Followers

29 October 2010

Spectra 7 & Medela Freestyle

Spectra 7

Tujuan Lela menulis entry kali ni just untuk rujukan mommies kat luar sana perbezaan antara Spectra 7 & juga Medela FS. Fungsi breastpump ni seperti yg kita tahu adalah untuk ibu yg ingin menyusukan baby mereka, dengan kata lain nak bagi full breastfeed. So, bagi ibu-ibu yg bekerja kenalah buat pemilihan pump apa yg mereka inginkan. Pada Lela mana-mana pump pun bagus, fungsinya tu sah-sah sama..cuma mungkin ada sesetengah mommies tu inginkan sesuatu pump yg selesa dgn keadaan diri sendiri. Macam Lela mula-mula rancang nak beli breastpump ni, Lela duk surf kat internet, ramai yg bagi respond yg baik untuk Spectra, apa kata Lela??? Yup betul tu..Spectra memang menjadi sahabat karib Lela setiap kali Lela mengepam kat office. Banyak sangat jasa Spectra ni..Bila dah 5 bulan guna Spectra, Lela asyik duk mengomel berat & bla bla bla..alasan ke tu??? Hahahahha..boleh jadi alasan dan boleh jadi tu adalah 1 ketidakselesaan pada Lela, coz sebelum ni Lela kalau datang office memang sediakala bawak beg besar bagai..semua mak nenek Lela bawak, kadang pelik plak apalah banyak sangat yg aku bawak ni.
Nak di jadikan cerita, selepas berpantang, sampailah waktunya untuk Lela bertugas seperti biasa dan dengan rasminya Spectra duk ikut sekali Lela ke hulur ke hilir, bayangkan sebelum ni dah memang bawak beg besar, alih-alih kena bawak Si Spectra yg beratnya mencecah 2 kg..aduhai penat teramat sangat..rasa tak selesa pun ada, tapi buat dono jerlah..
Dalam duk ulang alik ke office, hari-hari Lela duk story kat My King , penat bawak byk barang, nyesal tak beli Medela FS..bla bla bla..Dan seperti biasa, My King memang pendengar yg setia dan senyum "sokmo" bila makcik Lela ngadu kat dia, hahahaha..that's why i love you darling.

Alasan kukuh ni (hahahahhaa, yerlah tu)..Bebaru ni Lela menghadiri 1 kursus selama 2 hari, seriussssssssssssssssssssssssssssssss..berat wehhhhhh....dah ler makcik ni tak berapa nak tinggi, kurus plak tu, tapi duk galas spectra 2 kg naik putra, yg bimbit kat tangan plak ada 1 lagi beg, aisbag utk letak susu yg dah diperah, waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....rasa nak pengsan pun ada..

Balik dari course tu terus Lela bgtahu kat King, yg Lela nak beli Medela FS, dan My King memahami isteri tercinta lalu menyetujui untuk membeli Medela FS...TQ darling..hahahaha..
Sampai office terus email kat Aja & confirmed Lela nak memiliki Medela FS.


Nilah rupa Medela FS yg buat Lela selesa sekarang..suka sangat..Masa mula-mula guna Medela ni Lela rasa cam kecewa sikit, sebab tak sekuat Spectra, masa sessi mengepam pun Lela rasa cam tak enjoy jerk, coz rasa Br**st tak kosong, Lela sms kat Aja, aja kata tunggu 2 minggu untuk serasi dengan Medela ni. Yer Lela ikut nasihat Aja tu..Masuk hari ke-4, Sessi mengepam yg bahagia, Lela nampak ada perubahannya, susu meningkat dan Lela rasa dah start jatuh cinta kat Medela ni..yerlah perkara asal Lela beli Medela ni sebab ringan dan senang bawak ke mana-mana, tak terfikir plak sejauh mana dia punya performance..Tapi bila dah guna, memang betul2 membantu dah mudah kalau nak buat kerja, nama pun freestyle,kan?? So tak payah nak pegang botol ke apa..Lela still boleh buat kerja seperti biasa..yang paling syok, sejak ada Medela FS ni lela kerap buat power pumping untuk meningkatkan hasil tenusu.. Dan sejak guna Medela nih Br*Est ni kejap2 rasa berat, kejap2 rasa nak letdown...syukur pada-Mu Ya Allah, kerana mengurniakan rezeki kepada Ilyas Eusoff..
Mana perginya Spectra??? Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....spectra tunggu makcik Lela kat umah, sekarang spectra banyak berehat,malam baru dia bekerja untuk Lela, nak jual ke spectra ni? Oh nooooooooooo...sekali-kali tak terlintas nak jual, sebab spectra dah dinaikkan pangkat sekarang, so kenalah banyak rehat kat umah, dan menjadi back up untuk Medela, yerlah breastpump ni pun cam kereta gak, sampai masa & waktunya, kena hantar pergi service..so Lela masih memerlukan spectra ni..
Hasil tenusu diperolehi kat office..peace!!!!! Bahagiaaaaaa hidup..
Bila sesi mengepam, Lela rasa tulah perkara yg menyeronokkan, dan rasa tu adalah kenangan terindah...eh betul ni tau, tak tipu, klau tak caya, tanya mana-mana mommies yg mengepam cam makcik Lela ni..mesti dorang rasa semacam bila dia berjaya menyusukan baby dorang 100% dgn susu badan.

Tips nak banyakkan susu???

Lela banyak surf & baca kat blog rakan-rakan maya kat internet, disamping tu Lela selalu masuk forum susu ibu, baca apa yg lela nak tahu..
Selain dari tu, kalau kita plan nak full breastfeed, janganlah duk nak berdiet ke apa, semua tu pun boleh menyebabkan susu merudum, yerlah..logik akal, kalau tak makan, camne nak jadi susu? sekali anda menyusu anak anda, 500 kalori dlm badan anda ilang camtu jerk, tak payahlah susah-susah nak gi jogging bagai..

Hmmmmm banyak-banyak minum air masak, untuk mommies yg bekerja, mesti kerap mengepam..lagi..kerap mengepam, lagi..kerap mengepam..KERAP MENGEPAM, tulah tips yg paling berguna & paling penting..

Ni Lela copy paste dr 1 laman web utk meningkatkan hasil tenusu :)

POWER PUMPING & OTHER TRICKS INCREASE MILK SUPPLY.

PUMP LONGER
If you've been pumping for 15 minutes at a time, try 30 minutes. You may see two or even three separate letdowns and overall you will increase your milk supply.

POWER PUMP
Pump for 10 minutes, wait a few minutes, pump another 10 minutes, wait a few minutes and then pump another 10 minutes. You should experience three or more separates letdown and more milk overall.

MASSAGE YOUR BREAST
While pumping, massage your breast in the direction of the nipple. You can think of it as squeezing and pushing out the milk.

ADD A PUMPING SESSION
See if you can pump one extra time, either first thing in the morning or last thing at night. Some moms even wake up in the middle of the night to pump.

RENT/BUY A HOSPITAL GRADE PUMP

GET MORE REST

*****REMEMBER THAT IT TAKES YOUR BODY A FEW DAYS TO RESPOND TO THESE TRICKS BY INCREASING MILK SUPPLY.

My Kesum

Kali ni nak share gambar daun kesum kesayangan makcik Lela..kenapa beria sangat nak tanam daun kesum ni??? Terdetik dalam hati nak jadikan daun kesum Lela ni sebesar pokok daun kesum KAK JOAYEE..mak aiii besar bagai..sama tinggi dgn kak Jo. Sesiapa yg teringin nak tengok pokok kesum kak Jo boleh klik kat link yg lela highlight tu.
Seumur hidup tak pernah jumpa pokok kesum sebesar pokok kesum yg kak Jo tanam..hiks..so Lela terpanggil nak tanam pokok kesum & jadikan projek terkini Lelayong, hahahaha..kelakar pun ada..hari-hari duk belek, duk tilik daun kesum kat umah tu. 2 minggu sekali Lela bagi baja, uiks semangat ni..tak sabar nak tengok My Kesum membesar/tinggi cam Lela :)


Rimbun,kan?? Kalau nak masak Lela petik kat bahagian bawah jerk..huhu