Followers

10 February 2009

Roti Sosej



Minami133 adalah tuan punya resipi Roti Sosej dan resipi ni lela amik dari MyResipi, cam tak percaya plak, sekali pandang cam kedai roti four leaf kat sogo, hehehehehe (uwekkkk perasannnnnn)..for Minami133, TQ banyak-banyak, ilmu wat roti yang berguna. Lela copy paste kat sini yerk Minami..

Bahan-bahan ( 12 biji ):
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara :
1.Masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
2.Bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.Ambil sebiji doh. canaikan
4.Ambil sebatang sosej dan gulung
5.Hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
6.Tolak kiri dan kanan selang seli.
7.Ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.Biarkan doh selama 40 minit.
9.Setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
10.Roti siap dibakar..

09 February 2009

Puding Roti Sos Kastard


Bak kata Kak Hana, hari roti sedunia, lela pun nak join the club gak, tapi ngelat plak, kemain ak hana duk nguli roti tapi lela cuma menvariasikan roti sediada kepada puding, hehehehe..aci tak Kak hana? ni kes nak habiskan stok yang nak expired daaaaaa...Resipi puding roti ni lela dapat dari MyResipi oleh MayaZakri, TQ sis..
Maya, lela copy paste jerk yee..

Bahan-bahan A:

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B:
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *lela tak letak
1 s/b buah pala *lela tak letak

Bahan C-kuah:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara-cara:
1.Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2.Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4.Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5.Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Asam Pedas Daging

Bahan-bahan:
100 gm daging - siap direbus
@1.5 cm halia
@2 labu bawang besar
@2 ulas bawang putih
@1.5 cm kunyit hidup
@2.5 cm belacan
@20 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam secukup rasa
2-3 helai daun limau purut

p/s: Bahan bertanda @ dikisar

Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan cili dan masak hingga garing.
3.Masukkan air asam jawa dan sedikit air.
4.Masukkan daging, lengkuas, serai dan daun limau purut - biarkan mendidih.
5.Masukkan pula garam dan sedia untuk dihidang.






Ikan Berempah


Bahan-bahan:
3 kerat ikan rohu
2 ulas bawang putih
1 inci halia muda
Sedikit cili kisar
Serbuk kunyit
Garam
Cara membuatnya:
1.Tumbuk bawang putih dan halia
2.Perapkan bahan tumbuk tadi bersama dengan cili kisar, serbuk kunyit dan garam
3.Perap seketikan
4.Goreng hingga garing/masak

Bendi Rebus


1.Rebus bendi hingga lembut dan toskan
2.Tumbuk cili padi + perah asam limau + campuran kicap manis cap kipas udang
3.Curahkan ke atas bendi yg telah direbus
Ni jelah hidangan tengahari lela dan suami tercinta.

Award dari Kak Anawahid

Award ni pemberian dari kak Anawahid, TQ sis..muahhhhhhhhhhhhhh...
susah-susah jerk...









08 February 2009

Jom Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol

Breakfast pagi tadi pekena nasi lemak, resipi dari mak bonda kesayangan..
selama ni kalau wat sambal memang fail, jangan kata nak bagi orang makan, lela sendiri pun tak lalu nak telan, hehehehe..ada gak camtu,kan? ish tak sesuai betul..so balik kampung bebaru ni lela tekun belajar masak sambal nasi lemak ikan tongkol a.ka aya..dan yg paling syok, ia menjadi...yahoooo!!!!!
Resipi untuk sambal ikan tongkol.

Bahan-bahan:
@1 ekor ikan tongkol
@Asam keping
@ secubit garam
Bawang merah 18 ulas (kisar)
Bawang besar 3 ulas (kisar)
30-40 biji cili kering (rebus dan kisar)
1 mangkuk air asam jawa
Nisang / gula melaka
Garam dan perasa
3 ulas bawang besar - hiris halus

Cara-caranya:
1.Rebus bahan@ bersama dengan sedikit air, dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang besar sehingga wangi dan agak garing.
3.Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
4.Masukkan 1 mangkuk air asa jawa.
5.Bila mendidih masukkan sedikit garam, perasa dan nisang / gula melaka.
6.Kalau pekat tambah dengan sedikit air.
7.Apabila mendidih, masukkan hirisan bawang besar tadi dan masukkan ikan tongkol yg telah direbus.

05 February 2009

Nasi Ayam













Nenas dan Kangkung

Biasanya pajeri nenas pekat & cam gelap sikit kaler tu, tapi yang mak mentua lela buat cair, memang terangkat..sebelum ni memang tak makan pajeri nenas, tak berapa suka.

Kangkung & pajeri nenas ni lauk tambahan. Lauk tamhaban nunnnnn kat bawah ni hahhh..gulai ayam ganuuuuuu...







Gulai Ayam








Gulai ayam ni lauk kegemaran lela sebenarnya, pandai makan gulai ayam ni pun lepas kahwin dengan hubby, mak mentua lela memang pro lah kalau buat gulai ayam ni, ni penangan air tangan bonda..resipi lela letak kemudian k.


28 January 2009

Mee Hoon Sup


Pagi ni pekena bee hoon sup..pagi ke? kira nak masuk tengahari dah ni, hehehe..tadi lela, hubby dan abang lela ke pasar payang untuk beli barang-barang dari rakan taulan dari KL..ada yg kirim kaftan, sos keropok lekor & adalah 2 3 benda lagi..tapi lela tak puas hatiiiiiiiiiii coz tak jumpa pucuk jambu gajus (pucuk terey a.k.a ketereh), waaaaa..lada kampung (cili padi a.k.a cili burung) pun tak kelihatan, aduihhhhhhh..tiap kali balik Terengganu tulah benda wajib yang lela cari..takpe takpe esok lusa sebelum balik KL lela nak pergi lagi..cari jgn tak cari..huhuhu..

27 January 2009

AYAM MASAK MERAH II

Tengahari ni kitorang masak Ayam Masak Merah..bunga rose tu rembat pokok mak punyer, hehehehehe...

26 January 2009

Donut

Untuk minum petang, kitorang anak beranak makan donut, buat lebih untuk buat frozen..senang esok pagi boleh wat makan pagi.
Atas permintaan kak Anawahid, nih dia resipi donut ganu, hehehehehehe...

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kitorang gunasusu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.

Keli masak Assam Pedas ( Terengganu maliiii oooo)

Semalam pi pasar tengok ikan tak berapa segar, maklumlah musim sekarang ni tak berapa nak elok, asyik hujan dan berangin jerk..nak tak nak kami belilah ikan keli untuk makan tengahari kami sekeluarga, assam pedas ni kak long lela yang masak, lela makan jelah, hehehehhe..balik Terengganu dah ada chef so kita tolonglah mana yang patut, takpe esok lusa turn lela plak yang masak, ngeh ngeh ngeh..

23 January 2009

Patin Masak Tempoyak

Salam kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!
Kepada rakan-rakan lela nak minta maaf banyak-bankyak coz dah lama tak update..nak kata buzy memang buzy, tapi yang selebihnya mood nak ngadap or layan tenet rasa cam membaur malas, hehehehhee...Bebaru ni kitorang ada wat makan-makan sikit kat Sepang, kat umah kell, cipul and aki plak tekak teringin nak makan ikan patin, mengidam mengalahkan perempuan,ngeh ngeh ngeh..kebetulan plak ayah Di suami Farhana nak balik ke KL, terus lela kirim ikan patin dari Jerantut, jauh datangnya ikan Patin ni..tapi memang superb ler...
Bahan-bahan:
3 ekor ikan patin
20 biji cili padi
1 inch kunyit
Tempoyak
Bunga kantan - belah dua
Daun kesum
Timun batang (buang kulit) - potong serong
Garam
Cara-caranya:
1.Tumbuk kunyit dan cili padi hingga lumat.
2.Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk berisi air dan tempoyak-didihkan.
3.Setelah mendidih masukkan timun dan bunga kantan.
4.Apabila timun sudah empuk, masukkan ikan patin bersama bahan perasa.
5.Akhir sekali masukkan daun kesum.

15 December 2008

Masamnyaaaaaa!!!!!!






Officemate baru balik dari bercuti kat Strawberry Park..lagi dan lagi..bilalah agaknya turn lela plak yg bercuti..tak sabar nak rehat puas-puas..penat dah badan ni (ni kalau cipul baca gerenti marah kat aku)..hehehehehe..

Agak-agaknya apa lagi yg boleh kita pelbagaikan strawberry ni?kalau buat Strawberry bavarois cam kak yani buat tu mesti sedap, yum yum..

RENDANG AYAM KUNING

Rendang ayam kuning, ni resipi abang office lela, selalu kalau ada makan-makan gerenti abang Rosli bawakkan ayam kuning ni, rasa ayam ni??? Ya Rabbi sedap bangattttt sih...so semalam lela teringin nak makan rendang ayam kuning. Lepas balik dari Giant lela terus ke dapur untuk masak rendang ayam ni..TQ abg rosli coz sudi share resipi yg best ni kat lela..dah le sedap, senang plak tu.
Ni resipi untuk rendang ayam kuning
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (bersih dan toskan)
@Serai 10 batang (5 batang - diblend) dan (5 batang lagi diparut dan hancurkan)
@2 inch kunyit
@Segenggam cili api - ikut citarasa masing-masing
Santan
Asam keping
Gula merah
Garam
Cara-caranya:
1.Bahan-bahan bertanda @ dikisar halus
2.Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam kuali dan masak sehingaa kering
3.Sedia untun dihidang.

09 December 2008

ASSAM LAKSA

Selamat Hari Raya Aidiladha..
Sedihhhhhh...coz tak dapay balik raya..huhuhuhuhuhu, maklum sajalah, bulan 12 hujan memang lebat kat belah pantai timur tu..so, berayalah lela 3 beranak kat KL ni.. Nak masak apa erk..??? fikir punya fikir last sekali lela masak assam laksa..nampak gayanya tak menjadi assam laksa lela ni, sepatutnya kuah assam laksa lagi gelap warnanya..tapi yg lela ni tak berapa menarik plak warna kuahnya..apa-apa pun nilah juadah aidiladha dari lela.
Resepi lela letak kemudian ya.

05 December 2008

Salad oh salad...Thousand island


Salad ke? ish cam omputih plak, tapi sesungguhnya sedap gak..
2 hari berturut-turut makan cenggini, hahahahahaa..penangan class koko ujung minggu kat bangi..PBSM..konon dah ada kesedaran ler ni, elehhhhh...
Bahan-bahan:
Mayonnaise
Sos cili
Sos tomato
Timun jepun - cincang halus
Bawang merah - cincang halus
Black olive - cincang halus ( lela tak letak pun, takde stok kat dapur lelayong, hehehe)
Jus lemon
Garam
Serbuk lada hitam
Cara-caranya:
Semua bahan di atas dicampur hingga mesra..

04 December 2008

Ayam Bakar Sos Lee Kum Kee


Bahan-bahan:

6 ketul ayam saiz besar - direbus terlebih dahulu
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Sedkit sos tiram
Sos perap Lee Kum Kee
Cara-caranya:
1.Ayam yang telah direbus, dimasukkan ke dalam loyang pembakar
2.Perap ayam tadi dengan semua bahan di atas selama 1/2 jam
3.Bakar ayam tadi selama 15 minit dlm suhu 200 C. Tak perlu lama sangat coz ayam tadi telah direbus terlebih dahulu.
4.Hias dengan carrot yg telah disagat.
Lela rasa ayam ni kalau masak utk nasi ayam pun ok, coz rasa dia mmg sesuai bangat utk nasi ayam, bagus utk kesihatan coz tak digoreng.

03 December 2008

Mee goreng basah


Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning-basuh dan tos

2 senduk kecil bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar

1 senduk kecil lada kisar

1 genggam udang - buang kulit

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

1 sudu kecil sos tomato

Brokoli, carrot dan daun sup

Sedikit air



Cara-caranya:

1.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang kisar bersama cili kisar hingga garing

2.Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato - kacau hingga mesra

3.Masukkan sedikit air - tunggu mendidih, kemudian masukkan udang

4.Masukkan mee kuning dan goreng hingga semua bahan sebati dan mesra

5.Masukkan sayur yg disediakan.



Lela tak letak garam dan apa2 perasa, coz sos tiram dah cukup masin.

02 December 2008

Kreatif ke..???? tapi TQ banyak-banyak


Award ni pemberian HANA from Japannnn..
kekgi balik sini tolong wak balik Doraemon ke lela deh..
hehehehhhe..Hana..sekali lagi TQVM.

Sambal Belacan



Bahan-bahan:

3 biji lada besar

6-8 biji lada kecik

Sedikit belacan - dibakar

Secubit garam

1 sudu besar gula - lela mmg guna gula lebih.

Jus limau kasturi / limau nipis

Cara-caranya:

1.Tumbuk lada besar dan lada kecik sehingga hampir lumat,

2.Masukkan belacan yg dibakar tadi dan sedikit garam,

3.Bila hampir lumat masukkan gula dan tumbuk hingga mesra.

4.Perah jus limau tadi (kalau guna limau kasturi, kulit boleh hiris halus2, sedap gak ..tp jgn byk sangat.

5. Ngam boleh makan dgn apa-apa lauk kegemaran.

Biasanya kalau takde sambal belacan memang kureng nak makan, tapi lela memang malas nak tumbuk sambal belacan ni, kalau kat kampung, lela gereni minta emak lela buatkan, sedapppp sangat...lagi sedap kalau makan dgn ikan singgang, pastu ada pucuk gajus, pucuk ubi (celur), jantung pisang (celur), sluurpppppppppppppp...memang tambah, tambah dan tambah..

01 December 2008

Sup untuk MARYAM HANI


Bahan-bahan: (3 orang makan)
Ayam dipotong kecil-kecil
4 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawabg putih - ketuk
1 inci halis - ketuk / hiris
1 kiub sup KNOOR
Rempah 5 sekawan
Lobak merah
Brokoli
Cara-caranya:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 sekawan sehingga wangi,
2.Apabila agak garing, masukkan 1 mangkuk besar air dan letak kiub yg disediakan,
3.Bila mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga empuk,
4.Last sekali masukkan brokoli dan carrot - jgn terlalu lama
5.Siap untuk dihidang.

IKAN STIM ASAM BOI

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap (saiz utk 3 orang makan)
4 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 inci halia - hiris halus
1 inci lengkuas - hiris halus
Lobak merah - sagat halus
Cili besar - hiris halus (kalau suka pedas guna lada kecik)-nanti maryam tak bleh makan
Asam boi (lela guna yg sebijik-sebijik & yg warna hitam tu, then hiris halus)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
sedikit air

Cara Memasak:
1.Semua bahan di atas diletak dalam satu bekas dan kukus dalam 5-10 minit.
2.Sedia utk dihidang.

30 November 2008

Award

Nyet nyet monyetttt..saper sakit naik pokokkkkkkkkkkkkkkkkk....
Nyet nyet monyetttt..saper sakit naik pokokkkkkkkkkkkkkkkkk....
Hahahahahahaha..boleh tak macam tu?
tukar semut ganti dgn monyet..
ni award dari che'iza..
Iza..TQ ya...
sayanggg iza..muahsssssss!!!

19 November 2008

Wahhhhhh...cam tahu-tahu jerk


Kak min, terima kasih banyak-banyaklah, cam tahu-tahu jerk hari ni ulang tahun perkahwinan lela yg ke 4. Hehehehe....pagi-pagiiiiiii lagi hubby lela dah terpacak kat kereta sebelum lela pi kije, dalam hati "eh nape baik sangat sampai hantar aku kat kereta ni"..then daddy kata "mummy selamat ulang tahun yg ke 5" Kah kah kah...lela masa tu nak gelak sakan, coz kitorang baru kawin 4 tahun, tapi hubby lela ingat kitorang dah kawin 5 tahun, sian kat laki aku, hahahahahahha...dengan muka toyer lela kata "Hmmmm setahu mummy dah 5 tahun mummy kije kat BNM, tapi kawin baru 4 tahun"...masa tu hubby lela sengih cam pingu pun ada..Ulang tahun perkahwinan dan ulangtahun lela bekerja kat tempat sekarang jatuh pada bulan yg sama.
Apa-apa pun mummy lela tengah tunggu apa agaknya daddy nak bagi ni...Tungguuuuuuuuuuuu...

18 November 2008

AWARD DARI HANA -- TQ


Hana, terima kasih banyak-banyak yerk..

17 November 2008

AYAM MERAH MASAK MADU

Bahan-Bahan:
-Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah - dikisar
-2 ulas bawang putih - dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-2 biji lada besar - potong serong
-Air
Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.

12 November 2008

PIZZA HOUSE, bukan PIZZA HUT


Ahhaaaaaa.....akhirnya muncul jugak tuan rumah yg kemana ntah hilangnya, pelik tapi benar, ada rumah tapi tak berpenghuni, elop kekawan, bukan takde, ada sebenarnya, tapi sesungguhnya lela buzyyyyyyyy teramat, lagi nak abis belajar, lagi buzy giler-giler..

Ok, jom citer pasal pizza ni, pizza ni lela wat masa ada jamuan hari raya kat class International business, klau you all nak tahu, nilah class kesukaan lela dan rakan-rakan yg lain, lecturer kami????? Whoaaaaa sudah tentu lecturer yg menjadi kebanggaan kami semua, gerenti tak ngantuk punya. Meh nak tayang sikit muka lecturer kami tu..Tadaaaaaaaa....En. Khairy yg nun hujunggggg sekali..ehem2, tengah makan pizza lela buat tu...seronok plak..hehehehhee

Ok, untuk resipi pizza ni lela amik dari resipi kak yani-myresipi (tp lela tambah 2x):

Bahan-bahan:(2 large pizza dan 3 small pizza)
400 ml air
600 gm tepung gandum
Gula - agak2
Garam - agak2
2 sudu besar shortening
6 gm dry yeast
2 sudu besar susu tepung (yg ni balun susu anak dara lela, hehehehe, perisa vanila)

Topping:
Sosej
Tomato
Cendawan butang
Mozarella cheese
Sos cili dan sos tomato ( tak guna sos pizza pun)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan-bahan utk buat doh ke dalam breadmaker. Setting utk doh, then ON kan.
2. Bila dah siap, tumbuk utk keluarkan angin. Kemudian bahagikan dalam saiz yg dikehendaki. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Letakkan topping mengikut selera masing-masing. (Mula-mula letak sos, then baru letak bahan topping yg lain, mozarella cheese lela letak last sekali.
4. Bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit.