan dengan murtabak, last sekali jumpa resipi Murtabak Segera dari Minami133, TQ soooo much Minami, memang amat membantu, sesuai dengan nama Murtabak Segera. Lela minta izin copy paste resipi kat sini yerk.
Bahan-bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-caranya:
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.



30 August 2009

Sup Daging



Layanzzzzzzz....

Roti Bakar Cheddar Cheese & Kurma Daging




Alamak, dah coti-coti Malaysia..huhuhu..nampak gayanya Hani ada member untuk Teman makan hari ni, Lela dengan rasminya dah raya awal, jom layannnnnn...


29 August 2009

Sup Tulang Singapura

Sebelum balik ke rumah, sempat Lela pi jalan-jalan cari makan umah kekawan untuk cari idea nak masak apa untuk berbuka puasa, cadang nak buat sup tulang, sekali pi umah Noreen terpandang Sup Tulang Singapura, whoaaa!!!! menarik ni, lagipun Lela baru jerk dapat toy baru 2 hari lepas, Cik Abang hadiahkan pressure cooker kat Lela, Yehhhhh!!!! rasa cam jakun plak, hehehehe, TQ Daddyyy... Noreen Lela copy paste resipi sup tulang ni kat sini yerk.
Bahan-bahan:
3kg tulang lembu (steak bones)
1 camb rempah sup
3 biji ubi kentang
3 senduk cili kisar
3 senduk sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1cm halia
Cara-cara:

1.rebus tulang lembu bersama2 dengan rempah sup sehingga lembut dan empuk lebih kurang 2-3 jam
2.sementara itu kupas ubi kentang dan belah 4, rebus sehingga lembut dan blend bersama dengan sedikit air supaya menjadi puree. ketepikan
3.panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan cili kisar bersama2 dengan bahan2 kisar sehingga garing
4.kemudian masukkan tulang lembu yang telah empuk, sos tomato dan juga stok tulang lembu tadi
5.jangan digunakan kesemua stok tulang lembu tadi kerana kuah sup tulang ini mestilah pekat
masukkan garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto. kacaukan sebati
6.setelah itu masukkan ubi kentang yang telah diblend tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
7.akhir sekali bolehlah dimasukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan kacau rata
biarkan sekejap sahaja dan bolehlah dimatikan api dapur
8.angkat dan hidangkan bersama2 roti atau nasi putih

Tadaaa!!! Nih dia toy baru merangkap maid baru kat dapur Lela.

25 August 2009

Daging Masak Bali

Bahan-bahan:

Daging 1 kg - dihiris
Kicap Lemak Manis
Cili Kering - yg telah dikisar
Bawang besar 1 1/2 biji - dikisar
Bawang putih 2 ulas - dikisar
Lengkuas 1 inch dikisar
Daun kari 6 tangkai
Serai 6 batang - diketuk

BahanTambahan:

Tomato 1 biji
Lada hijau dan lada merah 2 biji
Bawang besar 1 biji
-Semua bahan tambahan dihiris-


Cara-caranya:

1. Perap daging bersama bahan kisar selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan masukkan serai dan daun kari ke dalam minyak tadi dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daging yg diperap dan kacau sehingga kering.
4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan tambahan dan kacau sehingga sedikit layu.
5. Sedia untuk dihidang.