25 March 2008
PULUT PANGGANG
21 March 2008
MOIST CHOCOLATE CAKE
IKAN SALMON BEREMPAH
12 March 2008
ROTI SOSEJ MINI
ROTI SOSEJ MINI,klik di sini ni dah lama buat, cuma nih baru nak share laporan masakan dari resepi KAK YANI, sejak lela kenal MY RESIPI,klik di sini, banyak perubahan pada diri Lela, apa dia ekk..??? Ohhooo sudah tentu Lela dah rajin duk kat dapur, kira baguslahkan, bezalah dengan dulu, walaupun dulu memang minat ke dapur(masak apa yang patut), tapi sekarang Lela lagi ekstream untuk berusaha menjadikan diri ni seorang ISTERI yang rajin menyediakan makanan untuk SUAMI tercinta, hehehehhehehe....Cyaiyok!! Cyaiyok!!...Apa-apa pun TERIMA KASIH untuk semua sahabat handai dari MY RESEPI, sayang sokmo kat mereka semua, muahhssssssssss.........
10 March 2008
BUBUR NANGKA
Tengahari semalam operasi mengemas rumah habis-habisan, sampai tak keluar pergi mana-mana pun, duk terperap jek dalam rumah :( Naik berdenyut kepala ni, mula rancang nak pergi Genting, tapi rasa malaslah pulak, syok punya kemas, rupa-rupanya dah pukul 2.20, Alamakkkkk!!!! Mummy belum masaklah, tupun nasib daddy yg bertanya. " Mummy tak masak ker??" Aku terkebil-kebil mata, rasa cam malas sangat, nak makan kat luar tapi malas nak keluar plak, aku keluarkan ikan, then masak Ikan Selar masak tempoyak taruk kobis jeruk dan goreng ikan (ikan susu).Nih kira masak main campak-campak jerk, rasanya daddy dah lapar tu, kalau tak dia takkan merungut.Hmmmmmm semua dah beres, makan, kemas, Arhhhhhhhhh!!!! Ngantuk mata nih, tapi mummy gagahkan kaki utk ke dapur utk buat BUBUR NANGKA. Dah 2 3 hari nangka tuh terperuk dalam fridge, tapi daddy complaint, bubur mummy buat tuh terlalu pekat, sorry ya sayang..next time mummy buat lagi best, hehehhee...
07 March 2008
AYAM BAKAR KASTURI
Semalam takmo makan nasi, nak meratah jek..mula-mula ingat nak makan roti dgn kacang panggang, tapi teringat plak ada ayam dlm fridge. Apa lagi belek majalah RASA jumpa resipi yang mudah, cepat dan senang AYAM BAKAR KASTURI,klik di sini. Tapi lela terlebih rempahlah, rasa cam kureng sikit.
06 March 2008
MAKAN, MAKAN DAN MAKAN..
SAMBAL BELACAN
POPIAH BASAH
Bahan-bahan untuk kulit popiah:
150 gram tepung gandum
1 sudu teh tepung ubi kayu
400 ml water
2 biji telur Gred A, dipukul
½ sudu besar minyak
sedikit garam
Cara untuk Kulit Popia:
1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.
2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.
3. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.
4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab
Bahan-Bahan untuk inti dan sos:
Timun dihiris halus
Lobak dihiris halusTelur rebus (hancurkan)
Kacang tanah (goreng dan tumbuk )
Bawang goreng
Taugeh (celur)
Sengkuang (ditumis dgn bawang putih, udang kering, serbuk perasa - Masak sekejap supaya tak lembik)
Sambal Hitam untuk disapu:
@Cili kering/kisar
@Bawang merah /kisar
@Bawang putih /kisar
Gula merah
Gula sedikit
Serbuk perasa
Otak udang / petis sedikit
Cara-caranya:
1.Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,
2.Kemudian masukkan otak udang , gula merah , gula putih dan serbuk perasa,
p/s:kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)
3.Sejukkan terlebih dahulu.
Sambal hitam disapu pada kulit popiah,
Letakkan sayur, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah
Kemudian gulung kemas-kemas,
Setelah siap digulung, tuang sambal tadi ke atas popiah yg siap digulung.
Dan jgn lupa tabur kacang goreng ke atas sambal tadi.
Tebba tebba tebba...!!!!!
tak tahu, lagu apa ntah dia nyanyi, jom kita pakat dengar..
JALA MAS @ URAT MAS
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)2-3 helai daun pandan4 cawan airDaun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara :
Tapis kuning telur dan pukul sedikitMasak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih.
Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.Angkat dan ’tos’kan.Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.Hidangkanp/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.