Followers

30 June 2008

Buka e-kedai ler fullokkkkkkkk!!!!!

Ehem-ehem, nak menyelit kejap, lela lani sedang amalkan LAWA HIGH COLLAGEN 5000mg, dah 2 bulan, memang cukup berkesan, sesiapa yang berminat bolehlah datang melawat ke kedai lela ni, http://lelayongbiz.blogspot.com/
banyak lagi produk yang belum lela update,tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!!
(psssstttt,pict kat atas tu pengasas LAWA HIGH COLLAGEN 5000mg-Puan Nora)

18 June 2008

SWAN OH SWAN!!!!!!

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....cantik tak rupa Swan lela ni?? Hehehehe..Actually ni kuih cream puff, tapi idea disumbangkan oleh chef kami sekeluarga, Awieeeeeeee...alang-alang bercuti kat K.L, lela pun ajaklah dia ke dapur, minat masak Awie ni kira cam bro or sifu yg hebat kat blog ni, siapa lagi kalau tak cik mat gebu kita..
Haaaa ni dia chef yg lela impot dari Awana Kijal, hik hik hik...dulu dia belajar amik course bakery, lani bekerja kat Awana Kijal, still available, hahahahha....
Next time datang K.L nak dera awie lagi...kui kui kui

CREAM PUFF

Cream Puff tanpa nozel, camnilah hasilnya, this is first time lela cuba, tupun nasib ada adik ipar kesayanganku, hehehehe.. Resepi lela letak kemudian k.

02 June 2008

Tag dari AlongRoz


Terima kasih banyak-banyak untuk along coz bagi lela tag ni, tapi sebelum tu lela nak minta maaf banyak-banyak coz lama lela menyepi, bukan apa, buzy sangat, tak sempat nak menyapa kat blog ni. Lela received tag ni pada 7 May 2008.
The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
7 Perkara tentang lelayong:
1. Lela suka makan, so far semua benda yg boleh makan semua lela balon, KECUALI "rebung jeruk".
2. Akibat lela dah merasa semua jenis makanan dan enjoy dengan makanan, SEKARANG lela WAJIB berpantang kerana lani tengah menghidapi penyakit resdung yg teruk sehingga dijangkiti asma. ( Waaaaa tak suka)
3. Sehingga hari ini lela sedang mengusahakan menaikkan berat dengan cara yg selamat.
4. Teramattttttttttttttttttttttttt suka berangan, konon-konon nak jadi adik angkat kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. (Mentang-mentanglah lela org terengganu, tuh yg kaut berangan tuh, hehehehehe).
5. Suka beli buku masakan, dah bertimbun-timbun kat rak buku tu, rasanya buku masakan lebih banyak dari text book lela, hahahahaha.
6. Nih tengah simpan duit nak beli DSLR (samada Canon atau Nikon) dan mixer yg mempunyai byk fungsi seperi blender, food processor, juicer, dan macam2 lagilah, lupa ler fullokkkkkkk.
7. Yang paling teruk, sejam sebelum class berakhir, lela dah tak boleh fokus pada class/lecturer, fikiran lela dah melayang teringatkan maryam hani dan hubby, hahahahahahaha.....
Setakat ini dulu serba sedikit tentang lela, adios....

IKAN BAKAR SIMPLE

Ikan Bakar nih senang jerk nak buat, ni resipi utk ikan bakar yg lela buat nih,
Bahan :
2 Ikan selar
Kunyit
Garam
Cili kisar
Jus Asam limau
Daun kesum - koyakkan

Cara-caranya:
1. Sapukan garam dan kunyit pada ikan, kemudian bakar separuh masak dgn suhu 200 C selama 10 minit. ( Bakar atas loyang dan sapukan sedikit minyak pada loyang tersebut).

2. Gaulkan cili kisar tadi bersama jus asam limau sehingga mesra dan lumurkan pada ikan yg dibakar tadi sehingga rata dan letak daun kesum. ( Bungkus dgn foil dan letak atas dulang yg sama).

3. Bakar lagi sehinnga 10 minit.

4. Siap untuk dihidang.

Assam Rebus


Hujung minggu ni nal balik Terengganu, sooooo, lela kena clearkan semua lauk basah yg ada dalam friedge, hmmmmm bendi banyak lagi, tak tahu nak masak per, toing terlintas nak buat Assam Rebuk (terengganu panggil singgang pedas). Hubby lela suka kalau lela masak lauk nih tapi letak tempoyak dan ikan tu tukar pada ayam, pelikkan..??? tapi tulah dia..bak kata bapak mentua lela, "nih kira dah salah ni, coz tukar resipi asal", hehehehehhe...tak pelah abah, nak wat camner, anak abah suka makan, huhuhuhuuhu...

WANTAN GORENG

Setelah bertapa dengan sekian lamanya, akhirnya lela muncul dgn wantan goreng, hehehehe..nipun kira tekak teringin nak makan wantan, kalau tak tak tahulah bila plak leh merasa.. Untuk resipi lela letak kemudian k.




12 May 2008

MASIH DEMAM EXAM

Assalamualaikum buat semua sahabat handai,

Lela sekarang tengah buzy coz musim exam lom abis, Insyaallah 16hb ni last paper, tu pasal lela menidurkan diri sekejap..hehehehhee..rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangat kat you all semua..

Shinta : TQ untuk resepi tu, nanti free lela cuba buat pepes tauhu tu, tungguuu

alogroz : Along, sorryyyyy, homework tu adinda lom sempat nak wat lagi, pas exam lela wat k.

fatinz : Lela menyewa kat area padang balang, fatinz tinggal area situ ker..?? boleh ar mai umah kalau free, hehehehe..

alis : Haaaa alis pun dah ada blog, leh ar lela pi skodeng, hehehehe(ish tak sesuai ayat skodeng)

sitiazma : Tak sempat nak bertenet sekarang, tapi kalau sempat lela cuma singgah jenguk kat blog lela n kawan2 jerk..nak menaip memang tak sempat..huhuhu

Aziemas + Edazman + LG : Happy mother's day gak utk you all semua..

Utk semua sahabat lela, lela nak amik kesempatan nak ucapkan HAPPY MOTHER'S DAY UNTUK YOU ALL SEMUAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

30 April 2008

AYAM MASAK MERAH



DAGING MASAK SOS TIRAM


Nih lauk pauk yg lela dah buat ujung minggu bebaru nih, cuma lambat sikit update kat sini..resipi lela bagi kemudian k...tunggu free sikit lela attach kat sini k.

25 April 2008

SAMBAL IKAN BAKAR

Lela dapat resipi ikan bakar ni dari seorang kawan bapa saudara my hubby, my dear "POK LONG ALIAS"...last time pok long datang and mintak kertas pastu bagi recipe ni kat Lela. Lama jugak recipe ni terperuk kat dlm buku recipe Lela ni, pastu 2 hari lepas baru teringat tang recipe pok long kasi, yang paling best, memang menjadi...Sesiapa yg teringin nak makan, bolehlah buat sendiri lepas ni...Selamat mencuba.

Bahan-bahan utk sambal ikan bakar :
1. Daun kunyit
2. Serai
3. Kunyit
4. Halia
5. Lengkuas
6. Bawang merah
7. Bawang putih
8. Udang kering @ geragau
9. Lada kering
10. Asam Jawa
11. Garam, gula dan msg
Cara-cara:
1. Kisar bahan 1-8
2. Cili kering (dikisar asing)
3. Tumiskan bahan kisar dan cili kering kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan bhn no.11
4. Masukkan air asam jawa.
5. Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Cara nak bakar ikan bakar :
Gunakan daun pisang dan daun mengkudu.
1. Sediakan kuali leper, letak daun pisang di dalam kuali leper tadi.
2. Siram sambal ikan tadi di atas ikan yg hendak dibakar (simpan baki sambal ikan utk ikan yg telah siap dibakar), dan balut dengan daun mengkudu.
3. Kemudian letak di dalam kuali leper tadi dan tutup kuali dgn penutup kuali.
4. Bakar dgn api perlahan sehingga masak.
5. Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yg telah dibakar.

SINGGANG DAGING

Bahan-bahan :

1. Daging - dipotong nipis
2. Bawang merah 4 ulas - hiris
3. Bawang putih 3 ulas - hiris
4. Kunyit 1 1/2 inci - hiris
5. Lengkuas 1 inci - hiris
6. Serbuk ketumbar 1 sudu kecil (jgn byk sangat)
7. Serbuk lada hitam - mengikut citarasa masing-masing
8. Asam keping
9. Garam
10. Cili api

Cara-cara :

1. Didihkan bahan 2-7 hingga mendidih.
2. Masukkan daging, kemudian isikan perasa dan asam keping.
3. Tunggu sehingga daging empuk, dan campak beberapa cili api ke dalam kuah singgang daging tadi.

Sluurrpppppppppppppppppppppp


MASAK LEMAK TEMPOYAK

Nak habiskan santan, fikir punya fikir..Wat lemak cili api and tambah tempoyak..Wallaaaa...

Bahan-bahan :

Ayam (basuh dan toskan)
@ Cili Api
@ Kunyit
Tempoyak
Santan
Serai
Daun kunyit

Cara-cara :

1. Bahan @ (cili api dan kunyit) ditumbuk sehingga lumat.
2. Satukan bahan tumbuk bersama santan, tempoyak dan serai bersama ayam.
3. Panaskan seketika kemudian masukkan sedikit air.
4. Apabila mendidih masukkan daun kunyit dan siap utk dihidang.
Garam

Tag dari kak Eda (EDAZMAN)


TERIMA KASIH banyak-banyak untuk kak Eda EDAZMAN coz sudi bg bunga kantan yg cantik, cam tahu-tahu jerk lela memang suka kat bunga kantan ni, tima kacih sekali lagi utk kak Eda.

22 April 2008

KEK LAPIS SEROJA-Joayee

Waaaaaaaaaa..KEK LAPIS lela tebal, hik hik hik...Betullah kata orang, nak buat kek lapis ni memang kena sabar, kalau tak ginilah jadinya..
Resipi lela dapat kat blog JOAYEE, tengok yg Jo punyalah cantik menarik tertarik kek lapis memang debommmmmmm....tapi tengoklah yg lela punya, hehehehhehe...tebal cam bibir negro,muahahahaha...masa nunggu kek ni muka lela dah cam shin chan sembelit, letih teramat...rasanya cam dah serik nak wat..maybe sebab tak menjadi, letih pun dapat..tuh yg give up kot..agaknya kalau cantik, gerenti pasni nak buat lagi, hehehehehehe....
Kepada sesiapa kat luar sana yang memang rajin buat kek lapis sarawak ni, lela betul-betul tabik springggggg kat you all...memang you all sabar teramat...siapa sifu kek lapis sarawak ni..???
Sudah tentu KAK DAYANG SANTUBONG ler, akak.... teruskan perjuangan akak ya, cyaiyok..cyaiyok..cyaiyok..
p/s : Kek lapis ni lela guna asam, tak guna kismis..

AKOK

Actually AKOK ni lela dah cuba 2 hari lepas, cuma lambat nak update kat sini, buzy..buzy..buzy..tapi lela frust gak ler dgn akok ni, color akok lela gelap sangat, agaknya terlebih "nissang=nisse" kot, hubby lela cakap "ni tak leh bakar dalam oven, nak kena guna sabut gak"..yer ker..???
Lela guna bekas tembaga yg dipinjam dari MIL lela, thank's mama, sanggup amik dari Terengganu wat balik KL, tapi ginilah plak jadinya, ni kena mintak tolong dgn KAK ZALIANA ni,
coz resipi akok lela guna sebijik cam KAK ZALIANA.
Hmmmmm...ada masa yg terluang lela nak cuba buat lagi..tak puashati ni... :(

21 April 2008

Tag oh tag...




Nilah homework yg lela kena buat, sepatutnya homework ni lela dah boleh tempek kat sini dari last week,tapi ada problem utk upload gambar, lela kena tag ni dari AZIEMAS, bukan salah lela nak submit assignment ni lambat wahai guru besar LG ;P, tapi blog ni ada sedikit problem kot..Ok lela memulakan status seorang isteri pada 19/11/2004 bersamaan dgn 6 Syawal 1425, kenal suami pun tak lama sangat, i mean kenal secara seriouslah,heheheh.. lela kenal 6 bulan then terus tunang, then 6 bulan kemudian terus langgungkan kenduri, syukur Alhamdulillah, nilah serba sedikit yg boleh lela share dgn kekawan. Oh ya!!!! Gambar tu tak berapa terang coz zaman tu lela belum ada lagi digi cam,gambar kat atas ni pun lela snap dari album, kesulitan amat-amat dikesali..
Seterusnya izinkan lela nak bg tag ni kat:

KAK HANI
JOAYEE

Boleh erk kak hani & Jo..??? Pleaseeeeeeeeeeeeeeee....

17 April 2008

AYAM BANJAR BERMAYONIS

Tekak terasa nak makan ayam KFC, tapi malas nak kuar..so, keluarkan ayam terus teringat resipi sorang kakak kat Selayang tu(org boyan), dulu masa kije kat Jaguar Service Centre selalu gi makan kat kedai tu, kitorang panggil dia kedai "makwe", hehehehhe, padahal dah tua pun, saja suka-suka..kira ni salah satu kedai kegemaran lela dan ajoe(hubby), ehem ehem..kami kije tempat yg sama 1 ketika dulu, tu yg jumpa dan terus terpikat, kah kah kah...lela bagi nama resipi kat atas AYAM BOYAN BERMAYONIS


15 April 2008

BREAKFAST: ROTI JALA & KARI AYAM

Ni dia acuan yg lela guna untuk buat roti jala, kalau nak order boleh order dengan kak yani MY RESIPI , boleh order terus dari sana.


Pagi ni buat ROTI JALA & KARI AYAM untuk my hubby, dah siap tapau utk makan kat office, tetiba daddy kata nak makan kat rumah jerk, coz pepagi nih nak pi Shah Alam hantar kereta utk service, cantik tak roti jala lela wat..??? kalau nak tahu lela guna bekas mayonis utk buat roti jala ni, hehehhe pinjam idea kak Hani...lela kirim bekas mayonis ni dgn KAK HANI, TQ kak hani, tengok roti jala secantik ni rasa lagi semangat nak makan...

DAGING SAMUDERA,SEMUDAH A, B, C




Hmmmm....Lela nih memang jenis yg suka masak benda yg simple-simple, campak-campak, hah dah siap..pemalas betullah..sebenarnya bukan per, perut nih lapo kemain, tapi nak ke dapur payah dgn maryan hani, Lela memang tak berapa syok ke dapur kalau maryam join sekaki, betullah kata orang, kalau ada anak kecik mana boleh nak berkemas sangat, kita kemas dia kemas kot lagu lain, takpelah, dimaafkan, kalau tak nak bersepah, baik bela anak patung, hehehehhhehehe...Kena plak badan maryam hani dedar cam nak demam, nih kes jangkit dgn 'lela'lah, mana dgn batuk berkahak lagi, sian betul, lepas hani makan ubat batuk, dia dah lalok semacam, cunnnnnn..per lagi cepat-cepat lela masak per yg patut..
DAGING SAMUDERA ni lela pernah makan kat rumah adik member lela, sedap gak, rasa dia, sedikit masam, manis dan masakan daging nih tak berkuah, kering jerk...


09 April 2008

ROTI JAGUNG MANIS BERKISMIS





Inilah hasil bantuan "BREADMAKER",rajiin dia menguli,hahahaha..lela just letak semua bahan-bahan dalam breadmaker, then tinggal jerk..tetiba dia manggil kita coz dah siap, tapi betullah, tak rugi ada breadmaner nih, cukup membantu, tapi kesian sikitlah kat breadmaker nih, sejak duduk dgn lela asyik kena buli jerk, hahahaha..kira ok gak tuh, kalau duk saja nanti rosak kena makan dek anasir-anasir liar, muahahahahahaha....So, untuk assignment kali ni, lela buat ROTI JAGUNG MANIS BERKISMIS, tapi yang best tentang roti ni, lembut sangat..kalau terdedah lama pun still lembut, crust roti nih garing, sedap..yang kepala roti tu kalau cica dengan kopi panas gerenti best, tapi kat umah laks takde kopi, hehehe..takde sapa nak minum, tuh yg tak terbeli kopi ni..

08 April 2008

JOM PEKENA IKAN MASIN BERCILI & TELUR IKAN GORENG




Salam pagi Selasa untuk sahabat semua, lama tul tak update blog ni, buzy sesangat..Masak tu tetap masak, tapi nak menempek gambar kat sini tuh tak dan...Lately nih rasa penat sangat, dalam kepala nih macam-macam nak buat, tapi bila ujung minggu tu rasa byk benda lain yg kena settle dulu, sedar tak sedar dah petang, Grrrrrrrrr.....dalam hati terdetik nak updatekan blog nih, konon assignment khas utk masak memasaklah, hahahaha...so per yg sempat lela tayang kat sini buat hari nih IKAN MASIN BERCILI dan TELUR IKAN GORENG





25 March 2008

PULUT PANGGANG






PULUT PANGGANG nih dibuat pada hari yg sama dengan MOIST CHOCOLATE CAKE, tapi yang betul-betul buat acik timah, merangkap bonda angkat kesayanganku :)


Lela just tolong bungkuskan jerk, tapi seronok gak wat pulut panggang nih, kira projek yang tertunda dari 2 3 minggu lepas lagi, masa duk lepak umah acik timah, lela ada sebut nak makan pulut panggang, sekali..tadaaaaaaaa...dah terpancul depan mata, tulah dia..selalu cenggitu..


Kira untung berkali-kali ada jiran yang pemurah macam acik, yang paling terharu, lepas balik class malam kadang acik ajak lela dan ajoe makan malam kat sana, bluurrppppppp...kenyang lagiiiiiiiii....

21 March 2008

MOIST CHOCOLATE CAKE



Yummyyyyyyy....seronok sangat coz first time buat MOIST CHOCOLATE CAKE..menjadi plak tuh,terima kasih kak nor_67 kerana sudi kongsi resepi, memang sedap..teruja nak buat lagi... lela buat 2 versi kat sini, satu lela bakar dan satu lagi lela kukus, tapi ternyata selera tekak lela yang kukus lagi sedap, jenuh nak habiskan kek nih, actually nak buat untuk satu adunan kek jerk, tapi memandangkan nak merasmi mixer(Kitchen Aid) yang pakcik Karim (jiran sebelah rumah) baru beli, terpaksalah buat dua adunan, per lagi Lela dah Farhana pun perasan jadi Chef Kampung Padang Balang, ahaks!!!!!! Memandangkan mixer tu memang cukup membantu, terpaksalah Lela memujuk Hubby utk menghadiahkan satu pada Lela (ish, nih macam paksa tanpa rela nih) hik hik hik..

IKAN SALMON BEREMPAH



IKAN SALMON bagus untuk perkembangan otak kita, terutamanya untuk babylah, Lela beli nih memang nak buat untuk Maryam, tapi tak tahu nak buat per, memandangkan Maryam Hani suka makanan yg macam orang dewasa, so Lela buat goreng berempah jerk..So far, Maryam Hani suka, next time boleh beli lagi..tapi nak cuba buat soup plak..Kira lela first time makan ikan salmon nih, hehehehe...kesian plak, nak buat macamana, saya ni budak kampung, manalah reti nak makan ikan-ikan cenggini..hehehehe...Salam Maulidur Rasul untuk semua sahabat yg bertamu kat teratak lelayong, semoga dipermudahkan segala urusan oleh_Nya, Amin....

12 March 2008

ROTI SOSEJ MINI



ROTI SOSEJ MINI,klik di sini ni dah lama buat, cuma nih baru nak share laporan masakan dari resepi KAK YANI, sejak lela kenal MY RESIPI,klik di sini, banyak perubahan pada diri Lela, apa dia ekk..??? Ohhooo sudah tentu Lela dah rajin duk kat dapur, kira baguslahkan, bezalah dengan dulu, walaupun dulu memang minat ke dapur(masak apa yang patut), tapi sekarang Lela lagi ekstream untuk berusaha menjadikan diri ni seorang ISTERI yang rajin menyediakan makanan untuk SUAMI tercinta, hehehehhehehe....Cyaiyok!! Cyaiyok!!...Apa-apa pun TERIMA KASIH untuk semua sahabat handai dari MY RESEPI, sayang sokmo kat mereka semua, muahhssssssssss.........

10 March 2008

BUBUR NANGKA


Tengahari semalam operasi mengemas rumah habis-habisan, sampai tak keluar pergi mana-mana pun, duk terperap jek dalam rumah :( Naik berdenyut kepala ni, mula rancang nak pergi Genting, tapi rasa malaslah pulak, syok punya kemas, rupa-rupanya dah pukul 2.20, Alamakkkkk!!!! Mummy belum masaklah, tupun nasib daddy yg bertanya. " Mummy tak masak ker??" Aku terkebil-kebil mata, rasa cam malas sangat, nak makan kat luar tapi malas nak keluar plak, aku keluarkan ikan, then masak Ikan Selar masak tempoyak taruk kobis jeruk dan goreng ikan (ikan susu).Nih kira masak main campak-campak jerk, rasanya daddy dah lapar tu, kalau tak dia takkan merungut.Hmmmmmm semua dah beres, makan, kemas, Arhhhhhhhhh!!!! Ngantuk mata nih, tapi mummy gagahkan kaki utk ke dapur utk buat BUBUR NANGKA. Dah 2 3 hari nangka tuh terperuk dalam fridge, tapi daddy complaint, bubur mummy buat tuh terlalu pekat, sorry ya sayang..next time mummy buat lagi best, hehehhee...

07 March 2008

AYAM BAKAR KASTURI


Semalam takmo makan nasi, nak meratah jek..mula-mula ingat nak makan roti dgn kacang panggang, tapi teringat plak ada ayam dlm fridge. Apa lagi belek majalah RASA jumpa resipi yang mudah, cepat dan senang AYAM BAKAR KASTURI,klik di sini. Tapi lela terlebih rempahlah, rasa cam kureng sikit.



06 March 2008

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN..

Dah ketandusan idea, apa lela nak buat dengan ikan bawal ni..???? Argghhhhhhh!!!!! Kadang dah tak tahu nak masak apa, tengah duk main dengan si Hani, kepala ligat berpusing mencari idea. Mmmmmmmm....masak simple-simple dahlah, jimat masa, boleh kemas rumah sikit. Apa yang mudah..??? Kita buat BAWAL MASAK SAMBAL,klik di sini jelah. Sejak cuti semester ni, lela dah jadi malas sangat, semua kerja tertangguh, naper ek..??? Macam takde mood jerk, masa ada class walaupun terkejar masa, tapi tetap steady.

SAMBAL BELACAN


Sebut jek "SAMBAL BELACAN",klik di sini mesti mengiurkan sesiapa yg mendengar, Lela kalau dapat makan sambal belacan gerenti pulun khow khow punya, tapi hubby lela dah tak bagi lela makan sambal belacan buat masa terdekat ni, mana taknya..malam bebaru nih lela tak boleh tidur, resdung datang sekali dengan serangan asma, kecut gak perut nih, tak pernah-pernah jadi macam tu, sekarang lela tak macam dulu, makan dah kena pantang, huhuhuuhu, tak syioknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......tapi nak wat camner..demi kesihatan terpaksalah lela tinggalkan. Jumpa Doktor Sulaiman, dia kata resdung lela dah menyerang dgn cepat, Hmmmmmm...fikir nak start amik madulah..tapi bebaru nih Doc ada bg lela Inhaler, cam teruk ler fullokkkkkk...tapi takpelah, standby..kot-kot buat kena tak leh nafas lagi, ada juga kebaikan untuk lela.