09 April 2009
Exammmmmmm!!!!!!!!
12 March 2009
Banana Split

11 March 2009
Salad Buah

10 March 2009
Chicken Teriyaki

04 March 2009
Hadiah Dari My Resipi

10 February 2009
Roti Sosej


190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
12 batang sosej
sos cili
cheese
1.Masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
2.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.Ambil sebiji doh. canaikan
4.Ambil sebatang sosej dan gulung
5.Hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
6.Tolak kiri dan kanan selang seli.
7.Ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.Biarkan doh selama 40 minit.
9.Setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
10.Roti siap dibakar..
09 February 2009
Puding Roti Sos Kastard

Bak kata Kak Hana, hari roti sedunia, lela pun nak join the club gak, tapi ngelat plak, kemain ak hana duk nguli roti tapi lela cuma menvariasikan roti sediada kepada puding, hehehehe..aci tak Kak hana? ni kes nak habiskan stok yang nak expired daaaaaa...Resipi puding roti ni lela dapat dari MyResipi oleh MayaZakri, TQ sis..
Maya, lela copy paste jerk yee..
Bahan-bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B:
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *lela tak letak
1 s/b buah pala *lela tak letak
Bahan C-kuah:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara:
1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2.Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4.Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5.Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Asam Pedas Daging

100 gm daging - siap direbus
@1.5 cm halia
@2 labu bawang besar
@2 ulas bawang putih
@1.5 cm kunyit hidup
@2.5 cm belacan
@20 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam secukup rasa
2-3 helai daun limau purut
p/s: Bahan bertanda @ dikisar
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan cili dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
4.Masukkan daging, lengkuas, serai dan daun limau purut - biarkan mendidih.
5.Masukkan pula garam dan sedia untuk dihidang.
Ikan Berempah
Bendi Rebus
08 February 2009
Jom Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
@1 ekor ikan tongkol
@Asam keping
@ secubit garam
Bawang merah 18 ulas (kisar)
Bawang besar 3 ulas (kisar)
30-40 biji cili kering (rebus dan kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Nisang / gula melaka
Garam dan perasa
3 ulas bawang besar - hiris halus
Cara-caranya:
1.Rebus bahan@ bersama dengan sedikit air, dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi dan agak garing.
3.Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
4.Masukkan 1 mangkuk air asa jawa.
5.Bila mendidih masukkan sedikit garam, perasa dan nisang / gula melaka.
6.Kalau pekat tambah dengan sedikit air.
7.Apabila mendidih, masukkan hirisan bawang besar tadi dan masukkan ikan tongkol yg telah direbus.
05 February 2009
28 January 2009
Mee Hoon Sup

27 January 2009
26 January 2009
Donut

Atas permintaan kak Anawahid, nih dia resipi donut ganu, hehehehehehe...
Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kitorang gunasusu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)
Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.
Keli masak Assam Pedas ( Terengganu maliiii oooo)

23 January 2009
Patin Masak Tempoyak
1.Tumbuk kunyit dan cili padi hingga lumat.
15 December 2008
Masamnyaaaaaa!!!!!!


RENDANG AYAM KUNING

09 December 2008
ASSAM LAKSA
05 December 2008
Salad oh salad...Thousand island

04 December 2008
Ayam Bakar Sos Lee Kum Kee

03 December 2008
Mee goreng basah

Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning-basuh dan tos
2 senduk kecil bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar
1 senduk kecil lada kisar
1 genggam udang - buang kulit
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tomato
Brokoli, carrot dan daun sup
Sedikit air
Cara-caranya:
1.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang kisar bersama cili kisar hingga garing
2.Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato - kacau hingga mesra
3.Masukkan sedikit air - tunggu mendidih, kemudian masukkan udang
4.Masukkan mee kuning dan goreng hingga semua bahan sebati dan mesra
5.Masukkan sayur yg disediakan.
Lela tak letak garam dan apa2 perasa, coz sos tiram dah cukup masin.
02 December 2008
Kreatif ke..???? tapi TQ banyak-banyak
Sambal Belacan

Bahan-bahan:
3 biji lada besar
6-8 biji lada kecik
Sedikit belacan - dibakar
Secubit garam
1 sudu besar gula - lela mmg guna gula lebih.
Jus limau kasturi / limau nipis
Cara-caranya:
1.Tumbuk lada besar dan lada kecik sehingga hampir lumat,
2.Masukkan belacan yg dibakar tadi dan sedikit garam,
3.Bila hampir lumat masukkan gula dan tumbuk hingga mesra.
4.Perah jus limau tadi (kalau guna limau kasturi, kulit boleh hiris halus2, sedap gak ..tp jgn byk sangat.
5. Ngam boleh makan dgn apa-apa lauk kegemaran.
Biasanya kalau takde sambal belacan memang kureng nak makan, tapi lela memang malas nak tumbuk sambal belacan ni, kalau kat kampung, lela gereni minta emak lela buatkan, sedapppp sangat...lagi sedap kalau makan dgn ikan singgang, pastu ada pucuk gajus, pucuk ubi (celur), jantung pisang (celur), sluurpppppppppppppp...memang tambah, tambah dan tambah..
01 December 2008
Sup untuk MARYAM HANI

IKAN STIM ASAM BOI

1 ekor ikan siakap (saiz utk 3 orang makan)
4 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 inci halia - hiris halus
1 inci lengkuas - hiris halus
Lobak merah - sagat halus
Cili besar - hiris halus (kalau suka pedas guna lada kecik)-nanti maryam tak bleh makan
Asam boi (lela guna yg sebijik-sebijik & yg warna hitam tu, then hiris halus)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
sedikit air
Cara Memasak:
1.Semua bahan di atas diletak dalam satu bekas dan kukus dalam 5-10 minit.
2.Sedia utk dihidang.