Followers

15 June 2009

Patin Masak Tempoyak

Patin Masak Tempoyak ni terhasil selepas makcik Timah jiran kesayangku datang ke rumah untuk melihat keadaan Hani, then acik Timah kata "kat rumah ada ikan patin, Lela tahukan camner nak masak Patin Masak Tempoyak? kalau tahu bikin jom makan nasi kat rumah petang ni", huiii apa lagi, Lela laju jerk angguk kepala, janji boleh makan ikan patin, kena pulak ikan patin datang dari Jerantut. Hmmm Lela tanpa membuang masa terus ke rumah acik Timah untuk masak ikan patin tu, pas masak terus makan tengahari kat rumah acik timah, hehehehehe..tak sesuai..

14 June 2009

Tragedi Beberapa Jam Sebelum Exam-Paper Law

Tengahari 13hbJune dalam pukul 12.05pm, tengah duk buat rujukan untuk exam pada malam tu, tiba-tiba Hani menangis dengan kuat,terus Lela bergegas ke arah Hani yang jatuh dari kerusi, masa Lela dukung Hani, Lela ada terhidu bau darah kat kepala dia, sah kepala Hani dah berdarah, masa tu darah mengalir non stop.

Rupa-rupanya Hani terjatuh dari kerusi terus terkena bucu lantai macam dalam gambar tu.

Ni darah yang melekat kat lantai di mana tempat Hani jatuh, Lela panik teramat masa tu, sampai cakap pun dah tak betul, Hubby Lela dan atok Dollah kesayangan Hani terus ke Klinik Setia dekat Plaza Idaman, tapi Doktor tu kata tak boleh nak jahit coz luka Hani agak dalam, Daddy terus bawak Hani ke Hospital Tawakal.

Ni dia kepala Hani lepas dijahit, kesian..Lela tak bersama dia kat hospital coz Lela dah ke UKM untuk exam pada malam tu, walaupun mummy takde, Hani ditemani Daddy, Atok Dolah, Nenek Ara, Kak Ana, Kak Liza, Abg Rizal, Pak Andak, Nurin dan Baby Nisa, terharu Lela bila tengok keprihatinan keluarga Pakcik Dollah terhadap hani, mau taknyer dari Hani usia 2 bulan sampai sekarang Hani masih tinggal dengan Nenek Ara, sampaikan bila Lela dan hubby balik dari kerja nak ambil Hani punyalah dia meragam tak nak balik rumah. Malam sebelum tidur merengek-rengek nak atok dan nenek dia. Lela bersyukur sangat-sangat coz Pakcik Dollah dan Acik Ara menyayangi Hani seperti cucu mereka sendiri.
Tu dia Hani dengan daddy..Alhamdulillah semuanya under control dan Hani kembali lasak seperti sebelum ni, alamakkkkkkkkkkkk...tak serik-serik,huhuhuhuhu...

12 June 2009

Walaupun Simple Tapi Inilah Selera Lela

Study study dan study..alamak, perut pulak lapar, nak masak rasa cam risau dengan exam esok, ish tak boleh jadi ni, kena masak gak lauk yang simple teramat sangat, apa dia? Lela masak Ikan Singgang, goreng ikan dan buat sambal belacan. So, nilah hasilnya, cepat giler..setengah jam semua dah siap, hehehehehe..jangan contohi saya..muahahahahaha..

Udang Masak Kuning

Dalam sibuk duk buat rujukan, Lela teringatkan stok udang dalam fridge,alamakkkkkkkkk, nanti kalau dah lama gerenti dah tak best nak makan,so, lepas balik je dari kampus, Lela terus ke dapur untuk masak lauk yang paling simple dan sesuai bagi mereka yg kesuntukan masa dan penyakit M, hehehehehe...kebetulan semua bahan dah siap di blend, lagilahhh mudah kerja Lela kali ni, campak sana, campak sini, tadaaaaaaaaaaaa dah siap udang masak kuning.


Bahan-bahan:


Udang
Bawang besar - kisar
Cili kering - kisar
Sedikit serbuk kunyit
Santan - Lela ganti dengan susu cair
Asam keping
Semangkuk air
Serai - diketuk
Cendawan
Petai
Secubit garam

Cara-caranya:
1. Satukan serbuk kunyit, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar ke dalam periuk,
2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika,
3. Masukkan udang, cendawan, petai dan garam,
4. Kacau perlahan sehingga masak,
5. Sedia untuk dihidang.

08 June 2009

SELESAILAH SUDAH


Assalamualaikum untuk semua sahabat handai kesayangan Lela..


Sekarang Lela sedang menduduki peperiksaan akhir untuk tahun akhir Lela di UKM,

so, takdelah gambar main-main masak or main-main pondok untuk tatapan you all semua.

Doakan agar Lela dapat menjawab keputusan yang cemerlang.
Lela akan menduduki Exam pada 8hb sehingga 17hb June ni.


Insyaallah, Convocation Lela pada bulan Ogos 2009 nanti, yihaaaaaaaa yahoooooo..

MERDEKA!!!!!!!!!

Perancagan lepas ni, nak jadi cam kak Hana yang rajin update blog, hehehehehe...